#2

392 14 0
                                    

   SEAWAL pukul 5 pagi lagi , aku sudah pun bangun. Excited punya pasal. Mana taknya, dah lama aku cari kerja, tapi masih tak dapat. Bak kata Sara, rezeki kat depan mata.

Selesai solat subuh, aku kemudian pergi membersihkan diri. Siap mandi, aku berdiri di hadapan almari baju miliku.

"Aduh. Baju apa nak pakai ni?" Rungutku  sambil membelek-membelek almari baju.

12 minit jugak la aku baru jumpa baju yang sesuai untuk pergi interview. Sudah tiba masanya untuk aku bershopping online!

Tanpa melenggahkan masa, aku terus mengambil baju yang ku pilih, dan menggosoknya. Kemudian menyarungkannya ke tubuhku.

Setelah siap berdandan, aku melihat cermin.
Berseluar parlazo biru, kemeja putih yang disebelahnya aku masukkan ke dalam seluar, tudung bawal berwarna hitam dan beg tangan.

Puas melihat diri yang cantik ini, aku mengambil telefon dan fail-fail penting sebelum berangkat keluar.

Akhirnya sampai juga aku di RYD's company. Setelah 1 jam menghadap jalan. Itu pun belum masuk lagi bab jammed.

Aku keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam banggunan yang tinggi dan mewah itu.

Ting!

Pintu lift terbuka di tingkat 19. Perghh tinggi banggunan ni! Ini kalau lift tertiba rosak, tak ke naya? Setiap hari turun satu kg berat badan aku. Tanpa melengahkan masa, aku melangkah mencari bilik tuan syarikat ini.

Berdebar-debar jantung! Gugup.

Aku menuju ke ruangan yang bertulis 'Rayden Lee'. Tengok nama aje, dah tahu dia adalah CEO. Mana taknya, nama yang selalu menjadi pembualan hangat dalam industri ini.

Sebelum masuk, aku membetulkan pakaian aku terlebih dahulu. Taknak la nampak selekeh. Kang, bakal bos tak jadi ambil kerja.

Tok tok tok!

Aku mengetuk pintu. Tidak lama selepas itu, kedengaran suara lelaki yang garau membenarkan aku masuk.

Aku memegang tombol pintu dan memberi salam sebelum masuk ke dalam bilik tersebut.

Kaki kanan melangkah masuk ke ruangan yang agak besar dan moden itu. Mata bersinar dan kagum apabila melihat sekeliling ruangan itu.

Bersih, cantik , kemas.

Pandangan ku terhenti apabila mendengar suara lelaki itu berdehem.Lantas aku cepat-cepat memandang lelaki itu.

Wow.

Kacak , berbadan tegap , tinggi , mempunyai mata yang berwarna biru pekat.

Baru pertama kali aku melihat lelaki yang selalu disebut orang ini. Sebelum ini,  hanya tengok dalam gambar aje. Takde lah feel sangat kehenseman dia!

Terpersona? Ofc!

Eh, keysha! Gila la nak ngorat bos sendiri!

Sekali lagi aku tersedar kembali. Lelaki itu memberikan arahan menyuruhku untuk duduk di kerusi yang berada dihadapan meja nya.

Berbahang muka aku apabila aku sudah terlanjur. Lelaki itu tidak mengeluarkan suara malah hanya memandang ku dalam.

Lama juga lelaki yang bernama Rayden Lee itu memandang aku. Membuatkan aku agak kurang selesa dengan pandangannya itu. Bukan apa, kita tak suka bila ada orang 'scan' kita ni.

Kacak, tak kacak.

Prihatin dengan diriku yang seakan tidak senang duduk itu, dia kemudian memulakan bicara.

"So, Keysha adelia?" Sapa suara yang garau itu. Fuh, tak pernah lagi aku cair dengan suara lelaki.

Aku mengangguk.

"Sorry, if i make you feel uncomfortable. Jadi, boleh saya minta resume cik Keysha?" Tanya lelaki itu seraya menarik kerusinya rapat ke meja.

"Oh! Ini encik Rayden." Resume diletakkan di atas meja. Mengigil-gigil tangan aku. Relax keysha!

"Good." Ucap lelaki itu sambil jari jemarinya membelek fail resume aku.

