Chapter 1

31 5 0
                                    

Aku merasakan badan aku di goncang kuat. Kedengaran suara seseorang sayup - sayup memanggil namaku. Sebaik saja aku membuka mata,daddy berada di hadapanku.Aku tertanya-tanya mengapa muka daddy basah?Rambutnya kusut,seluruh pakaiannya juga basah.Aku berasa diriku juga basah.Sejuk. Pandangan ku berpaling ke arah mummy yang berdiri tegak di belakang daddy.Wajah mummy kelihatan bengis.Aku melihat langit.Gelap. Argh ! aku tak faham.

"Deeja ni kenapa ?! Dah nak mati sangat ke terjun dalam kolam dalam ni ! Tak tahu berenang buat cara tak tahu. Jangan menyusahkan orang ! Ingatkan dah mampus tadi ! Haish! Tak guna betullah kau ni ! Bawak bala !", Daddy menyumpah seranah. Aku hanya mendiamkan diri. Aku hanya memandang lantai, tidak berani menatap wajah daddy yang bengis itu.

Kolam? Baru aku perasan, kami berada di tepi kolam. Oh aku " Sleepwalking" Aku tersenyum sendiri.

" Abang lupa ke anak abang tu ada penyakit sleepwalking ? Tengoklah tu orang dah selamatkan dia bukan nak berterima kasih, senyum sorang-sorang macam orang gila. Entah-entah dah gila !" Kata mummy dengan selamba. Datin Haura Khadeeja dan Dato Shah Rifduan , kedua orang tuaku yang tidak pernah menjaga perasaanku. Apa yang mereka ingin katakan mereka hanya lepaskan saja tanpa mempeduli perasaanku.

"Ada anak menyusahkan , lebih baik tak perlu ada", Kata daddy. Tangannya yang mencengkam bahu ku dilepas kasar. Daddy dan mummy sentiasa berkata aku anak yang tidak guna. Aku tergamam dan hatiku terasa sakit mendegar ayat yang dibicarakan oleh daddy .

"Terima kasih selamatkan Deeja", Kataku. Lalu mereka pergi meninggalkan ku sendiri.

"Air mata . Sejuk . Kecewa".

Lepas sahaja mereka beredar dari situ , Mak Siti terus memeluk tubuhku yang menggigil kesejukkan. Mak Siti dengari segala yang dibicarakan oleh daddy dan mummy padaku. Mak Siti seorang yang sentiasa ada untukku, dengan mak Siti aku manja, dengan mak Siti aku luahkan apa yang aku rasa. Kadangkala aku terfikir mengapa bukan dia yang menjadi ibuku?. Walaupun dia orang yang susah dia sentiasa tersenyum. Aku cemburu dengan anak-anaknya kerana mempunyai ibu yang baik sepertinya.

Aku pandang wajah Mak Siti. Mak siti menangis. Argh ! Murahnya air mata orang tua ini. Setiap kali aku diperilaku seperti ini, setiap kali itulah dia menangis. Aku terharu dengan sikapnya.

"Ibu... panggilku dengan nada suara manja", Ya ibu adalah gelaran untuk Mak Siti. Aku yang ingin memanggilnya ibu. Mak Siti pula menginzinkan aku memanggilnya dengan gelaran ibu.

"Anum ... Anum sabar ya sayang? Ibu ada dengan Anum. Kita masuk ya, dekat luar ni sejuk. Anum masuk, salin baju lepastu sambung tidur", Kata Mak Siti. Nadanya seperti gaya memujuk. Setiap Kali aku dengannya, aku seperti bayi yang baru lahir mendapat kasih sayang seorang ibu. Hanya aku dan ibu.

"Anum tak nak tidur, Anum tak nak susahkan mummy dengan daddy" , Kataku. Aku melentokkan kepalaku di bahu mak Siti.

"Ibu teman Anum tidur", Kata Mak Siti.

Aku merasakan badanku panas. Mungkin sebab semalam? Aku menyarungkan baju berwarna biru gelap di tubuhku. Harini aku pergi kerja dengan pakaian biasa sahaja. Muka tidak ada secalit mekaup. Selesai sahaja aku menyiapkan diri , aku turun untuk makan sarapan yang diperbuat oleh Mak Siti . Mataku meliar mencari susuk tubuh Mak Siti . Di dapur tiada , di ruang tamu pun tiada . Aku keluar mengikut pintu dapur , mungkin Mak Siti tengah sidai kain . Tepat tekaanku bahawa Mak Siti sedang menyidai kain.

" Tak jua aku temukan ..
Oh tuhan inikah cobaan ..
Ibu - ibu bapak - bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu sama teman-temanku
Kerna cuma diriku yang tak laku-laku ..HEY! " .

OG | HE'S MR KILLERWhere stories live. Discover now