Sakit,pedih segalanya aku rasa saat ini. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata.Sekitarku depenuhi katil pesakit yang tiada orangnya.Hanya aku seorang. "Ya Allah kau berikanlah ku kekuatan", doaku. Tekakku terasa dahaga. Dengan segala tenaga yang aku peroleh,aku cuba untuk bangun. Boleh sahaja aku meminta bantuan doktor tetapi aku tidak ingin menyusahkan sesiapa. Air yang berada di meja sisiku memudahkan kerja aku. Alhamdulillah! Aku membuka penutup botol dengan lafaz bismillah aku meneguk minuman tersebut.
Aku melihat tanganku penuh dengan kesan lebam. Pandanganku beralih pada pintu masuk.Tiada siapa. "Aku sorang ajer?", soalku sendiri. Aku mengeluh kasar. Aku mula berfikir bagaimana aku ada di sini? Siapa yang bawa? Siapa yang selamatkan aku? Pak Wan? Pak Wan tak pandai berenang.Papa? Takkanlah. Mak Siti? Pening aku dibuatnya memikir siapa yang menyelamatkanku.
Daun pintu dibuka dari luar. Secara automatik pandanganku beralih. Seorang doktor perempuan yang cantik bertudung itu datang ke arahku dengan senyuman manisnya. "Felling better Miss Anum?", Soal doktor itu lemah lembut. " Sikit" , jawabku.
"Don't you remember me?", Soal doktor itu. Terpinga-pinga aku dibuatnya. "Kita pernah berjumpa?pernah berkenalan?Maaf saya tak ingat", jawabku.
"Sah kau hilang ingatan!", kata doktor itu. Doktor itu ketawa terbahak-bahak.Argh! Aku tak faham.Siapakah gelaran doktor ini?Pernah berjumpa?Dimana?Bila?Bertambah bingung aku dibuatnya.Sudahlah aku berfikir siapa yang menyelamatkanku.Hadirnya doktor ini menambahkan lagi soalan di mindaku.
"Come on Anum ! It's me! Arisya Dafara", doktor itu memperkenalkan dirinya. Terlopong luas mulutku. Melihat reaksiku, berdekah doktor itu ketawa.Hilang ayunya. Gelak sakan nampak!
"Seriuslah?! Arisya!", jeritku. Sakit yang ku rasakan hilang serta merta.Bertemu dengan sahabatku yang sudah 10 tahun tidak bertemu adalah hari yang bahagia buatku.Air mata membasahi pipi. Rindu!.
"Kau menangis ni kenapa?Ada nampak hantu ke?", Soal Arisya Dafara. Lagi sekali dia ketawa. Apa yang kelakar pun tak tahu. "Sampai hati kau tak ingat muka aku yang cantik molek ni! Merajuk!" , kata Arisya Dafara. Aku mengesat air mata menggunakan jariku. Perangai tak berubah seperti dulu minah karipap ni. Ya , aku panggil dia minah karipap sebab suka sangat makan karipap!
"Sorrylah beb! Aku tak berapa nak cam muka kau lah! Aku ingat minah saleh mana tadi.Putih melepak,hidung mancung! Sumpah aku tak kenal! Macam mana kau boleh berubah drastik sampai macam ni sekali?", soalku. Dulu sahabatnya ini berisi,kulit pun tidak seputih sekarang.
"Duduk di negara orang cuaca berbeda, tak sama macam Malaysia" . Aku hanya tersenyum mendengar jawapannya. Alhamdulillah sahabat seorangnya ini sudah pulang ke tanah air selama 5 tahun berada di negara orang. London!
"Sya...",panggilku. Sejurus itu Arisya tersenyum manis.Alahai senyuman tu manis macam kek coklat!
"Err...mana parents aku?", soalku.
"Anum...aku rasa kau tahu mana diorang. Aku nak bagitahu pun sebersalah. Tak nak kau kecewa", jawab Arisya. Sudah ku duga, tiada siapa yang melawat aku.
"Tak apalah sya, i'm okay", kataku . Tipu. Senyuman di bibirku di buat-buat.
"Oh ya! Siapa lelaki tu?", Soal Arisya. Dahiku berkerut kerut memikirkan soalannya. Lelaki? Lelaki mana? Siapa? Aku menatap wajah sahabatku. Matanya seakan bersinar menunggu jawapan.
