'Tok Tok', bunyi ketukan pintu dari tidak lain dan tidak bukan daripada Nadrah. Nadrah membuka daun pintu dan segera masuk bersama seorang lelaki yang tegap berpakaian kemas."Miss!, ni manager baru yang terpilih daripada temu bual haritu", kata Nadrah pada Affy.
"Thankyou Nadrah and you please have a sit", ucap dan arahan Affy kepada mereka berdua. Nadrah keluar meninggalkan mereka berdua. Affy mula bertanya beberapa soalan. Lantas, dia teringat dia belum memperkenalkan diri dengan rasmi kepada lelaki itu.
"Uuh I almost forgot. Let me introduce myself first. My name is Affy and I'm the CEO and the founder of this company. Nice to meet you and congratulations. You don't have to introduce yourself 'cause I already knew it from the resume", syarah Affy.
Tujuan sebenar Affy mengambil jawatan manager adalah untuk membuat persetujuan tentang perkara penting dlm hidupnya. Affy seorang wanita yang masih dara berumur 32 tahun ingin melaksanakan permintaan terakhir neneknya yang ingin melihatnya naik pelamin sebelum pergi buat selamanya. Affy tahu sebenarnya itu hanyalah alasan untuk menggesa dia kahwin dengan segera.
Affy memberitahu lelaki itu tujuan sebenar dia mengambil lelaki itu bekerja dengannya.
'Ehem ehem', lelaki itu berdehem.
"I understand your reason", kata lelaki itu.
"I think we're in the same situation where both of our families want to see us married but we both also don't have 'calon' ", sambungnya lagi.
Lelaki itu berkata seperti itu mestilah kerana Affy telah bertanya kepadanya jika dia mempunyai girlfriend, tunang, isteri, crush atau seseorang yang menyukainya. Semestinya tiada sehingga lelaki itu boleh berkata seperti itu.
"Ok good then. I dont want to be called 'penyondol' oleh people out there. Am I right Mr. Haiyriell?", tanya Affy sambil ketawa hambar.
Affy menerangkan lagi tentang kontrak perkahwinan itu. Affy ada menyatakan bahawa jika Haiyriell bersetuju, kontrak perkahwinan itu tidak diperlukan kerana Affy seorang wanita yang mempercayai bahawa 'bercinta selepas kahwin' itu tidak mustahil.
"I rasa lagi better kita teruskan tanpa kontrak because I pon percayakan cinta selepas nikah. I think lets proceed with bercinta selepas nikah dan dalam masa yang sama I boleh kenal You time I bekerja dengan You as your manager", ucap Haiyriell.
Affy hanya bersetuju dan meminta Nadrah menyediakan borang pengesahan untuk menerima Haiyriell bekerja.
"Ibu!!", kedengaran dari jauh suara kanak kanak kecil yang menanggil sambil berlari ke arah Affy.
"Hye anak ibu dh balik?", tanya Affy kepada anak perempuannya berumur 7 tahun.
Huwaiyna Audrieya binti Mohamad seorang anak yatim piatu yang diambil oleh Affy di sebuah rumah anak yatim ketika itu kebetulan mencari seorang ibu susuan buat anak itu. Affy mengambil keputusan yang berat. Namun dengan nasihat ahli keluarganya dan beberapa orang ustazah dia membuat keputusan untuk mengambil anak itu dan membesarkannya sebagai anak susuan.
"Princess ibu, can you please go and play with umi Nadrah first? As you can see I have a guest here", permintaan Affy kepada Huwaiyna dengan suara yang amat lembut.
Walaupun dalam keadaan yang penting atau sibuk, Affy akan sentiasa mendahulukan anak perempuannya itu. Affy menceritakan tentang Huwaiyna kepada Haiyriell dan Haiyriell hanya mendengar sambil mengangguk kepalanya sekali sekala tanda faham.
Haiyriell memberitahu Affy tentang latar belakangnya. Dia tinggal di kampung bersama nenek dan adik perempuannya. Dia mempunyai ahli keluarga yang lain di kampung itu. Tujuan Haiyriell memohon jawatan ini adalah demi menampung kehidupannya di kampung dan untuk membeli ubat ubatan buat neneknya yang sakit tua. Dia juga perlu membayar yuran pelajaran adik perempuannya itu.
Setelah lama Haiyriell dan Affy berbincang, Affy menjemput Haiyriell ke sofa. Huwaiyna, Nadia(anak kepada Nadrah), Deena dan arisya semua berkumpul di dalam bilik pejabat Affy yang luas itu untuk makan tengahari bersama. Affy menjemput Haiyriell makan tengahari bersama yang lain memandangkan Haiyriell ialah tetamunya pada hari itu. Haiyriell hanya bersetuju dengan pelawaan itu.
"Ibu, uncle ni siapa?", tanya Huwaiyna memecahkan suasana.
"Ni pekerja baru ibu. You'll see him often so you can introduce yourself to him", jawab Affy kepada puterinya itu.
"Nama saya Huwaiyna Audrieya. Nama uncle siapa? Waiyna boleh panggil uncle apa?", bertubi tubi soalan yang ditanyakan oleh Huwaiyna.
Haiyriell melihat Affy untuk meminta bantuan dan Affy memberitahu yang di syarikat ni semua ada nama panggilan seperti Nadrah dipanggil umi dan Deena dipanggil mama Dee. Masih ramai lagi yang lain.
"Mmm, you can call me Ayah if you want. By the way my name is Hilmiey Haiyriell, your mom's new staff.", jawab Haiyriell pada pertanyaan Huwaiyna itu.
Mereka sambung makan. Ketika itu Deena mencuit pinggang Affy menggunakan sikunya. Affy memberitahu Deena secara senyap senyap dalam keadaan mulut tertutup dan suara yang sangat perlahan dia akan menceritakan segalanya nanti.
Setelah selesai makan, Affy memberitahu Huwaiyna dan Nadia untuk pergi siapkan diri dan berehat dalam bilik yang disediakan. Bilik itu khas untuk kanak kanak yang biasanya pekerja pekerja Affy meninggalkan anak mereka disitu sementara menyiapkan kerja mereka di pejabat. Affy juga memesan kepada Huwaiyna dan Nadia supaya mereka menyiapkan kerja sekolah sambil menunggu.
"And you Haiyriell I think you can go now. No I mean you dah boleh kalau you nak balik sebab you mula kerja esok kan. Nanti esok Nadrah akan terangkan semuanya tentang kerja you and you boleh mintak nombor dia dekat luar nanti. Nombor I sekali.", hujah Affy panjang sambil menampilkan senyumnya yang hambar.
Haiyriell bergerak pulang dan dengan sekelip mata Affy diserang oleh Arisya dan Deena.
Nur Arisya Syazwina binti Nasrudin. Seorang specialist accountant syarikat SHULY dan juga salah seorang kawan baik Affy dari sekolah menengah. Sama dengan Deena.
Affy menceritakan segalanya kepada dua orang sahabat baiknya itu. Mereka hanya mengangguk faham akan cerita Affy itu. Mereka juga tahu yang sahabat baiknya ini sememangnya perlu seseorang untuk menjaga diri Affy dan anaknya itu. Mungkin sudah tiba masanya Affy menamatkan kehidupan bujangnya sebagai single mom dara.
YOU ARE READING
Takdir Ikatan Kita ( ON HOLD )
RomanceSebuah kisah seorang wanita andartu yang berumur 32 tahun yang ingin mencari seorang suami kontrak dan juga seorang bapa buat puteri kessayangannya. Kisah hidupnya bermula setelah bertemu dengan lelaki ini sebagai seorang pekerja baharu di syarikatn...