💐Bab 5💐

18 2 0
                                    

Selang beberapa minggu, kapal terbang Umi dan Abah mendarat di KLIA. Huwaiyna sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Oma dan Tokbahnya. Sudah lama mereka tidak bertentang mata. Kali terakhir mereka berjumpa pun ketika raya tahun lepas. Dalam beberapa bulan lagi Ramadhan ingin menjelma. Umi dan Abah sampai sebulan awal sebelum majlis pertunangan. Anggaran tarikh majlis pertunangan Affy dan Haiyriell adalah seminggu sebelum majlis peragaan pelancaran set pakaian keluaran baharu edisi Ramadhan ekslusif rekaan Affy sendiri. Affy tidak sempat untuk membuat baju pertunangannya sendiri disebabkan hari pelancaran tidak lama lagi dia sangat sibuk di pejabat dan lokasi pelancaran. Affy hanya akan memakai baju kurung moden berwarna putih yang dibeli di shopee sahaja.

seminggu sebelum majlis pertunangan Umi dan Abah memberitahu Affy untuk menjemput Haiyriell datang ke rumah untuk makan malam bersama.

  "Assalamualaikum!", Haiyriell.

  "Waalaikumussalam!", jawab orang yang berada di dalam rumah.

Abah pergi menjemput Haiyriell di pintu. Haiyriell menggapai tangan Abah untuk bersalaman. Abah bertanyakan khabar Haiyriell lalu menjemput Haiyriell ke meja makan. Affy dan Umi sudah selesai menghidangkan makanan mereka semua. Mereka berlima termasuk Huwaiyna berada di meja makan untuk menjamu selera. Umi memulakan perbualan di meja makan.

  "Haiyriell betul ke nak kahwin dengan anak Umi?", tanya Umi kepada Haiyriell

  " Kamu dah fikir masak-masak ke sebelum buat keputusan?", tanya Umi lagi

Haiyriell sudah mengenali Affy selama 3 bulan. Sejak pertama kali Affy menerangkan tentang kontrak perkahwinan Haiyriell sebenarnya agak tidak pasti dengan keputusan untuk meneruskan tanpa kontrak dan hanya bergantung kepada 'bercinta selepas nikah'. Tetapi, setelah lama bekerja dan mengenali Affy tanpa dia sedari dia sudah terjatuh cinta dengan Affy. Dia bagaikan melihat sesuatu pada Affy. Dia nampak bagaimana cara Affy melayan orang yang lebih tua darinya dan cara Affy melayani kanak kanak dengan penuh kasih sayang. Affy hanya ada satu kekurangan iaitu kurang memberi peluang pada diri sendiri. Affy hanya memikirkan tentang anaknya Huwaiyna, kerja dan melaksanakan tanggungjawabnya. Haiyriell sehinggakan naik rasa risau terhadap Affy yang kurang memberi perhatian pada diri sendiri. Sejak daripada itu Haiyriell timbul perasaan ingin melindungi wanita ini, ingin menjaga dan mengambil berat tentang Affy.

Setelah selesai makan, Abah menjemput Haiyriell untuk duduk dan berbual di sofa yang ada di ruang tamu. Pada mulanya Abah hanya berbual kosong tentang kehidupan dan hal-hal yang biasa dibualkan seorang pakcik dan mula untuk bertanyakan tentang Affy.

  "Seperti yang kamu tahu Iyah(Affy) ni anak bongsu Abah. Semestinya Abah nak yang terbaik buat puteri terakhir Abah. Haiyriell faham kan apa maksud Abah?", kata Abah.

  "Haiyriell faham maksud Abah. In sya allah Haiyriell akan cuba yang terbaik untuk bahagiakan anak Abah.", balas Haiyriell.

  "Abah percayakan kamu Haiyriell. Tapi kalau Iyah tiba-tiba datang dekat Abah dan sedih sedih Abah tak teragak agak nak 'smackdown' kamu. Nampak je tua tapi kuat lagi ni.", kata Abah berbaur gurauan.

Setelah semua persediaan selesai, kini hari pertunangan mereka telah pun tiba. Affy tidak menjemput ramai orang hanya keluarga, saudara mara terdekat dan kawan baiknya sahaja.

  "Cantiknya kawan akuuu!", kata Alyn dengan riang.

  "Mana pernah kawan aku ni tak cantik", balas Nadia dengan riak wajah bangga.

  "Mestila cantik tengok la siapa makeupkan", tambah Arisya dengan nada riak.

Ke semua lima orang kawan baik Affy berkumpul di dalam biliknya untuk membantu Affy bersiap untuk pertunangannya. Tidak lama kemudian Huwaiyna datang mengetuk pintu dan memberitahu yang pihak keluarga lelaki sudah sampai. Semua kawan kawannya turun ke bawah dan meninggalkan Huwaiyna dan Umi sahaja dalam bilik itu bersama Affy.