"Lelaki mana?", Soalku kembali. Demi Allah aku tidak tahu siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Arisya.
"Haih kau ni nak sorok-sorok pula! Tahu lah aku dah lama tak balik".
"Ya Allah Sya , betul aku tak tahu siapa lelaki yang kau maksudkan tu", kataku. Aku mengangkat tangan bagaikan sumpah! Dianggukkan kepala beberapa kali. Dah macam burung belatuk!
Arisya seakan tergamam. Siapa lelaki tu? Kenapa dengan dia? Apa kena mengena dia dengan aku?
"So maksudnya betullah kau tak tahu siapa lelaki yang kendong kau bawa masuk dalam hospital ni", kata Arisya.
"WHAT?! Dia angkat aku ? Siapa dia ?! Kau ada gambar dia tak ? Dia dekat mana ? Macam mana dia yang bawa aku? How? Dia siapa? Macam mana dia tahu aku dalam bahaya ?", bertubi-tubi soalan keluar dari mulutku.
"Kak sabar kak jangan gelabah. Banyak betul soalan kau ni! Pertama aku tak ada gambar dia. Yang ke dua aku tak tahu macam mana kau boleh ada dengan dia. Dan yang ketiga aku tak tahu macam mana dia selamatkan kau", jawab Arisya. Dah macam kena jawab dengan polis !
"Heishh mana tak gelabahnya aku. Sesuka hati je pegang anak dara orang!", Kataku. Sungguh aku tak puas hati. Aku lebih rela mati daripada disentuh lelaki yang bukan mahram.
"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu,sesungguhnya engkau maha pemberi",surah Ali 'Imran Ayat8.
"Nasib dia nak bantu kau tau ! Aku tengok dia pun macam dalam kesusahan", Kata Arisya.
"Susah apa?" Soalku.
" Waktu dia kendong kau tu dia dalam keadaan kepala dia berdarah tau ! See ? Dia still nak selamatkan kau" , Jawab Arisya. Bertambah bingung aku dibuatnya. Dah kenapa pula kepala dia berdarah?. Perasaan marah mula reda bila dikenangkan keadaan dia dan sanggup tolong aku. Aku nak jumpa dia untuk ucapkan terima kasih dan bertanya khabar.
"Dia ada dekat wad VVIP. Aku boleh bantu kau kalau kau nak jumpa dia", Kata Arisya lagi. Automatik senyumanku melebar.
"By the way kau tahu semua cerita ?", Soalku.
"Dari awal hingga akhir aku tahu", Jawab Arisya.
"How you know ?", Soalku lagi. Pelik juga macam mana dia dapat tahu mengapa aku jadi begini. Takkan lelaki itu yang bagitahu?. Argh! Apa-apa pun aku nak jumpa lelaki tu dan ingin dia menceritakan semuanya.
"Lelaki tu", jawab Arisya. Terlopong luas mulutku mendengar jawapannya. Jadi betullah apa yang aku fikirkan.
"Lelaki itu cakap Pak Wan yang ceritakan" , Kata Arisya. Lega hatiku mendengarnya. Pelbagai soalan bermain di mindaku. Bagaimana pula Pak Wan kenal lelaki ni? Macam mana lelaki ni boleh ada di sana waktu itu? Argh!! Serabut !!
"Bila aku boleh jumpa lelaki tu?" , Soalku.
"Esok pagi. Dia pesakit aku. Dia cakap dia tak nak sesiapa ganggu dia waktu ni", jawab Arisya.
Aku merebahkan semula badanku di katil. Kalau ikutkan hati , ingin saja aku pergi sekarang tapi aku hormat keputusannya.
" Anum , kau perlu hati-hati. Dia nampak bahaya", Nasihat Arisya sedikit gugup. Wajahnya berubah serta merta.
YOU ARE READING
OG | HE'S MR KILLER
ActionHe's Mr Killer mengisahkan seorang lelaki yang menyukai kerja yang merbahaya seperti membunuh.Membunuh adalah rutin harian buat dirinya.Kadangkala apabila dirinya lapar bukan makanan yang lelaki ini cari.Apa yang lelaki ini cari adalah darah.Darah m...