#34

183 6 0
                                    

  "ABANG!" Jeritku di atas katil. Sudah kali ke-7 aku panggil rayden. Tak datang-datang jugak. Dengan perut aku yang semakin membesar, menyukarkan aku untuk bergerak.

Mana rayden ni? Tadi lepas bagi aku sarapan, dia kata nak pergi kemas dapur untuk aku. Takkan la kemas dapur sampai 2 jam. Renovate dapur ke apa?

Kesal dengan suamiku itu, aku memutuskan untuk pergi sendiri ke bawah. Kaki diturunkan ke bawah, dengan sekali nafas, aku terus bangun dari duduk. 

Pergh, penat.

Selepas itu, aku perlahan berjalan hingga ke bawah. Tengok je tangga, terus aku rasa nak pingsan. Jenuh aku nak turun!

Mana suami aku ni!!

Sambil kaki perlahan menuruni setiap anak tangga, sambil tu juga aku cuba memanggil rayden. Namun, tiada respon.

Akhirnya kaki aku selamat mendarat ke lantai. Ini macam penat naik tangga woo! Aku berjalan ke dapur, rayden masih tidak munculkan diri.

Tiba-tiba aku terdengar suara perempuan dan lelaki sedang bertengkar mulut di luar rumah ku. Aku mula mendekati arah pintu.

Rayden?

Apabila mendengar suara suamiku yang berada di luar, automatik tanganku dengan pantas membuka pintu kayu besar itu.

Dan apa yang berada dihadapan aku sekarang ini, membuatkan aku terkaku. Figura dua orang perempuan yang sangat lah aku kenal.

Ariana. Mummy.

Mereka juga terlihat terkaku ketika menyedari akan kehadiranku itu. Rayden jangan cakaplah, memang jelas-jelas terkejut beruk member tu.

"Oh, ini dah nak jadi mak bapak rupanya. Patutlah 7 bulan ni, senyap je ye." Ariana bersuara. Sempat menyindir.

Aku tengok rayden mengeluh kasar sambil meraup muka dan rambutnya. Mungkin, dia taknak aku ada sekali dekat sini. Salah aku jugak, main bukak pintu je tanpa lihat tingkap.

"Ari, mummy. Please, don't bother us." Ujar rayden.

"Why rayden? Kamu tak seronok ke mummy datang Malaysia semata-mata nak jumpa anak kesayangan mummy ni? Sampai hati rayden cakap macamtu. Macam mummy ni, penyibuk." Balas puan seyoung. Nak minta belas kasihan rayden la tu.

Rayden mengeluh kecil. "No, mummy. I'm not trying to say like that at you. Tapi, sekarang bukan waktu yang sesuai untuk mama datang. Plus, mama bring another person as well."

Drama pukul 7 dah. Yang aku ni, dari tadi tercegat dekat pintu.

"Rayden, i benci you. You memang tak kisahkan i langsungkan, Perasaan i bila anak yang perempuan penyondol tu mengandung adalah anak you? Huh." Tangan diarahkan ke diriku.

Amboi, ada hati cakap aku ni penyondol! Hello, excuse me? Siapa yang the real penyondol sekarang? Siapa isteri siapa?

Panas je hati aku bila kena cop penyondol dari minah saleh tu! Kalau ikutkan, nak aje aku balas!

"Ari! Jangan nak kurang ajar. Siapa you, nak kata isteri i penyondol? You better watch you mouth." Dingin suara rayden. Meremang aku.

Aku nampak ari agak tersentak. Terkejut kot tengok 'bakal boyfriend' dia back-up aku.

"Rayden. Mummy tak kira. Mummy nak rayden ceraikan keysha!" Ujar puan seyoung. Mata melirik tajam kearahku. Membantu bakal menantunya yang tidak jadi itu.

Dengari je perkataan cerai, terbeliak mata aku dan rayden. Are you kidding me , maam?