  "Umi harap ini keputusan yang terbaik buat Iyah. Umi tak nak tengok anak bongsu Umi terseksa disebabkan salah buat keputusan.", kata Umi.

  "Waiyna pon tak nak tengok ibu sedih. Waiyna dah happy sebab ibu dah bagi ayah dekat Waiyna.", celah Huwaiyna.

Keluarga Affy dan keluarga Haiyriell sedang berbincang tentang perkahwinan yang akan diadakan nanti. Affy sudah memberitahu Abah yang dia mahu adakan majlis perkahwinannya sehari selepas hari lahirnya. Abah hanya mempersetujui dan memberitahu pendapat Affy itu kepada pihak keluarga Haiyriell. Keluarga Haiyriell juga bersetuju. Memandangkan tarikh yang dipilih itu merupakan hari cuti jadi, tidak susah untuk saudara mara yang jauh untuk datang ke majlis itu nanti. Sekarang sudah tiba masanya untuk Affy turun untuk sesi penyarungan cincin. Affy turun dari tingkat atas rumahnya bersama bunga di tangannya dan diiringi oleh Umi dan Huwaiyna. Akhirnya, cincin disarung ke jari manis Affy. Kini Affy dan Haiyriell sudah mempunyai ikatan pertunangan. Cincin yang disarung oleh Nenek cantik berkilau menghiasi tangan Affy. Semua orang gembira kecuali Maklong dan Farisya. Setelah selesai majlis pertunangan, semua tetamu dijemput untuk menjamu selera.

  "Tahniah Affy!", ucap Hafira dengan teruja.

  "Finally kawan aku tunang jugak. Kesian aku tengok Huwaiyna tu takde ayah. Sekarang dah ada ayah nanti boleh dapat adik pula", usik Nadia sambil ketawa.

Affy hanya melihat kawan kawan baik kesayangannya itu mengusiknya. Affy malas hendak nanti perbualannya jadi panjang pula. Dalam hati Affy hanya Allah sahaja yang tahu betapa leganya Affy melihat semua orang merestui pilihannya. Affy bersyukur kerana terdapat ramai orang yang berada di belakangnya untuk sentiasa menyokong. Tiba tiba ada susuk badan lelaki yang dikenali datang mendekati sekumpulan wanita itu.

  "Affy! I nak cakap dengan you kejap.", panggil Haiyriell

  "Ouh I pun ada benda nak cakap", balas Affy.

Mereka pergi ke tempat yang barjauhan sedikit dengan sekumpulan wanita itu tadi.

  "You okay?", tanya Haiyriell

  "Okay je. I just rasa sebak tiba tiba. Tak tahu kenapa", balas Affy.

  "It's okay. Tenangkan diri you dulu.", kata Haiyreill. Haiyriell membiarkan Affy menenangkan diri dahulu selama beberapa minit.

  "Apa you nak cakap dekat I tadi?", tanya Affy.

  "Let me ask you first, you ok tak ni?", tanya Haiyriell.

  "Yeah I'm okay. I rasa sebak mungkin sebab pertunangan ni kot. Even a slow step buat I rasa this thing is berat.", jawab Affy.

Affy memang seorang wanita yang bertanggungjawab. Affy sangat risau dengan amanah yang dia dapat sehinggakan dia 'overthinking' tentang semua perkara. Dia takut dia tak dapat menjalankan amanah dengan baik dan takut dia disoal di akhirat kelak.

  "Hey, don't worry. I'm here. I'll protect you no matter what. I'll take care of you and our daughter. So, stop overthinking okay? I will always be there for both of you.",kata Haiyriell memujuk Affy.

Affy berasa sangat terharu dengan kata-kata Haiyriell. Affy tidak pernah rasa ada orang mengambil berat tentangnya. Selama ini hanya keluarganya yang masih bertanyakan khabar tetapi tidaklah sentiasa ada waktu untuknya. Affy bersyukur kerana ditemukan dengan jejaka yang mengambil berat tentangnya dan sudi menyayangi dirinya. Haiyriell sebenarnya ingin memberitahu Affy sesuatu tetapi melihat keadaan Affy yang fikiran sedang bercelaru Haiyriell tidak mahu menambahkan lagi masalah dalam kepala Affy. Haiyriell memutuskan untuk berdiam diri dan menunggu waktu yang sesuai untuk memberitahu Affy.








______________________________________________

Hye readers. Sorry sebab dah lama tak update🤭. Sepatutnya kalini dah janji nak publish 2 bab terus tapi janji tu tak dapat ditunaikan🥺. Ku menyusun 10 jari memohon maaf🙏. Lately ni mood tengah malas, dah seminggu tak menulis otak jadi blank😅. In sya Allah bab 6 akan menyusul. I hope this chapter doesnt make you guys boring and hope you guys enjoy it. Sorry if there is a mistake. Happy reading!!!🫶

Takdir Ikatan Kita ( ON HOLD )Where stories live. Discover now