"Kaklong rasa dia ok kot untuk Iyah", kata kaklong kepada AffyAffy pergi bertemu dengan 2 orang kakaknya yang berada di KL memandangkan mereka berdua memang tinggal disana. Mereka berdualah tempat bergantung buat Affy si bongsu dalam keluarganya.
"Kakchah pon rasa macamtu", sambung kakaknya seorang lagi yang berada di sebelah.
Kaklong menasihati Affy supaya melakukan solat istikharah mohon petunjuk dengan Allah.
Affy bangun pukul 4 pagi untuk melakukan ibadah yang biasa dia lakukan sejak beberapa tahun lama ni. Dia biasanya akan melakukan solat taubat, solat hajat dan tahajjud tetapi kali ni dia menambah 2 rakaat solat istikharah. Kali terakhir dia membuat solat istikharah adalah ketika ingin mengambil Huwaiyna sebagai anak susuannya. Affy amat menitik beratkan tentang semua keputusan yang akan dibuat olehnya.
"Haiyriell!", jerit Affy memanggil Haiyriell yang sedang berjalan ke biliknya.
"Lunch nanti kita lunch sama sama k? My sisters nak jumpa you.", kata Affy kepada Haiyriell.
"Ok", jawab Haiyriell sepatah sambil menayang senyuman.
Affy dan Haiyriell bertolak ke kedai makan yang sudah dijanjikan oleh adik beradik perempuan itu. Mereka berbincang tentang banyak perkara sambil makan tengahari.
"Haiyriell ok ke kahwin dengan completely stranger?", tanya kakchah kepada Haiyriell.
"Haiyriell tak kesah sebab bagi Haiyriell Haiyriell rasa Affy is a good person and boleh jadi isteri dan ibu yang baik. Haiyriell ada nampak cara dia layan Huwaiyna and Nadia and adab dia dengan kakak kakak dia sekarang pun bagi Haiyriell ok je. Lagipon Haiyriell dan Affy dalam fasa berkenalan lagi.", jawab Haiyriell panjang.
Affy hanya tersenyum sedikit mendengar jawapan itu. Kakak kakak Affy hanya melihat adik bongsunya itu tersenyum dalam diam. Mereka meneruskan perbualan menghabiskan masa sebelum kembali ke pejabat masing masing.
"So, macam mana tadi jumpa dengan kaklong and kakchah?", tanya Deena ketika mereka terserempak di pantry.
"Macam tu lah Deena. Takde pape yang special pon just borak kenal kenalan antara adik beradik", jawab Affy pendek.
Affy tidak tahu akan perasaannya sendiri. Rasa keliru. Susah baginya untuk membuat keputusan berkahwin dengan orang yang tidak dikenali walaupun dia percaya akan 'bercinta selepas nikah'.
'Tok Tok', kedengaran pintu bilik pejabat Affy diketuk.
"Come in", sahut Affy.
Haiyriell membuka daun pintu dan segera masuk.
"Yes, Haiyriell?", tanya Affy.
" Family I nak jumpa You and Huwaiyna hujung minggu ni. I dah check schedule you. You takde buat pape hujung minggu ni.", hujah Haiyriell kepada Affy.
Affy tahu yang dia tidak membuat apa apa temu janji atau perjanjian dengan Huwaiyna pada hujung minggu ni tetapi tidak tahu mengapa hatinya rasa berat untuk berjumpa keluarga Haiyriell. Mungkin rasa tidak layak yang menyelubungi diri Affy. Affy tertanya tanya 'adakah dia layak menjadi isteri kepada Haiyriell? Adakah dia sudah bersedia untuk menjadi isteri kepada suaminya? Pelbagai soalan bermain dalam kepala Affy. Haiyriell memanggil nama Affy.
"Yes!", jawab Affy terkejut.
Affy mengelamun memikirkan pelawaan Haiyriell. Rasa berat hatinya ingin memberi jawapan. Jika dia menolaknya, terserlah lah di wajahnya bahawa dia tidak bersedia tetapi dia tidak mahu menerima pelawaan itu. Affy berfikir sejenak.
"Ok. Kita pergi balik kampung you hujung minggu ni. Huwaiyna mesti tak sabar nak jalan jalan dekat kawasan kampung", jawab Affy.
Hujung minggu menjelma. Sudah tiba masanya untuk mereka bertolak balik ke kampung Haiyriell. Affy membuat keputusan untuk tidur disitu. Dengan bantuan Haiyriell Affy dapat menempah sebuah homestay di kampung itu. Homestay itu merupakan homestay ketua kampung disitu dan merupakan bapa saudara kepada Haiyriell. Affy pergi ke rumah Haiyriell untuk menjemput Haiyriell disana. Haiyriell maengambil alih memandu kereta pulang ke kampung halamannya memandangkan Haiyriell sememangnya sudah biasa dengan jalan itu.Huwaiyna di tempat duduk bahagian belakang sudah lena dibuai mimpi.
YOU ARE READING
Takdir Ikatan Kita ( ON HOLD )
RomanceSebuah kisah seorang wanita andartu yang berumur 32 tahun yang ingin mencari seorang suami kontrak dan juga seorang bapa buat puteri kessayangannya. Kisah hidupnya bermula setelah bertemu dengan lelaki ini sebagai seorang pekerja baharu di syarikatn...