RIUH rendah suasana dewan sekarang. Harini company RDY's ada event besar. Ramai tetamu dari company lain dijemput hadir. Aku sebagai pekerja jugak kat sini, mesti la wajib hadir. Nak-nak pulak, suami CEO company kot.Rayden sedang rancak berbual mesra dengan tetamu-tetamu. Aku pulak sedang menguruskan catering dan majlis ini.
"Wei keysha. Hensem betul Mr Rayden harini." Mina memuji.
"Hm? Bolehlah." Balasku singkat. Aku tengok setiap hari mina oi!
Itu pun aku yang pilihkan baju. Tergamam jugak la aku pagi tadi tengok dia. Cair hati aku. Pagi-pagi dah dapat cuci mata.
"Bolehlah? Kau tak nampak ke? Ini bukan bisye-bisye, tapi luar biasa. Aku rasa kau ni kene pergi cek mata la." Dia mencuit bahuku.
Aku gelak. Memang luar biasa pun. Tapi aku taknak la puji, kantoi la aku isteri rayden nanti.
Tangan sibuk menanda keperluan untuk event ini. Takut la ada yang tak lengkap, kang rayden marah aku pulak.
"Um, excuse me. Ada makanan lain tak? Sebab semua ni dessert je. Nanti gemuk la I."
Sapa seseorang kepadaku.Aku memusingkan badan untuk melihat sosok wanita itu. Dan yeah, macam yang aku harapkan, si ariana.
Mata dijulingkan keatas. Apasal la dalam banyak-banyak perempuan kat sini, dia jugak yang aku jumpa.
"Oh sorry. Tapi catering hanya buat dessert je. Kalau nak makanan lain, puan boleh keluar pergi cari kedai ye." Balasku. Banyak complain pulak.
Aku nampak muka dia tak puas hati. Padan muka! Nak pegang-pegang sangat kan!
"You ni kerja kat sini ke? Omg, kenapa la rayden ambil you. Annoying la."
Ehh helo. Kau tu yang annoying. Dah la kepit-kepit suara bila dengan rayden!
"Rayden ambil saya kerja sebab saya ni berbakat." Jawabku. Selit sikit bangga diri tu.
"What? Hahaha. Kelakar la you ni." Ariana ketawa. Aku jeling menyampah.
"Kelakar? Saya tak buat lawak pun. Kenapa puan nak gelak? Puan ada masalah mental ke?"
Hahaha rasakan!
Terus diam minah saleh ni.
"You!" Naik tinggi suaranya.
Tiba-tiba rayden muncul. Ariana yang tadi garang, terus acah-acah buat suara menangis dia dekat rayden. Pastu cakap aku buat dia.
Euww bajet budak.
Rayden memandang aku. Seakan cuba membaca riak wajah aku. Setelah itu rayden membawa ariana pergi.
Aku diam. Cuba buat tak kesah. Kemudian kembali ke kerja aku yang tergelanda tadi disebabkan oleh minah saleh tu.
Majlis sudah ingin bermula. Tetamu makin ramai yang hadir. Aku duduk di penjuru dewan bersama rakan sekerja ku yang lain.
Pengacara pun sudah naik ke atas pentas dan kini majlis secara rasminya berlangsung. Ketawa-ketawa didengari. Aku pun turut gelak dengan pengacara ni. Pandai dia buat lawak.
Setelah itu, pengacara menjemput Rayden untuk memberikan ucapan sebagai CEO RDY's company dan penganjur majlis ini.
Rayden naik ke atas pentas dengan segaknya. Tepukan gemuruh diberikan kepada rayden.
Bersinar mata aku memandang rayden. Tak sangka yang sedang berdiri di atas pentas itu, adalah suami aku sendiri.
Oh ye. Baru aku terperasan dengan ariana yang tengah duduk dimeja hadapan. Dah la duduk semeja dengan rayden. Sebelah-sebelah pulak tu. Melampau ni. Aku isteri dia pun, kene diri kat hujung ni.
YOU ARE READING
LAMARAN TUAN
RomanceBermulalah kisah cinta diantara dua insan dimana ketika Keysha Adelia ditawarkan untuk bekerja di bawah syarikat RYD's. Dimana ia juga, dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Rayden Lee yang berkacukan korea dan merupakan pemilik syarikat itu...