"TAPI sayang kena ikut cakap abang. Boleh?"
Aku mengerut kening. "Kenapa pulak?" Tak puas hati aku menyoal.
"Sebab, ini kali pertama abang cuti kerja. Jadi disebabkan abang pun dah ada wife, sayang kenalah ikut kata abang."
Erk, macam tu pulak?
"Ye la. Disebabkan abang sakit, keysha tunaikan permintaan abang. Abang nak suruh keysha ikut abang pergi mana?"
Riak muka rayden berubah. Dia teesenyum senget
Makin bertambah rasa ingin tahu aku.
"Then, abang nak sayang teman abang breakfast then main gym." Ujarnya seraya memakai jam tangan.
"Apa?!" Aku menjerit. Taknak aku! Dengan ramai lelaki nya dekat sana. Baru aje lepas solat subuh. Takkan nak rosakkan mata aku!
"Takn-" belum sempat aku menghabiskan ayatku, rayden terlebih dahulu menarik aku untuk ikut bersama dengannya.
Sabar abang! Bagi keysha siap dulu!
_
Ayam yang sudah dipotong dimasukkan ke dalam periuk. Harini, rayden kata dia nak makan kari ayam air tangan aku.
Aku mengambil buah oren di dalam peti lalu dipotong empat. Selesai memasak, kari diletakkan di dalam bekas kaca untuk dihidangkan. Aku duduk di kerusi meja makan sambil menunggu rayden yang berada di bilik.
Tak lama setelah itu, rayden turun dan ikut duduk bersamaku. Kami menjamu selera. Sedang rayden menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, aku berbicara.
"Abang, kalau keysha nak tanya boleh tak."
Rayden mengangguk dengan mulutnya yang penuh dengan makanan.
"Erm, ariana tu sape?" Soalku perlahan.
Lantas rayden terus tercekik apabila aku menanyakan soalan. Aku cepat-cepat memberikan air kepadanya. Rayden laju meneguk air putih itu. Setelah itu dia melihat aku dan mengeras.
"Kenapa sayang nak tahu?"
"Sebab semalam abang ada sebut nama ariana dua kali masa abang tidur." Ucapku. Bila teringat dia sebut nama perempuan yang aku tak kenal, membuatkan hati aku sakit.
Rayden terdiam. Dia tidak mengeluarkan sedikit pun suara. Kemudian dia berdehem.
"Ariana tu kawan abang." Riak muka selamba ditayang.
"Takkan la kawan sampai terbawak-bawak masuk dalam mimpi kot?" Aku menjeling rayden.
Rayden hampir-hampir tercekik makanan sekali lagi. Aku bangun dan menepuk-nepuk belakang badan rayden. Aku tersenyum senget.
Sampai tersedak member! Kantoi!
"Abang okey tak?"
"Abang okay." Jawabnya walaupun tengok dah macam kucing tercekik tulang aje.
"Abang dah kenapa? Bila keysha tanya soalan tu, mesti abang tercekik."
Rayden mula cuak. "S-sayang abang nak pergi gym la." Rayden berdiri sambil memegang pinggan.
"Ehh takde-takde. Abang kan demam." Aku menarik rayden untuk kembali duduk. Gym aje alasan selamat dia.
"Seben-" Belum sempat rayden menjawab, aku memotongnya percakapannya terlebih dahulu. Entah kenapa, sakit hati aku bila tengok dia sampai tercekik bila aku tanya siapa ariana itu.
Takde mood aku nak dengar penjelasan dia.
"Abang dah habis makan kan? Biar keysha yang basuh pinggan." Ujarku lalu mengambil pinggan-pinggan untuk dibasuh. Rayden cuba menahan aku, namun aku melepaskan gengamannya.
YOU ARE READING
LAMARAN TUAN
RomanceBermulalah kisah cinta diantara dua insan dimana ketika Keysha Adelia ditawarkan untuk bekerja di bawah syarikat RYD's. Dimana ia juga, dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Rayden Lee yang berkacukan korea dan merupakan pemilik syarikat itu...