Bab 2

2.6K 47 2
                                    

Tok. Tok. Tok.

"Masuk." Arah suara beku itu.

Tubuh Sofia terus tegak berdiri mendengarkan nada beku itu begitu menggerunkannya sekali.

Perlahan-lahan tombol pintu kamar di pulas dengan penuh berhati-hati lalu anak mata Sofia mengintai takut-takut untuk melihat di manakah keberadaan jejaka singa itu.

Di meja kerjanya?

Atau.

Sofa lembutnya?

Laju anak mata Sofia mengscan tubuh tegap yang kelihatan sedang sibuk menaip sesuatu di papan keybord langsung tidak menoleh mahupun mengangkat muka setelah bunyi pintu kamar di katup kemas olehnya.

Ya di dah masuk pun.

Pak!

"Skop kerja baru kau, baca dan hadam. No question." Fail yang di baling kasar oleh jejaka singa itu terus melambung jatuh ke atas lantai.

Fahamlah Sofia bahawasanya jejaka singa itu tidak mahu dia kotorkan sofa lembut dengan bekasnya. Tak apa Sofia tidak kesah asalkan dia dapat bekerja kembali di bawah jejaka singa ini itu sudah mencukupi.

Dia masih ada misi yang perlu di jalankan.

Perlahan-lahan fail itu di selak maka terpamparlah syarat-syarat skop kerja baharunya. Nampaknya dia tak akan kerja di bahagian dapur lagi, susah untuk dia terima hakikat itu.

Tapi apa boleh buat dia sendiri yang masuk mulut buaya.

Kesemuanya ada sepuluh syarat baru baca syarat pertama dah murung.

1. Di larang bagi Zalina Sofia untuk masuk ke ruang dapur

2. Di larang bagi Zalina Sofia untuk keluar sekiranya tiada arahan daripada yang terhormat Raja Ashar Indera Vergo.

3. Bermula esok Zalina Sofia akan uruskan hal berkaitan dalam penyediaan sut dan aksesori yang terhormat Raja Ashar Indera Vergo termasuk sekali di dalam tanggungjawab memastikan Tuan Ashar sampai ke pejabat sebelum waktunya. Cth: meeting dan sebagainya.

4. Di larang bagi Zalina Sofia untuk membantah setiap keputusan yang di putuskan oleh yang terhormat Raja Ashar Indera Vergo sendiri.

5. Di wajibkan untuk Zalina Sofia melayan tanpa sepatah kata yang terhormat Raja Ashar Indera Vergo.

6. Gaji untuk skop kerja yang terbaru akan lebih sedikit nilanya di keranakan Zalina Sofia masih di bawah pemantauan (syarat ini hanya berjalan selama satu tahun sebagai denda).

7. Sepanjang tiada keberadaan yang terhormat Raja Ashar Indera Vergo, Zalina Sofia di pertanggungjawabkan untuk sentiasa memastikan kebersihan kamar tidur Tuan Ashar sentiasa bersih daripada segala debu kecuali peti besi milik Tuan Ashar. (Tidak di benarkan untuk di sentuh sama sekali).

8. Di larang bagi Zalina Sofia untuk berkomunikasi sama sekali dengan manusia yang berada di dalam rumah terkecuali yang terhormat Raja Ashar Indera Vergo.

9. Di larang bagi Zalina Sofia untuk menggunakan mana-mana alat telekomunikasi, jika ada dengan segera serahkan alat telekomunikasi tersebut kepada yang terhormat Raja Ashar Indera Vergo.

10. "Di larang bagi Zalina Sofia untuk membantah sepuluh syarat yang di kenakan, jika melanggar sebarang sepuluh syarat yang tentera di muka kertas. Zalina Sofia akan di kenakan hukuman denda yang akan di putuskan sendiri oleh yang terhormat Raja Ashar Indera Vergo.

"Kalau macamni baik Tuan Ashar kurung sahaja saya dekat bawah tanah." Ujar Sofia setelah kesepuluh syarat yang tentera di baca satu-persatu dengan penuh cukup sakit hati.

RAJA AS-HAR: Mafia With His PrincessWhere stories live. Discover now