HARI berganti hari, sudah 2 bulan kami bersama. Pelbagai cabaran yang kami tempuhi bersama. Bagi aku, semua waktu bersama rayden adalah waktu yang sangat bahagia untukku. Menjadi isteri kepada seseorang yang sangat hebat, tidak pernah aku sangka kan.
Hujan turun dengan lebatnya. Kami berada di kampung ummiku. Rindu dengan mereka, aku membuat keputusan untuk balik. Rayden sepatutnya ada kerja, tapi dia kata mahu turut balik ke kampung bersama aku.
Tadi kami ronda-ronda di sini, tak sempat nak balik ke rumah, hujan turun. Jadi kami terpaksa berteduh di kedai makan sekitar sini. Nasib baik la kami jumpa awal kedai ni, kalau tak memang basah kuyup la jawapnya.
Sementara menunggu hujan reda, elok juga minum air sejuk masa hujan ni. Rayden pula tengah baca surat khabar. Aku tengok dah macam atuk pulak si rayden ni. Kusyuk sangat baca.
Ramai juga pelanggan di sini. Lagipun, aku memang kenal tuan kedai dan beberapa orang makcik-makcik di sini. Aku dapat melihat banyak mata memandang ke arah kami.
Bahuku terhenjut apabila aku ada orang memegang bahuku. Bila ditoleh, rupanya makcik Leah. Aku kenal dengan makcik leah ni, kebanyakkan semuanya kawan-kawan ummiku.
Kemudian makcik leah menyapaku ramah.
"Keysha, dah lama makcik tak nampak kamu balik sini.""Saya kerja kat KL makcik. Sebab tu la jarang balik. Makcik leah sihat?" Sapaku ramah.
"Alhamdulillah, makcik sihat aje. Erm yang depan kamu tu siapa?" Makcik leah menujukkan tangan ke rayden yang berada di hadapanku.
"Dia suami saya. Rayden."
Rayden yang tadi sedang kusyuk membaca surat khabar, senyum kepada makcik Leah.
"Lah bila masa kamu kahwin keysha? Kenapa tak jemput kenduri pun?" Ucapnya terkejut.
"Sebab saya kahwin biase-biase je. Tak jemput ramai pun. Lagipun saya kawin kat KL. Sekarang dah dua bulan kami bersama." Balasku.
"Ye ke. Lama dah la keysha kahwin. Sampai hati keysha tak bagitahu makcik yang keysha kahwin. Dengan laki kacak pulak tu."
Sambil mencuit bahuku.Aku ketawa kecil. Rayden hanya diam dan menjadi pendengar. "Ada-ada aje makcik leah ni."
"Kamu dah berisi ke?"
Zap!
Soalan yang membuatkan aku terus mengeras. Senyuman ku juga turut pudar. Apa yang aku nak jawab ni?
"Erk belum. Mungkin masih belum ada rezeki." Aku senyum tawar. Baru pertama kali aku ditanyakan soalan sebergini.
Aku dapat merasakan pandangan tajam orang yang berada di depanku ini. Walau tak tengok mata dia pun, aura tu dah sampai kat aku.
"Aik 2 bulan dah kawin tapi masih takde anak? Ke kamu tak boleh mengandung?" Soalan pedas itu ditanya lagi.
Lagi sekali aku mengeras. Mulut sudah terkunci, tidak tahu apa yang harus dibalas.
Lagi-lagi soalan akhir itu, lagi membuatkan aku terdiam.Belum sempat aku menjawab. Rayden membalas.
"Makcik, buat masa sekarang, kami masih tiada rezeki. Ini semua rancangan Allah. Lagipun makcik takyah risaulah, kalau kami ada anak ke takde anak ke, bende tu takde kaitan pun dengan makcik. kami ada anak sekalipun, makcik bukannya nenek dia pun. Dan kalau isteri saya mandul, ada je cara untuk mengandung. Sekarang ni zaman moden, ada pelbagai jenis perubatan boleh dibuat. Saya minta maaf kalau agak kasar saya berbicara. Tapi, apa yang makcik cakap dekat isteri saya itu melampau." Rayden bidas membalas.
