#35

152 4 0
                                    

BUNYI tangisan bayi bergema di bilik bedah ini. Dengan segala kudrat dan kekuatan yang ada di dalam diriku aku korbankan untuk anak perempuanku.

Alhamdullilah, atas segala kesyukuran kepadanya, akhirnya aku selamat jua melahirkan permata hati kami berdua.

Rayden setia berada di sebelahku sepanjang proses kelahiran. Kata-kata semangat yang diucapkan, menambahkan kekuatan untuk aku terus berjuang.

Selesainya aku melahirkan, aku dibawa ke wad VIP yang ditempah khas oleh suamiku. Azan yang dilaungkan rayden perlahan di telinga anak kami. Aku yang hanya berbaring di atas katil, melihat mereka dengan hati yang gembira.

Ummi dan abi katanya datang esok. Haih, tak sedar sudah, aku jadi ibu kepada anakku. Sekarang, aku pikul satu tanggungjawab yang besar.

Tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Usai azan, rayden mendekatiku lalu duduk disebelahku. Anak kami itu, dihulurkan kepadaku. Dengan berhati-hati aku mengendong anak perempuan aku ini. Comel je, macam aku.

"Sayang, kita nak bagi nama anak kita apa?" Soal rayden. Memang sepanjang aku memgandung, tak pernah pun kami memikirkan nama buat anak kami.

Menyesal pulak.

"Hmm, apa kata kita letak nama anak kita, Kayla Adly Binti Rayden Lee?" 

"Sedap nama. Abang tak kesah sayang nak bagi nama apa sekali pun, sebab tanpa sayang, takkan lahir anak kita."

Aku senyum manis. Untung nya aku dapat lelaki macam rayden. Aku tidak pernah menyesal jadi isteri rayden, malah aku bersyukur.

"Thanks , sayang. I love you so much." Dahiku dikucup lama.

________

Keluar je dari bilik mandi, rayden terus mendukung ku hingga ke ruang makan. Dengan aku yang hanya berpakaiankan robe. Bila rayden letakkan aku di atas kerusi, terus aku pukul lengan rayden.

Bagi la aku pakai baju dulu kalau ye pun.

"Abang! Kenapa dukung keysha? Bagi la keysha pakai baju sekejap." Marahku.

Rayden buat tak dengar. Haish, mentang-mentang la aku ni tengah berpantang, nak bergerak pun susah, boleh la dia buat aku macam ni!

Tapi bila aku pandang makanan yang berada di hadapan ku ini, terus bersinar meleleh aku dibuatnya. Mak ai, rayden buatkan untuk aku lamb chop!

Memang dari haritu lagi, aku mengadu dekat rayden yang aku teringin nak makan lamb chop. Tak sangka lah, dapat masakan air tangan dari suami sendiri.

Dengan cepat aku mencapai garfu dan pisau yang diletakkan disebelah pinggan. Baru aje aku nak potong daging , rayden mengambil pinggan aku.

"Abang! Kenapa abang ambil lamb chop keysha?!" Jeritku. Tak kuat pun.

Rayden hanya senyum. Lagi lah membuatkan aku menyampah. Ada ke bila orang nak makan, dia boleh pergi rampas macam gituw aje? Hilang terus selera makan aku.

Aku pandang rayden. Dia sedang memotong daging itu menjadi kecil untuk senang dimakan. Kemudian dia meletakkan semula pinggan yang berisi kan lamb chop ku tadi yang sudah dipotong siap.

"This. I just want to make it easier to it, my love."  Senyuman manis rayden, terukir.

Berbutterfly-butterfly hati aku. Alah, cakap lah yang dia nak mudahkan untuk aku makan lain kali. Hehehe.

Kemudian aku terus ngap satu persatu kepingan daging yang sudah dipotong itu. Ya Allah, sedapnya suami aku masak!

5 star michelin!

Akhirnya kenyang juga perut aku. Perut kenyang, hati pun senang! Baru je aku nak teguk jus oren , aku dengar Kayla menangis.

Terus aku bangun ingin naik ke atas. Rayden yang sedang membasuh pinggan berlari ke arah ku. Mungkin terkejut atau risau tengok aku bergerak.

"What are you doing? Sayang kan masih berpantang. Jangan lah banyak bergerak." Suaranya terdengar seakan-akan risau.

Haih, rayden ni memang dah terlalu buta cinta dengan aku ke? Tak dengar ke anak dia tengah menangis dekat atas tu?

"Keysha nak tengok kayla. Dia menangis."

"Okay, stay here. Biar abang yang bawakkan kayla untuk sayang." Ucapnya seraya melangkah naik anak tangga pergi ke bilik.

Aku mengeluh. Aku duduk di atas sofa. Dengan badan yang masih tidak berbaju dan hanya memakai robe nya. Nak aje sekarang aku teleport hingga ke bilik.

Rayden kembali dengan kayla di gendongan nya. Kayla diberikan kepadaku. Aku terus menepuk-nepuk kayla perlahan. Ingin menenangkan kayla.

"Kayla mungkin lapar , sayang." Ucap rayden yang duduk disebelahku.

Baru je aku nak menyusukan anakku, aku pandang orang sebelahku ini.

"Abang kenapa duduk dekat sini lagi? Keysha nak menyusu kayla."

Rayden mengkelip-kelipkan matanya.

"Ala, sayang. Takpelah. Abang cuma nak temankan sayang je." Rintih rayden bila dia tengok aku pandang tajam je.

"Mana boleh. Keysha tak selesa kalau abang ada teman keysha susukan kayla." Bantahku.

Memang tak la. Walaupun dia suami aku dan dah tahu pasal aku sekalipun, memang tidaklah aku nak suruh dia tenung je aku susukan kayla. Tak selesa aku dibuatnya.

"Boleh la sayang? Lagipun abang kan suami sayang. Abang nak teman sayang dengan kayla je." Pujuk rayden lagi.

Aku menggeleng. "Tak boleh." Bantahku sekeras-kerasnya.

Kayla masih lagi tidak berhenti menangis. Tolong lah rayden, dengar cakap isterimu sebentar sahaja.

"Sa-"

"Abang dah solat asar? Belum kan. Jadi pergi solat." Sambung ku.

Haa, terus KO!

Dengan berat hati rayden bangun dan pergi ke bilik. Aku hanya tergelak melihat karenah suamiku itu. Comel betul!

Oh ye, anak aku! Terus aku menyusukan kayla setelah rayden pergi.

LAMARAN TUAN (Editing)Where stories live. Discover now