prolog

56 6 0
                                    

Diri ini mengharapkan kebahagiaan yang akan datang adalah kebahagiaan yang penuh bermakna. Cukup aku derita ketika ini. Aku ingin mempunyai seseorang yang ada untuk aku, yang mencintaiku, hebat dalam ilmu agama untuk membimbingku ke Syurga Allah SWT. Ayah? Aku ada ayah tetapi sibuk dengan kerjanya, sibuk dengan projek jutaannya. Ibu? Sama seperti ayah sibuk dengan kerjanya sehingga dia tiada masa denganku. Aku dibesarkan oleh Mak Siti, sepenuhnya diuruskan oleh Mak Siti iaitu pembantu di rumah banglo ini. Kawan-kawan aku memujiku lahir dalam keluarga yang kaya tetapi aku hanya berkata pada mereka "kaya tak bermakna bahagia". Kadang aku cemburu dengan rakanku yang lain, ibu dan ayah mereka memberi perhatian secukupnya. Sedangkan aku? Anak perempuan tunggal yang meraih kasih sayang ibu ayah tetapi tidak dapat sehingga sekarang. Kadangkala diriku sudah tidak ambil peduli tentang itu semua. Tawar hati mungkin?

"Assalamualaikum, morning sayang. Boleh mummy masuk?". Lamunanku terhenti apabila mendengar suara mummy disebalik pintu. "Argh! mesti ada benda yang dia nak aku buat. Kerja dekat office dia ataupun berhenti kerja. Itu sahaja yang akan dibicarakan oleh mummy . Tiada yang lain. Kerja, kerja, kerja", Aku mendengus kasar. " Bala apa pula kalini ? " .

"Waalaikumusalam, sure mummy. Masuklah, pintu bilik tak berkunci", jawabku. Setelah mummy masuk ke dalam bilikku, dia duduk di sofa berhadapan dengan televisyen. Aku turut duduk di atas sofa berhampiran mummy.

"Happy birthday, puteri mummy. Sorry, mummy baru ingat pukul 3 petang tadi . Now, you're 22 years old, darling and sorry sayang, mummy terlupa nak beli hadiah waktu balik dari office tadi. Kek pun mummy tak sempat beli. Banyak sangat kerja dekat office tu " . Ada sesuatu perasaan terdetik di hatiku. Sakit. "Why, mummy? Mummy lebih pentingkan kerja berbanding anak sendiri?" Bisik hatiku . Datin Haura Khadejah cantik di pandang, bergaya, berkarisma dan bijak . Ya, itulah mummy aku yang bijak dalam bidang perniagaan tetapi tidak bijak menguruskan masa dengan anaknya sendiri. Umur mummy sudah cecah 39 tahun . Nikah muda.

Aku hanya melemparkan senyuman padanya . Senyuman palsu . " Thank you, mummy " . Itu saja yang aku lafazkan. 09/06, tarikh ini adalah tarikh aku dilahirkan di dunia ini.

" And lagi satu .. "

"Mummy, please stop. Anum tak nak kerja dengan mummy ataupun daddy. Anum ada syarikat sendiri." Belum sempat mummy menghabiskan percakapannya, aku sudah bersuara untuk membantah.

"Mummy tahu you takkan kerja dengan mummy ataupun daddy", kata Datin Haura Khadeeja. Aku tercengang.

"Kalau bukan tentang kerja, mummy nak cakap apa?", soal aku. Hatiku mula berdebar ingin menunggu jawapan mummy . Aku berharap mummy tak cakap benda yang mengarut seperti kahwin ? . Mummy memberi senyuman manis kepadaku. Aku hanya melihat mimik mukanya tanpa sebarang senyuman.

"Mummy nak Deeja bernikah dengan anak kawan mummy bulan depan", kata mummy. Sejurus itu, aku lantas berdiri di hadapan mummy. Bantal sofa aku campakkan ke lantai tanda memprotes.

"No, mummy! A BIG NO! Deeja tak nak bernikah dengan pilihan mummy. You know what, mummy? Jodoh itu ketentuan Allah, so mummy tak perlu nak suruh Deeja bernikah dengan anak kawan mummy", beritahuku. Nadaku sedikit tinggi. "And one more thing, mummy tak perlu sibuk cari jodoh untuk Deeja", sambungku.

"Why, Deeja? Mummy kenal anak kawan mummy tu. Dia seorang lelaki yang gentleman, baik, handsome, rich, tall. Dia perfect for you, honey", beritahu mummy padaku. Langsung tak ada sikit pun di hati ini tertarik apabila mummy memberitahu ciri-ciri anak kawannya itu.

"Who's that guy ?", soalku. "Mummy nak Deeja bernikah dengan dia sebab harta je kan?", soalku lagi.

"Mummy bukan macam tu, Deeja! Mummy nak you bernikah dengan dia untuk masa depan you dengan bakal anak-anak you nanti. You kenal lelaki tu , Anak kepada Datin Mayra dan Dato' Sham", jawabnya. Aku tersenyum sinis mendengar jawapan mummy. Senyuman dibibirnya hilang begitu saja. "You nak anak you ni rosak ke mummy?", soalku.

"What are you talking about, Anum? Nak cakap yang anak Datin tu tak elok ke? Mummy tengok elok je orangnya. Kamu jangan nak cakap yang bukan-bukan. Anak Datin tu dah berkenan dengan kamu", kata mummy.

" Berkenan sebab badan", balasku perlahan tapi cukup didengari mummy.

"Jangan biadap, Anum!". Mummy yang duduk di sofa kini berdiri di hadapanku. Dadanya berombak kerna amarahnya.

"What? Mummy tahu atau pura-pura tak tahu? Bukan ke dulu mummy tak suka sangat dengan anak tunggal Datin Mayra tu? Ingat Anum tak tahu ? Anak Datin Mayra tu kaki botol! Kaki perempuan! Kaki clubbing!", ujarku. Setiap hari, aku ternampak Shaf, anak lelaki bujang Datin Mayra bertukar perempuan setiap hari. Balik lewat malam bawa anak dara orang masuk rumah.

" Itu du..lu.. se..karang dia d..ah ber..tauba..t ", kata mummy gagap.

"Stop jadi hipokrit, mummy. Mummy nak Deeja nikah dengan Shaf sebab mummy nak syarikat yang mummy share dengan Datin 100% milik mummy kan? How dare you, mummy. You jual anak sendi...." PANG! Tidak sempat aku menghabiskan ayat, tangan mummy laju menampar pipiku. Terasa bahang panas mukaku.

"Mummy tak ajar Deeja jadi biadap macam ni! Kenapa kurang ajar sangat?!". Tengking Datin Haura.

"Sorry mummy, please get out from here. I'm sick of you", kataku. Hati ini bagai ditusuk pisau yang tajam. Di bawah kelopak mataku sudah bergenang air mata. Tangan mummy yang mengigil aku tatap. Mukanya merah dek kerana memarahiku. Mummy keluar dari bilik. Sebaik saja pintu bilik ditutup rapat, aku menghempaskan tubuh genit aku di sofa. Air mata mencurah keluar membasahi pipi.

"Kenapa harus aku yang lalui semua ni? Ya Allah, dosa apa yang aku buat sehingga begini ujian yang Kau berikan kepadaku". Aku mengeluh. Aku membiarkan air mata turun membasahi pipi.

OG | HE'S MR KILLERWhere stories live. Discover now