#13 & 14

251 13 0
                                    

   BUNYI pinggan terjatuh membuatkan aku terkejut. Rayden yang berada di dalam bilik, turut turun ke dapur. Jari terasa sakit akibat terkena kaca. Perlahan-lahan aku mengambil serpihan kaca yang pecah.

Rayden yang melihat aku, terus memegang tanganku yang sedang sibuk mengemas kaca-kaca itu. Wajahnya kelihatan risau akan diri ku. Lalu rayden membawa aku duduk di kerusi meja makan dan mengambil ubat.

Rayden kemudian menyapukan ubat dengan perlahan. Aku merintih kesakitan di jariku. Fokus rayden membuat kerja.

"Sayang jangan kemaskan. Nanti abang yang akan sapu. Sekarang, see? Dah luka jari orang yang abang sayang ni. Kalau sayang sakit macam mana?" Rayden masih fokus menyapukan ubat ke jariku yang terluka.

"Ala abang, sikit je. Nanti sembuh la." Ujarku.

"Sikit ke banyak ke tetap sama. Kalau semut gigit sayang pun abang risau, inikan pulak kaca." Menyempat dia bagi kata manis dekat aku.

Aku ketawa kecil. "Ish abang ni. Keysha okeylah."

Rayden selesai menyapukan ubat diluka ku.
Dia memandang aku sambil mengengam kedua-dua belah tanganku.

"Sayang, please take care diri sayang. Jangan buat abang risau. Pentingkan keselamatan diri sayang tu." Rayden menasihatiku.

Aku menundukkan kepala. "Keysha minta maaf sebab buat abang risau."

Rayden lantas memelukku lembut. Tangannya mengusap belakang badanku. Deruan nafasnya dapat didengar dan dirasai. Rayden berbisik.

"Its okay dear. Abang cuma risaukan sayang. Abang taknak sayang sakit. Lepasni, sayang kene janji jangan buat abang risau lagi okey?  Promise me?"

Rayden melepaskan pelukkan lalu mencium pipiku lembut. Aku terkejut dengan tindakan rayden.

"O-okey, keysha promise!" Muka aku mula memerah.

"Taknak balas ke?" Ujar rayden sambil menghalakan pipinya kepadaku.

Cup!

Satu ciuman pipi aku berikan kepada rayden. Rayden lantas menciumku di dahiku berkali-kali.

"Stop la abang!" Aku menahan rayden dan tersenyum malu.

"You know, i love you so much."

"Me too."

_

Kepala serabut memikirkan kerja-kerja yang bertimbun banyak. Meja aku penuh dengan fail-fail pejabat. Boleh gila aku!

Kemudian aku disapa dengan Mina iaitu rakan sekerja aku yang paling aku rapat di sini.

"Kau okey tak ni?" Mina berdiri sambil menyilangkan tangannya disebelah aku.

Aku mengeluh berat. Sambil menyandarkan diri ke kerusi.

"Tak okey." Jawabku lemah.

Mina ketawa. "Ala biasalah tu. Bila company besar, memang banyak kerja la. Ni, matcha for you. Tadi pergi kafe, alang-alang mina belikan la untuk keysha sekali. Minum tau."

Mina meletakkan air matcha itu di atas meja. Sejurus dengan itu, aku cepat mengambil lalu meneguk laju air matcha kegemaranku ini.

Ya Allah, nikmatnya!

Baru badan mula berasa segar dan bersemangat. Aku senyum sambil memandang mina.

"Thanks mina. Aku sayang kau." Aku memeluk mina yang sedang berdiri.

"Eleh kau. Aku pun sayang kau jugak. Ni, aku kene pergi jumpa client sekarang. Aku pergi dulu." Mina melepaskan pelukan dan berjalan pergi. Aku melambaikan tangan.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now