"KEYSHA? Sedap nama kamu. Pandai ibu kamu pilih nama, keysha." Makcik itu memuji.
Pujian itu membuatkan aku tersipu malu. Memang selalu aku dengar orang puji nama aku.
"Makcik pula, siapa?" Soalku pula.
"Nama makcik, keya." Dia tersenyum manis.
"Wah! Nama kita hampir sama lah!" Ujarku teruja.
Ini kalau orang lain tanya, mesti ingat kami ni anak ibu.
"Nama anak makcik pun keysha. Makcik letakkan nama anak makcik sepena nama makcik, keya." Jelasnya. Namun, riak wajahnya kelihatan sedih.
Aku mengerutkan kening. Aik kalau ada anak, kenapa tidur dekat tasik ni?
"Makcik ada anak? Habistu, kenapa makcik tak duduk dengan anak makcik?" Soalku ingin tahu.
Makcik keya memandang ke hadapan. Melihat air yang bergerak dibawa angin. Lama sedikit, baru dijawab.
"Makcik hidup seorang diri." Jawab makcik keya.
Aku yang mendengarnya, tersentap. Merasa simpati atas makcik keya.
"Makcik, keysha minta maaf sebab tanya soalan ni."
"Ehh, takpelah. Makcik okey!"
"Makcik, keysha ada. Anggap je la keysha ni anak makcik. Lagipun nama kami kan sama." Aku memegang tangan makcik keya lembut.
"Terima kasih keysha. Makcik sunyi sangat kat sini. Tapi bila ada kamu, makcik seronok. Maafkan makcik kalau ada susahkan keysha."
Aku pantas menggeleng. "Mana ada makcik! Keysha tak kisah pun. Keysha pun seronok berbual dengan makcik."
Aku membuka beg tanganku, lalu mengambil sesuatu.
"Nah makcik, telefon ni, saya dah tak guna. Makcik guna la ye. Ada nombor saya kat dalam tu. Kalau ada apa-apa, makcik call je saya. Saya akan datang dengan kelajuan seratu kali ganda."
Makcik keya ketawa. Aku memberikan telefon itu. Makcik keya mengambil telefon itu seraya mengucapkan terima kasih kepadaku.
"Oh ye makcik keya, keysha dah kene balik. Nanti suami mengamuk pulak kalau tak balik awal."
"Ye la. Sekali sekala, datang la kat sini."
"No hal la makcik. Call je keysha ok." Aku menyalam tangan makcik keya dan melambai sebelum pergi.
What a good day!
_
Aku terjaga dari tidur untuk pergi ke tandas. Tangan mencapai telefon yang terletak di sebelah katil diatas meja. Cahaya skrin membuatkan aku menjauhkan telefon dari muka. Jam di skrin menunjukkan 3:33 malam.
Mata masih berat. Tapi, disebabkan perut sudah pun berproses. Kene la jugak paksa kan diri untuk bangun pergi ke tandas.
Selesai membuang hajat yang terperangkap di dalam usus kecil, aku tiba-tiba berasa dahaga. Niat yang ingin naik ke katil, terus dibatalkan.
Pintu bilik dibuka perlahan. Taknak kacau rayden tidur. Suasana yang agak gelap membuatkan aku sedikit berasa seram sejuk. Rumah kami ni, memang akan tutup semua lampu, cuma berbekalkan lampu ruang tamu. Itu pun lampu tinggi yang mentol dia dah agak malap.
Kaki melangkah turun setiap anak tangga. Sampainya di dapur, aku mengambil air lalu meneguknya. Bila dah lega, cepat-cepat aku berlari naik ke atas.
Memang tak la aku nak duduk sorang-sorang kat bawah tu lama.
Ketika kaki sibuk melangkah setiap anak tangga, aku terdengar barang jatuh di ruang tamu. Terus aku terkaku. Bulu roma naik. Angin sejuk dirasa.
Meremang.
YOU ARE READING
LAMARAN TUAN
RomanceBermulalah kisah cinta diantara dua insan dimana ketika Keysha Adelia ditawarkan untuk bekerja di bawah syarikat RYD's. Dimana ia juga, dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Rayden Lee yang berkacukan korea dan merupakan pemilik syarikat itu...