Rayden membetulkan jam tangannya. "So, keysha adelia. Awak diterima bekerja di bawah syarikat RYD's ini. Congrats." Dia senyum sebaris.

Sebaris pun, aku dah cair. Ini kan kalau senyum manis, Alhamdulillah!

Aku tayang senyum gembira dan mengangguk faham. Wah, tak sangka sebodoh-bodoh aku pun dapat kerja dalam syarikat besar ye. Kena bagitahu ummi ni!

"Oh, one more thing. Before you go, call me Mr rayden. Kalau ada apa-apa, tanya pekerja di sini atau my PA Lia." Ujarnya.

"Thanks Mr Rayden. I will do my best!" Jawabku bersemangat. Tak sabarnya!

Entah halusinasi atau realiti, tapi aku nampak dia tersenyum sebentar tadi. Sekejap aje, dalam 5 saat. Sebelum riak muka biasa ditanyang.

Eh, tapi tak kot. Aku salah pandang agaknya. Mungkin, terngiang-ngiang senyuman sebaris dia dalam kepala.

"Baik, mr rayden." Jawabku akur.

Aku kemudian berdiri dan membongkokkan sedikit badanku sebagai tanda hormat sebelum ingin melangkah keluar dari bilik ini.

Fuh, selesai! Aku tarik nafas lega.

Sebaik sahaja tanganku memengang tombol pintu, ada tangan juga yang turut memengang tombol pintu.

Refleks tanganku ditarik kembali. Aku memandang ke belakang.

"Sorry. I didnt mean it. Saya nak keluar juga." Terangnya.

Berdebar-debar jantung aku dibuatnya. Tambah pula, jarak kami agak dekat. Sampaikan aku kena dongakkan kepala sebab tinggi sangat bos aku!

Rayden membukakan pintu untuk aku. Aku senyum sebelum melangkah keluar. Namun langkah aku terhenti sebentar.

"Good luck, keysha." Ucapnya yang berada di hadapan pintu sambil tersenyum manis.

Ya Allah! Bahaya ni. Ini bukan setakat jantung aku aje yang berdengup. Satu badan aku rasa! Oh, manisnya senyuman kamu!

Dapat juga aku tengok senyuman manis dia. Pakej dapat wish pulak tu! Bergetar tulang rusuk. Eh, melebih lah!

Aku yang sedari tadi terpegun sambil di alam fikiran. Terus aku mengeleng kepala laju. Aku dengan malu-malu senyum sebagai terima kasih.

Aku berjalan hingga ke lift. Tarik nafas, hembus berkali-kali. Aaa, rasa nak meletup lah!

Sementara itu , Rayden.

"Damn! She's so cute."

.

Mata melilau mencari sosok yang kucari. Hampir satu jam aku terpacak bawah matahari ini. Dan, dah jumpa! Sara dengan kereta Axianya yang tidak berada jauh dariku.

Aku berlari ke arah sara yang sedang menunggu di dalam kereta. Aku membuka pintu lalu duduk di bahagian penumpang hadapan.

"Lamanya kau ni. Penat aku tunggu. Boleh jadi kambing panggang aku kat sini." Bebel aku.

Habis cair makeup aku tunggu minah lambat ni. Dia ingat, Malaysia ada salji ke apa boleh tunggu dia berjam-jam.

"Sorry beb. Tadi jalan jammed. Tu yang lambat. " Jawabnya dengan sengih ditayang.

"Eh, amacam? Kau dapat tak?" Soalnya teruja. Aku senyum bangga.

"Ini keysha adelia la. Confirm la dapat." Dengan bangganya aku membalas.

"Seriously?! Congrats weii!"  Laju Sara memeluk aku. "Disebabkan kau dapat kerja. Aku akan jadi driver kau harini." Ucapnya.

Aku senyum senget. Oh, masa ni aje ye kau ingat nak belanja kawan baik kau ni?

"Mesti bawah Rm40 aje kan?" Perliku. Si sara ni memang, kau janganlah mengharapkan dia akan belanja KFC ke apa. Mesti belanja bawah 40 aje. Bukan tak kenal si sara ni.

Sara sengih seraya mengaru kepalanya yang aku rasa tak gatal pun. Dia menkenyitkan mata dan kami beredar dari kawasan banggunan itu.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now