Special Story (8)

79 5 0
                                    

AKU masih setia menunggu rayden di dalam bilik. Selawat dan zikir tak henti-henti dibaca. Aku berharap sangat, ada berita yang baik.

Kemudian, pintu bilik aku dibuka oleh seseorang. Aku terus menegakkan posisi badanku. Tetapi, bukan rayden yang dibalik pintu.

Ummi masuk ke dalam bilikku. Duduk di atas katil bersebelahan denganku. Rambutku dibelai.

Ummi senyum. "Keysha, jangan risau. InshaAllah dipermudahkan urusan." Ucap ummi menenangkan hatiku.

Aku hanya membalas dengan senyuman kecil. Tak tahu nak balas apa. Hanya mampu berharap dan bertawaqal.

"Entahlah ummi. Keysha.. terima dan redo kalau memang hubungan keysha dan rayden hanya sampai sini sahaja." Jawabku. Walaupun kenyataan, aku tak boleh terima.

"Jangan nak menipu ummi. Ummi kenal anak ummi. Keysha sayangkan sangat-sangat dengan rayden. Ummi tahu, keysha tak mampu tanpa rayden disisi keysha." Dan semuanya yang dikatakan ummi itu ialah benar. Aku memang cintakan rayden.

Aku pandang bawah. Air mata kembali turun ke pipi. Ummi mengengam tanganku.

Aku dengar pintu dibuka sekali lagi. Aku terus menoleh ke arah pintu. Rayden!

Sejurus dengan itu, ibu meninggalkan kami berdua. Mata aku berkaca-kaca sambil memandang dia yang mendekatiku.

Dia duduk disebelahku, lalu membawa ku kedalam pelukkanya. Rambutku dan pipiku diusap lembut olehnya. Aku nangis teresak-esak.

"Shuus..jangan nangis sayang. Abang dah kembali." Ucapnya seraya mengusap air mataku.

Aku pandang dia. "Maksud abang?"

Dia senyum manis menampakkan lesung pipitnya. "Abang berjaya tunaikan janji abang. Jadi, sayang jangan nangis. Because, our story continues." Jawabnya. Aku pandang dia tak percaya. Benarkah?

"A-abang.. betul ke? Abang tak perlu kah-" Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, tangan rayden menutup mulutku.

"No, dear. That will never happen! Just the two of us, only keysha adelia and lee rayden."

Dengar sahaja pengakuan rayden, terus aku peluk dia erat. Aku lepaskan segala tangisan didada rayden.

Rasa lega di dada. Gembira dia dapat tunaikkan janji dia untuk aku. Kini, hati aku kian terubati.

Beberapa minit kemudian, kami duduk sambil menghadap satu sama lain. Kali ni, aku nak dengar semua cerita dari dia.

"Jadi, macam mana abang boleh terlepas dari tuduhan khalwat?" Soalku. Rasa ingin tahu membuak-buak.

Rayden senyum, rambutku diusap. "Abang tak bersalah. The girl, put something in my drink. Sebabtu abang tak sedar dengan diri abang. I lost my control. Tadi, waktu kami hampir-hampir diputuskan wajib berkahwin, ada lelaki datang. Dia pekerja waiter dekat hotel tu. Dia saksi yang nampak rakan kerja dia bersubahat dengan perempuan tu. So, dia lah yang letak sesuatu dalam air abang atas arahan perempuan tu. After berbincang, perempuan tu mengaku bersalah. Jadi, kami tak jadi berkahwin sebab bukan salah abang. Abang dikhianati. Lagipun, kami tak buat apa-apa pun dalam bilik hotel tu. Abang sempat sedar. Pejabat agama putuskan untuk batalkan perkahwinan kami. Abang bersyukur sangat, Allah beri pentunjuk. Now, sayang tak perlu risau lagi. Abang hanya untuk sayang."

Aku senyum gembira. Rasa teramat- amt bersyukur. Tak dapat bayangkan kalau harini, aku bakal berkongsi suami dengan orang lain.

Aku peluk rayden. "Abang, keysha minta maaf. Keysha tak percayakan abang. Keysha ada tengking atau naikkan suara dekat abang. Keysha gagal sebagai seorang isteri. Maafkan keysha." Ucapku sayu. Bila diingatkan, betapa emosinya dan marahnya bila dengan rayden tadi. Aku jerit dekat dia, tengking dia, marah dia. Rasa berdosa sangat.

LAMARAN TUAN (Editing)Where stories live. Discover now