Masa tu, terus lutut aku jadi lemah. Rasa nak jatuh. Tapi aku tahan sekuatnya.

"Mummy! What are you saying? Rayden tak akan ceraikan keysha sampai bila-bila! Rayden cintakan keysha! This is my life and my fate, mummy tak ada hak untuk putuskan rumah tangga kami!" Agak tinggi suara rayden membalas. Urat dilehernya kelihatan jelas. Rayden marah. Reaksi puan seyoung juga agak terkejut.

Aku turut mengempalkan tanganku. This time, mummy dah melampau! Namun, aku cuba menahan diri. Ada nyawa yang perlu aku selamatkan.

"Rayden! Ada ke you cakap macamtu? Ini mummy you! Apa yang dia cakap, you patut ikut. Ceraikan je lah perempuan murah ni!" Ari membalas.

Dan masa ni, PAP!

tangan aku selamat mendarat ke pipi ariana. Oh, cakap aku perempuan murah ye? Mendidih segala darah dalam badan aku. Sekarang, aku memang dah tak boleh tahan. Diaorang makin melampau!

Tengok je aku bagi penampar free dekat ariana, rayden membawa ku dekat dengan dirinya.

"Dear, relax." Ucap rayden perlahan.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Mengikuti arahan rayden.

Ariana ketika itu terus datang dekat kepadaku dan menarik rambutku sekuat-kuatnya yang membuatkan aku mengerang kesakitan.

Rayden terus menghalang ariana. Makin rayden halang, makin kuat minah saleh ni tarik! Tak membantu la rayden!

Dengan itu, tangan aku pun diangkat ke rambut ariana. Sekarang ni, kalau lah ada orang lalu, mesti boleh layan popcorn sambil tengok kami.

Puan seyoung dan rayden cuba untuk meleraikan.

"Ari, stop!" Dingin 2× ganda dari yang tadi. Sejurus itu, ariana terus memberhentikan dari menarik rambutku.

Wah, ini kali pertama aku tengok rayden marah macam ni! Naik bulu roma aku!

"R-rayden?"

"You two, please get out from here." Rayden menarikku untuk berlindung dibelakangnya.

Tiada Riak pada wajah rayden. sungguh mengerunkan!

"Rayden, mummy tak sangka rayden berubah hanya disebabkan perempuan tu." Sebelum menarik ariana masuk ke dalam kereta dan pergi dari sini.

Selepas sahaja mereka hilang dari sini, rayden menghembus nafas kasar. Tangannya digengam hingga timbul urat-uratnya.

"A-abang?" Takut-takut aku panggil rayden.

Rayden terus memusingkan badannya menghadapku.

"Ye, sayang? Kenapa? Sayang sakit ke?" Riak muka nya berubah! Dari yang dingin, berubah menjadi risau.

Aku menggeleng. "Keysha okey."

Nampak rayden lega. "Alhamdulillah. Abang minta maaf sebab tak dapat protect you and our baby." Matanya ku pandang dalam-dalam. Nampak keikhlasanya.

Aku senyum. "Don't worry abang. Bila-bila pun abang tetap akan jadi hero buat keysha. Today, you did a good job already." Aku pegang tangan rayden.

Rayden ketawa. Cair hati aku. Macam mana senyuman seseorang boleh jadi semanis ini?

"Oh, abang. Jum masuk dalam. keysha dah la tak pakai tudung. Nanti orang nampak." 

Baru sahaja kaki aku ingin melangkah, rayden dengan cepat mendukungku membuatkan aku terjerit kecil.

"Eh, abang! Turunkan keysha!" Pintaku. Cuba untuk melepaskan diri.

" I dont want."

"Ish, keysha berat lah."

"Takpelah, the hero must be strong enough to carry his princess." Fuh! Ayat tu!

Berbunga-bunga hati aku. Terus tak jadi nak turun. Aku membiarkan rayden membawaku hingga ke dalam rumah.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now