#3

379 16 1
                                    


   HARI berganti hari. Tanpa sedar, sudah dua minggu aku bekerja di syarikat idaman orang ini.

Rayden?

Rayden dia takde sebab ke Korea atas urusan peribadi. Mungkin, jumpa keluarga dia. Atau, awek? Kot lah, nak isteri yang mata biru jugak.

Sepanjang aku ada dekat sini selama 2 minggu, aku selalu terserempak dengannya. Lagi-lagi, waktu nak balik! Ke dia saje nak balik bila aku pun nak balik sebab nak tayang kereta Porshe miliknya? Tahulah kita pakai myvi aje.

Setelah 2jam aku menghadap skrin computer, akhirnya siap jugak kerja! Terasa sakit di tubuh dan mataku akibat lama sangat duduk dan menghadap skrin.

Silap hari bulan, boleh jadi warga orang tua aku ni. Muda-muda dah ada penyakit tua. Aku merengangkan badan lalu mengemas barang untuk pulang ke rumah.

Punat lift ditekan. Sekarang ni cuma ada aku seorang dan beberapa orang sahaja di dalam bangunan ni. Kenapa? Sebab ramai yang dah balik awal. Ye la, bos takde. Senang la nak curi tulang.

Sambil menunggu lift tiba, aku melihat jam di pergelangan tangan.

9:10 malam.

Dah malam. Alang-alang aku tak dinner lagi, baik aku pergi makan. Lalu telefon diambil dari beg. Mencari pemilik nombor.

Aku menghantar mesej kepada sara. Ingat nak ajak dia teman aku dinner sekali.

Telefon kemudian di letakkan kembali ke dalam beg. Pintu lift juga sudah terbuka dan aku melangkah masuk ke dalam.

Level LG ditekan.

Sesampainya di level LG, aku bergerak ke tempat keretaku diparking. Sunyi sepi. Hanya tinggal beberapa buah kereta sahaja. Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta.

Belum sempat ingin aku menutup pintu kereta, seseorang menahan pintu kereta aku. Aku menjerit terkejut dan takut.

Perlahan-lahan kepala mendongak ke atas.

Rayden?

Sosok rayden sedang berdiri dihadapan pintu keretaku. Aku menarik nafas lega. Mati-matian tadi aku ingat orang jahat!

"Maaf buat awak terkejut. Saya nak panggil awak tapi awak jalan laju sangat. Awak okey?" Soal rayden. Nampak riak wajahnya seperti risau.

"Saya okey. Kenapa Mr rayden tak jerit  nama saya tadi. Hampir-hampir saya ingat ada orang jahat tau." Ucapku walaupun rasa nak marah. Kalau ye pun, salam kan ada? Nasib tak arwah aku dibuatnya.

"Im sorry. Awak, nak balik ke?"

Aku menggeleng. "Tak, saya nak pergi dinner dengan kawan."

"Tapi kenapa mr rayden ada kat sini? Bukan ke mr rayden balik minggu depan?" Soalku.

"Oh. Saya ambil flight nak balik awal. Sebab urusan saya dah selesai." Terangnya. Masih setia berdiri di hadapanku.

Aku mengangguk.

"Erm, kalau macamtu, jumpa esok ye mr rayden. Saya balik dulu." Sapaku sopan. Karang kurang ajar, memang kena pecat dekat situ jugak!

Ingin aku menutup pintu, rayden kembali menahan semula pintu kereta.

"Wait keysha! May, i join you too?" Tangannya masih menahan pintu. Aku kerut kening. Dia nak ikut aku dinner? Dia? Ikut aku? Tak, tak ,tak! Tak makan aku depan dia sebab nak kawal ayu nanti!

Aku diam. Boleh tak nak tolak? Ke kena terima? Aduh, kenapa rayden nak ikut aku sekali ni?

Punya berfikir panjang, aku memutuskan untuk membenarkannya makan sekali dengan aku.

Aku mengangguk perlahan. "Sure."