Pergh ternganga aku dibuatnya. Tak sangka rayden cakap macamtu. Bapak cool suami aku!
Makcik leah terus tergamam. Riak mukanya tidak percaya dengan rayden. Haa baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah! Ada hati nak cakap aku ni mandul.
"M-makcik balik dulu la. Keysha." Belum sempat aku ingin memberi salam, pantas makcik leah berjalan pergi.
Rayden mengengam tanganku. Matanya memandang dalam. Riak mukanya risau akan diriku.
"Sayang jangan ambil hati. Abang tak kisah pun, kalau kita takde anak. Selagi Sayang masih ada kat sisi abang, itu dah cukup."
Dia mengusap lembut tanganku. "Dont worry, kesyha okey. Biaselah, bila dah kahwin mesti orang akan tanya." Aku menunduk. Keluhan dilepaskan.
Rayden tahu aku sebenarnya tak okey. Dia lantas bangun dan membawa aku ke motor.
"Abang nak pergi mana? Hujan lebat lagi ni." Soalku pelik. Habis basah baju aku. Nasib aku pakai baju tebal.
Rayden menyuruhku untuk naik. Kemudian dia menghidupkan enjin lalu laju memecut.
"Mesti sayang selalu mandi hujan waktu kecik-kecik dulu kan? Abang tak pernah mandi hujan, jadi harini abang nak mandi hujan dengan sayang." Rayden menjerit supaya aku dapat mendengar.
Aku tersenyum. Rayden tahu aje nak buat aku gembira. Aku memeluk tubuh rayden kuat. Seronok hati aku. Hilang segala resah dan luka yang baru dierima aku tadi. Semuanya disebabkan rayden.
Puas berpusing-pusing di kampung ini, kami sudah tiba di rumah ummi. Baju kami basah lencun sebab mandi hujan.
Ummi keluar lalu melihat kami. "Ya Allah, kenapa mandi hujan kamu berdua? Nanti demam macam mana?" Ummi menengur kami yang sedang menahan sejuk.
"Tadi ronda-ronda." Aku sengih.
"Haih, dah kamu berdua pergi cepat mandi sebelum demam." Suruh ummi. Risau akan anak dan menantunya jatuh sakit.
"Abang mandi dulu la." Aku menyuruh rayden untuk mandi terlebih dahulu. Maklumlah, rumah ummi aku ni ada satu je tandas.
"Eh kenapa pulak? Kamu berdua mandi la sama-sama. lagi cepat." Ummi pulak yang balas.
Aku pantas mengeleng.
"Baik ummi." Tapi lain pulak yang rayden jawab. Dia tersenyum senget sambil kening dinaikkan.
Ha mula la tu.
Rayden laju menarik aku masuk ke dalam tandas. Malu-malu aku mengikut. Ummi pula seronok aje kenakan aku.
Selesai mandi, aku dan rayden berehat di dalam bilik sambil baring di atas katil. Mata pun dah berat. Aku tengok rayden pun menguap sudah. Pening jugaklah kepala aku sekarang.
"Sayang penat ke? Tidur la kalau mengantuk." Rayden menepuk-nepuk pinggangku.
"Abang pun tak penat ke?"
"Abang penat. Tapi sayang tidur dulu."
"Ish mana boleh macam tu. Kalau abang tak tidur, keysha pun taknak."
"Yela. Abang tidur dengan sayang. Dah tutup mata. Abang pun akan tutup mata jugak." Rayden mendekatkan diri.
Tangannya masih tidak berhenti menepuk pinggangku. Aku meletakkan kepala di lengan rayden. Kemudian kami akhirnya dibuai mimpi.
YOU ARE READING
LAMARAN TUAN
RomanceBermulalah kisah cinta diantara dua insan dimana ketika Keysha Adelia ditawarkan untuk bekerja di bawah syarikat RYD's. Dimana ia juga, dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Rayden Lee yang berkacukan korea dan merupakan pemilik syarikat itu...