"Apa khabar, Puan Baek?" sapa Puan Shim mesra.
"Khabar baik macam biasalah, Puan Shim."
Perbualan ibu dan Puan Shim tak aku hiraukan. Yang menarik perhatianku sekarang ini ialah gaun-gaun yang dipamerkan di butik ini. Cantik-cantik belaka.
"Kamu pula macam mana, Areum? Sihat ke?" Kalau boleh nak je dia hiraukan pertanyaan itu. Tapi, jelingan yang ibu berikan memaksa aku untuk menyapa jua.
"Sihat je. Puan Shim pula macam mana?" Suaranya cuba untuk dilembutkan sebaik mungkin. Tidak mahulah pula dia temberangnya pecah kerana nadanya yang sinis.
"Mak cik sihat je." Sungguh dia berkenan dengan anak sulung keluarga kawan baiknya ini. Walaupun nampak agak kasar tapi percakapannya tetap sopan santun.
"Eh, mananya anak kamu, Puan Shim? Bukan apa anak dara saya ni tak sabar-sabar nak jumpa dengan bakal suami dia ni." Lancar sahaja ibu menuturkan pembohongan. Aku yang dengar ni pula, terkejut.
Pandai-pandai ibu je cakap aku ni tak sabar-sabar nak jumpa dengan mamat tu. Jelingan tajam aku beri pada ibu yang memandangku sinis.
"Oh, dia pergi tandas sebentar tadi. Ah, tu dia dah sampai." Sambil jari Puan Shim menunjuk ke satu arah di dalam butik pengantin ini.
Aku? Memang langsung tak terniat nak tengok pun muka lelaki tu. Dan baru aku ingat, aku lupa nak tanya apa nama bakal suami aku tu.
"Hah Jake, perkenalkan inilah bakal isteri dan menantu kamu." Puan Shim sangat teruja memperkenalkan kami kepada anaknya.
"Apa khabar, Puan Baek?" Sebaik aku dengar suara dia, mata aku terus terbeliak. Takkan dia tu kut?! Tapi nama pun hampir sama.
Terus aku lihat ke arah yang ditunjuk Puan Shim sebentar tadi. Jantung aku hampir tercabut keluar bila aku tahu siapa gerangannya. Lelaki tu pun tak mahu kalah juga rasa terkejutnya.
Alamak, bala apa aku dapat kali ni?!
Dia, Jake Shim!
𝕋𝕠 𝔹𝕖 ℂ𝕠𝕟𝕥𝕚𝕟𝕦𝕖𝕕 -