Bab 6

1.9K 52 0
                                    

Setahun kemudian.

Kemas pegangan pistol di halakan kepada lelaki yang bertatu itu.

"Sila serah diri! Letakkan senjata ke bawah! Sila angkat tangan anda ke atas!" Arah Sofia tanpa sedikitpun mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Lelaki bertatu itu berdecit kasar, terpaksa akur setelah dirinya di kepung pihak polis. Perlahan-lahan senjata api di letak ke atas lantai, Sofia segera bertindak dengan menggari kedua belah tangan lelaki bertatu itu langsung di bawa masuk ke dalam perut kereta polis.

"Kau memang hebatlah Sofia." Puji Ehsan setiap kali gadis itu berjaya menangkap penjenayah.

Sofia tersenyum seperti biasa.

Ehsan mula memandu ke balai polis.

"Macam mana dengan kes kamu Sofia? Berjalan dengan baik tak?"

"Setakat ini baik-baik sahaja Koperal Ahmad. Tak ada masalah." Tabik hormat di angkat.

Koperal Ahmad mengangguk sekali.

"Jumpa kamu sekejap lagi." Ujar Koperal Ahmad.

"Baik Koperal." Lagi sekali tabik hormat di angkat sebelum di heret lelaki bertatu itu menuju bilik tahanan reman.

"Tolong aku jangan tahan aku, aku ada anak bini dekat rumah. Kesiankan mereka....."rayu lelaki bertatu itu.

Bibir Sofia mencebir.

"Oh masa kau buat jenayah kau tak fikir pulak keadaan anak bini kau dekat rumah? Dahlah kau tunggu je kes kau nanti." Jawab Sofi geram.

Pedulikan jeritan histeria lelaki bertatu tadi Sofia lajukan langkahnya ke arah meja miliknya yang berada di sana.

Jaket di cabut lalu di sangkutkan pada kepala kerusinya, elok mahu melabuhkan duduk namanya di seru pula.

"Sofia Leftenan Borhan nak jumpa kau dekat bilik dia." Ujar Auni.

"Okey, thank you. Aku pergi dulu." Bahu Auni di tepuk tanda terima kasihnya.

Dengan segera Sofia melajukan langkahnya ke bilik papa.

Tok. Tok. Tok.

Bilik itu di ketuknya tiga kali sebagai tanda hormat sebelum memulas tombol pintu bilik papa, Sofia menjenguk kepalanya ke dalam.

"Masuk cepat." Suruh papa.

"Yalah Leftenan Borhan." Pintu di katup rapat.

Punggungnya di henyak ke atas kerusi berhadapan dengan papa. "Ada apa panggil Sofia pa?"

"Nah."

"Apani?"

"Baca." Suruh papa.

Nafas di hela lalu di buka kertas tersebut dan di baca satu persatu.

"Pa apani....?" Mata Sofia berkaca.

"Papa tak mampu lagi nak tanggung rasa bersalah ni Sofia, tak patut papa hantar anak-anak papa kepada Raja Iblis tu Sofia. Papa sedar waktu itu papa hanya pentingkan pihak atasan lagi daripada nyawa anak papa sendiri." Air mata Leftenan Borhan turut menitik laju.

Dengan segera Sofia memegang erat tangan papanya. "Papa tak salah pa, itu dah memang kerja papa. Sofia yang salah pa, Sofia yang bagi idea bodoh tu dekat Heera. Tolong pa jangan sebab Sofia papa nak berserah macamtu je......"

"Papa tak boleh Sofia, rasanya dah tiba papa resign jawatan papa. Berat untuk papa tanggung rasa bersalah yang kian menebal Sofia, berapa ramai rakan sekerja Sofia meninggal di sebabkan tindakan bodoh papa." Leftenan Borhan tidak sanggup lagi untuk menggalas rasa bersalahnya setiap kali melihatkan nama-nama yang tergadai biarpun satu tahun sudah berlalu.

RAJA AS-HAR: Mafia With His PrincessWhere stories live. Discover now