Kemudian, rayden meminta izin untuk memandu kereta aku. Katanya, kereta dia berada di rumah. Dia datang sini pun dengan teksi aje.

Sebenarnya, aku tak percaya pun. Ye ke, datng sini naik teksi? Kot lah, dia malu nak cakap dia datang naik kereta kebal ke, helicopter ke. Mana tahu?

Erk, perlu ke aku tukar ke seat belakang? Macam tak manis pula duduk dengan lelaki bersebelahan. Namun, belum sempat aku berbuat apa-apa, rayden sudah mula memandu.

.

Beberapa minit kemudian, kami tiba di kedai makan. Kedai tepi jalan yang menjadi pilihan. Rayden nak ajak pergi tempat lain, tapi aku tolak. Bukannya aku tak tahu kedai jenis macam mana dia nak bawak aku. Entah-entah, semua menu kedai yang dia nak bawa aku tu harga makanan atas RM 50!

Orang kayangan kan.

Kami mengambil tempat duduk yang tidak diduduki pelanggan. Aku duduk di kerusi menghadapnya. Aku pandang dia, kot lah tak selesa dengan kedai macamni.

Posisi kami sekarang sedang saling bertentangan.

Macam biasa, rayden hanya menatap aku sahaja. Dah la duduk depan dia. Aku buat-buat alih pandangan dari dia.

Rayden kemudian memanggil waiter untuk megambil pesanan. Aku memesan nasi goreng kampung dan segelas air sejuk kosong. Rayden pula, hanya memesan segelas air Teh O panas.

Tadi kata tak makan lagi. Takkan order tu aje? Ucapku didalam hati. Tal berani lah kalau depan-depan. Bos kot.

Sunyi sahaja di antara kami. Masing-masing lebih selesa berdiam diri. Kemudian seekor kucing menghampiri dan naik ke atas paha aku.

Aku terus membelainya lembut.

Tetapi entah ilusi atau tidak, semasa sedang sibuk membelai kucing, aku terpandang ke arah rayden.

Dia tersenyum sambil melihatku yang sedang bermain manja bersama kucing.

Mata kami juga berlaga. Lama juga la kami bereye contact. Aku kembali tersedar, cepat-cepat aku berpura-pura membelai kembali kucing tadi.

Malu.

Berbahang muka aku. Bahkan aku dapat rasakan peluh di tubuh ku laju mengelongsor. Apasal tiba-tiba panas ni?

Makanan sudah siap dan dihidangkan di meja kami. Sebelum makan, aku menadah tangan terlebih dahulu dan membaca doa.

Rayden juga turut menadah tangannya apabila melihat diriku.

Aamiin.

Setelah itu, satu suapan sudu masuk ke dalam mulutku. Sedap giler! Teringat pulak, masakan ummi! Rindunya.

Namun rayden masih tidak menyentuh minumannya lagi. Dia hanya duduk memperhatikan aku.

Makanan yang baru hendak dimasuk ke mulut ,terhenti. Aku memandang rayden.

"Mr rayden. Kenapa pandang saya lama-lama? Awning tudung saya kemek ke?" Soalku. Ye la, entah-entah betul awning tudung aku dah macam lipas terbang.

"Nothing. Makanlah." Balasnya sambil tersenyum manis.

Cair mat! Manis giler senyuman dia!

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. Apa yang aku mengarut ni keysha! Ingat, bos kau tu!

Aku hanya menangguk perlahan.

Aku kembali menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Awak lepas ni terus balik ke?" Rayden tiba-tiba menanyakan soalan setelah sekian lama berdiam diri.

"Ye." Jawabku ringkas.

"Awak duduk rumah seorang diri ke? Atau dengan roommates?" Soalnya lagi.

Aduh! Kenapa pulak dia tanya soalan ni? Nak jujur ke tak ni? Tak berbahaya ke? Ummi kata, kalau lelaki tanya rumah dekat mana, jangan jawab.

"Kenapa awak tanya?" Soalku pula. Tidak menjawap pertayaan nya itu tadi.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now