Bab 33

1.3K 35 4
                                    

Seorang demi seorang ahli keluarganya datang melawatnya di hospital. Papa, mama, abang, dan kak Zety juga terus fly pulang ke Malaysia setelah mendengar khabar berita mengenai dia yang turut berada di tempat kejadian.

"Papa lega Sofia tak ada apa-apa." Sofia tidak dapat menyorokkan perasaanya biarpun semua orang gembira Raja Ashar Indera Vergo telah di berkas pada malam tadi bersama kumpulanya.

Sofia tidak mahu percaya.

Sofia mula syakkan sesuatu? Kenapa semua ahli keluarganya nampak sangat gembira? Bukan dia tak gembira bila ahli keluarganya gembira? Tapi tidak tahukah mereka penjenayah yang besar itu adalah suaminya?

"Aunty syukur sangat dia dah kena tangkap Ehsan."

Air mata Sofia bertakung, dia tidak dapat menyembunyikan lagi kekecawaan terhadap ahli keluarganya itu.

"Nampaknya semua dah rancang benda ni tanpa pengetahuan saya kan Ehsan?" Tajam mata Sofia merenung wajah setiap ahli keluarganya termasuk Ehsan tidak terkecuali.

Kain selimut hospital di genggam kuat.

"You were right Sofia, we both had planned it after you went back to him. DEMON. Adik sedar ke tak lelaki tu penjenayah illegal? Still nak cinta mati dekat wanted person macamtu? Are you stupid enough!" Keras suara Syahril mengherdik adiknya itu.

"But still he was my husband!" Sofia tidak kalah juga menentang abangnya.

"Sofia. Mama tak sangka Sofia betul-betul dah jatuh cinta dekat penjenayah besar macam tu Sofia? Apa dah kena dengan kamu ni Sofia? Kamu kena mandrem ke apa dengan penjenayah besar tu? Astaghfirullahalazim....." mengucap panjang mama sambil menekan dadanya kuat.

Akhirnya air mata Sofia jatuh menitik, perlahan-lahan dia kembali kepada dunia yang nyata. Di mana sepatutnya dia harus bergembira setelah penjenayah besar seperti Raja Ashar Indera Vergo yang telah pun di dapati sedang menjalankan penyiasatan oleh pihak FBI ke atas lelaki itu setelah bertahun-tahun lamanya pihak mereka gagal untuk menangkap akhirnya berjaya juga pada akhirnya.

Bukankah ini juga salah satu misi dia sebelum ini?

Misi yang di tugaskan kepada dia untuk membanteras penjenayah besar yang sedang bermaharajalela itu tapi saat ini apabila perkara itu sudah selesai dia tetap tidak rasa tenang.

Dia tidak gembira malah sejak dia sedar hanya wajah Tuan Ashar yang dia cari dan mahu lihat wajah kacak itu. Dan Sofia juga ingat semalam Tuan Ashar juga terluka teruk, bom itu di lemparkan berdekatan dengan Tuan Ashar.

Sofia tidak dapat sorokkan lagi kekecewaan perasaanya jika benar ini adalah jalan pemisah hubungan mereka?

Sofia tidak dapat bayangkan bagaimana dia dapat teruskan kehidupannya tanpa Tuan Ashar.

"Tolong keluar, Sofia nak sendirian." Terus Sofia membungkus seluruh tubuh wajahnya dengan selimut hospital tidak dapat menerima hakikat hubungan mereka sudah berakhir.

Malah ahli keluarganya sendiri yang merancang semua ini buatkan Sofia perlu waktu bersendirian. Mahu menghadam rasa perit yang kian terasa mencengkam jiwanya.

"I love you baby princess....I freaking love you with my full heart! Your touch makes me crazy baby princess!"

Masih segar di ingatan Sofia luahan hati Tuan Ashar ketika mereka bersama pada malam terakhir mereka.....itu.

Semakin laju air matanya menitis sehingga tubuh itu tersedu-sedan di sebalik selimut hospital meratapi hubungan mereka yang sudah berakhir itu.









RAJA AS-HAR: Mafia With His PrincessWhere stories live. Discover now