Chapter | 3

14 3 0
                                    

Jam di dinding menunjukkan tepat pada pukul 2 pagi. Pusing kanan, pusing ke kiri tak boleh tidur. Fikiran melayang pada kata-kata Arisya petang tadi.

"Kau perlu hati-hati. Dia nampak bahaya".

"Dia nampak bahaya", aku ulang ayat yang bermain di mindaku. Entah mengapa setiap bait yang dibicarakan oleh Arisya bermain di kepala. Secara automatik aku berdebar.

"Kenapa dengan aku ni, Astagfirullahalazim!" , ucapku seorang diri. Aku bingkas bangun lalu menuju ke suatu destinasi. Bilik VVIP!

Kepala aku jenguk ke kanan, jenguk ke kiri. Dah macam pengintip!

"Okay nice ! Clear!", kataku. Terjengket jengket aku berjalan. Seketika aku teleng kepala ke belakang.

Sampai sahaja di tempat yang aku tuju, kepala lutut menggigil. Bukan setakat kepala lutut , seluruh badan! Peluh menitik tak henti - henti.

Mataku berkeliaran di muka pintu. Perkataan "VVIP" terpampang di muka pintu.. "A'yen". Setelah aku baca nama di muka pintu, seram sejuk jadinya.

"A'yen"... bergetar getar bibirku menyebut namanya. Ingin saja aku memulas tombol pintu, pintu sudah terbuka dari dalam.

"Who are you?" , Soal A'yen. Seluruh tubuh aku  menggigil  tidak henti. Mata saling bertatapan.

"Handsome", kataku. Sejurus itu aku menutup mulutku dengan tapak tangan. Bibir di pukul beberapa kali.

"Buang  tebiat ke kau ni Anum!", bisik hatiku. Wajah tampan seorang yang sedang berada di hadapan aku, aku pandang.

"Terima kasih selamatkan saya, maaf ganggu awak. Assalamualaikum" , kataku. Aku terus berlari sekuat hati. Balik ke bilik wad semula. Sampai sahaja di bilik, aku mengambil keputusan untuk menjenguk ke luar di sebalik pintu. Nasib tidak meyebelahi diri,aku tak dapat melihat apa-apa pun. Hanya dapat melihat pintu berwarna putih di hadapanku. Maklumlah pendek. Terpaksa lah aku buka pintu sedikit.

"Opocot mak kau kebabom debab pom pom!", latahku. Alangkah terkejutnya aku lelaki itu berada di hadapan ku. Perasaan malu sudah mula menguasi diri.

"Anum Khadijah" , panggilnya. Sejurus itu aku mengangkat muka aku. Air liur di telan.

"Y..ye sa..ya", jawabku gagap. Argh ! Entah mengapa hati ini berdegup kencang. Takut? Aku mengeluh. Apa  nak jadi, jadilah.

"Esok pukul 9 pagi jumpa aku. Bawak doktor Arisya sekali, faham ? Kau lambat satu minit... Kau dengan kawan kau mati", Katanya. Ayat terakhir membuatkan aku gerun. Tidak berani menatap matanya. Inilah padahnya tidak mendengar kata. Aku hanya mengangguk dan dia berlalu pergi. Sesak nafas dibuatnya. Dengan ketinggian aku dan dia jauh beza membuatkan ku lebih takut. Tubuhnya sedikit sasa dan tatapan tajam yang dia berikan pada aku, aku simpan dalam otak.

"Parah- parah! Itulah Anum tak dengar kata lagi! Sekarang ni mamat zirafah tu dah bagi warning. Kalau aku tak bawak Arisya sekali , MATI. Argh! Macam mana aku nak cari alasan ni? Tentu Arisya mengamuk sebab aku tak dengar cakap dia" , bebelku sendirian. Kepala disandarkan di kepala katil. Otak aku ligat mencari alasan yang paling bernas sekali!

"Ish!! Alasan apa nak bagi ni?!", Jeritku halus. Aku menumbuk tilam sekuat hati.

"Argh!", adu ku. Terlupa yang diri ini masih belum sihat sepenuhnya. Aku renung tanganku. Penuh dengan parut. Parut yang diciptakan oleh munmy dan daddy. Hati mula merasa kesakitan yang sama. Cara ingin beri alasan pada Arisya aku lupakan serta merta. Kini fikirkan aku melayang pada perkara yang ditimpa pada aku.

"Mummy , daddy. Why? Kenapa sanggup buat Anum macam ni? Apa kurangnya Anum? Apa salah Anum pada mummy? Daddy? . Anum ingin kebahagiaan. Anum nak kasih sayang dari mummy dan daddy. That's all. Anum tak nak harta, wang ringgit. Anum tak nak semua tu. Anum hanya ingin kasih sayang, belaian manja dari mummy dengan daddy. Susah ke nak beri pada Anum? Anum satu-satunya anak tunggal mummy dan juga daddy. Satu-satunya anak perempuan. Anum tak nak parut ni semua. Anum nak merasa kebahagiaan macam orang lain. Anum nak merasa kasih sayang seorang ibu dan juga ayah untuk anaknya. Anum cemburu dengan kawan-kawan Anum. Walaupun mereka tak sekaya Anum , mereka hidup bahagia", kataku seorang diri. Perlahan-lahan air mata membasahi pipi. Tidak sanggup untuk lalui semua ini. Tapi apakan daya aku hanya seorang hamba yang kerdil.
Aku selalu sematkan dalam otak aku kata-kata yang diberikan oleh Mak Siti. "Allah takkan uji hambanya melainkan hambanya mampu melalui perkara tersebut. Selepas hujan pasti ada pelangi". Dengan Mak Siti aku manja. Mak Siti seolah ibu yang melahirkan aku. Beri kasih sayang dan belaian manja. Tapi, aku ingin mummy cuba lakukan apa yang Mak Siti lakukan pada aku.

"Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang Aku minta pertolongan", doaku. Sejurus itu aku pejamkan mata. Tidur. Merawat hati yang terluka. Sangat terluka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG | HE'S MR KILLERWhere stories live. Discover now