⚔️BAB 4⚔️

25 1 0
                                    

Esok paginya Affy dan Huwaiyna bersiap sedia untuk pergi ke rumah paklong Haiyriell a.k.a ketua kampung dan juga pemilik homestay yang diinap oleh mereka itu. Semalam ketika berbual Haiyriell memberitahu yang paklong ada mengajak Affy dan Huwaiyna untuk makan tengahari sebelum balik ke KL. Affy hanya bersetuju dengan pelawaan itu.

Di meja makan, maklong ada bertanyakan soalan kepada Affy

  "Kamu ni Affy kerja apa. Maklong tengok fancy nau pakaian kamu.", tanya maklong kepada Affy.

Affy memakai pakaian yang biasa dipakainya untuk ke tempat kerja. Seperti yang diketahui Affy bekerja dalam bidang fesyen mestilah Affy akan memakai sebegitu.

  "Saya bekerja sebagai pereka fesyen muslimah, maklong.", jawab Affy sepatah

  "Oouuhh tukang jahit la ni", celah Farisya. Farisya adalah anak kepada maklong dan paklong dan juga sepupu kepada Haiyriell.

Affy hanya mengangguk tanda setuju. Betullah pereka fesyen merupakan seorang tukang jahit. Affy tidak mahu nampak seperti seorang yang menunjuk dan terus memberitahu bahawa dia mempunyai sebuah syarikat jenama pakaian yang terkenal. Affy ada ternampak yang Farisya memakai baju jenama SHULY dan design itu merupakan limited edition yang direka oleh Affy sendiri. Ada timbul perasaan yang menyampah dalam hati Affy tapi Affy hanya menahan dirinya daripada hasutan syaitan.

Haiyriell tidak menceritakan tentang Affy kepada keluarga paklongnya. Haiyriell hanya memberitahu bahawa hujung minggu ni bakal isterinya akan datang ke kampung itu.

Farisya sebenarnya pernah menyukai Haiyriell dan pernah meluahkan perasaan kepada Haiyriell lama dahulu tapi Haiyriell menolak dan memberitahu Farisya yang Haiyriell hanya menganggap Farisya tidak lebih daripada hubungan keluarga.

  "Kamu ni janda la kan. Dah ada anak besar ni. Laki kamu meninggal ke kena cerai?", tanya maklong lagi.

  "Ish kamu ni Faridah. Ada saja soalan yang nak menaikkan kemarahan orang", tepis paklong.

  "Sudah jangan bergaduh depan rezeki. Tak berkat nanti", nenek menaikkan suara sedikit.

Affy bersyukur dia ada orang yang menyebelahinya daripada orang sebegini. Soalan maklong tinggal tergantung seperti itu.

Setelah selesai makan Affy membantu maklong dan Farisya di dapur bersama Husna.

  "Kau jangan ingat abang Ayel setuju nak kahwin dengan kau kau akan bahagia", kata Farisya perlahan kepada Affy yang berada di sebelahnya itu.

Affy tidak mudah takut kepada perkara sebegini. Affy hanya tersenyum sinis setelah mendengar ugutan Farisya. Dalam hati Affy penuh dengan ejekan caci makian kepada Farisya. Affy hanya bersabar kalau tidak mahunya dihempuk Farisya sepuas hati dengan senduk yang ada di tangannya sekarang.

Affy, Haiyriell dan Huwaiyna bergerak pulang ke KL selepas bersalaman dengan Nenek, Husna, Maklong dan Farisya. Affy mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemputnya untuk makan tengahari bersama.

  "Mak, mak rasa tu anak dengan bekas laki dia ke anak luar nikah?", tanya Farisya perlahan berbisik di telinga emaknya.

Soalan Farisya didengar oleh Husna. Husna terus bertindak melulu dan menengking Farisya.

  "Kau ni kan mulut sama je macam air longkang tu. Kalau tak tahu tak payah nak buat andaian sendiri menuduh orang sana sini. Budak tu tak buat salah pun dekat kau. Kak Affy bukan orang yang macam tu lah!", tengking Husna panjang sambil menunding jari ke arah Farisya.

Farisya hanya terdiam mendengar kata kata Husna sambil membuat muka tidak puas hati dan melihat Husna atas bawah. Nenek menarik Husna pulang ke rumah dan memberitahu untuk berhenti bergaduh. Paklong juga menarik Maklong dan Farisya masuk ke rumah.

Mereka bertiga hanya diam dalam kereta menuju pulang ke bandar.

  "You jangan nak ambil hati dengan perangai Maklong dan Farisya tadi. Dua beranak tu memang macam tu", kata Haiyriell.

  "I kan geram je tau dengan Farisya tu. Dahla pakai baju jenama orang. Kalau I boleh blacklist kan customer I yang I nak dah lama perempuan tu kena tau. Saja la tu nak tunjuk pakai baju kurung mahal. Nak tunjuk sopan tapi mulut MasyaAllah", luahan Affy ketika berada di dalam kereta.

  "Kenapa you tak cakap je dekat Farisya macam tu tadi.", soal Haiyriell berbaur gurauan.

Affy hanya diam dan merenung ke luar tingkap melihat pandangan. Haiyriell hanya tersenyum kelakar akan karenah bakal isterinya itu. Huwaiyna di belakang juga ketawa perlahan melihat perangai ibunya yang seperti kanak kanak.

Seperti biasa pada waktu pagi rutin harian Affy ialah menyiapkan sarapan dan bekalan untuk anaknya ke sekolah. Affy menghantar Huwaiyna ke pusat asuhannya dan terus ke pejabat.

Affy pergi ke bilik Haiyriell untuk beebincang tentang majlis pertunangan mereka tetapi Affy masib belum memberitahu ahli keluarganya yang lain di Kelantan. Affy bercadang untuk membuat majlis itu dirumahnya sahaja memandangkan Nenek Haiyriell sudah tidak larat untuk berada di dalam kereta pada waktu yang lama. Haiyriell juga bersetuju dengan cadangan Affy dan dia juga memahami Neneknya itu bagaimana.

Affy mengumpulkan kekuatan untuk memberitahu keluarganya yang dia ingin berkahwin. Affy membuat panggilan video dengan Uminya. Mereka berbual lama sambil bertanya khabar.

  "Umi, Iyah ada benda nak bagitahu Umi.", kata Affy.

  "Sebenarnya Affy dah jumpa calon untuk kahwin. Huwaiyna pun ok dengan lelaki ni. Iyah ada bagitahu kaklong dan kakchah. Kaklong and kakchah pon dah berjumpa dengan lelaki ni. Nama dia Haiyriell. Orang kampung biasa je. Dia kerja sebagai manager Iyah. Iyah ngan Waiyna dah pergi jumpa family dia kat kampung minggu lepas.", cerita Affy panjang kepada uminya.

Uminya hanya mengangguk faham. Umi sebenarnya gembira mendengar berita bahawa anak bongsunya kini sudah terbuka hati untuk berkahwin. Sampai bila puteri bongsunya ini ingin dicop sebagai 'single mom andartu'. Sudah banyak calon yang umi tawarkan kepada Affy semuanya ditolak. Umi hanya bersetuju dengan keinginan Affy.

  "Nanti Umi bincang dengan Abah dan adik beradik kamu yang lain.", kata Umi.

  "Umi akan suruh abang dan kakak kamu ambil cuti untuk ke KL urus majlis pertunangan kamu.", sambung Umi lagi.

Affy hanya tersenyum. Namun terserlah kegembiraan di wajahnya setelah mengetahui Umi merestui perkahwinannya.

Takdir Ikatan Kita ( ON HOLD )Where stories live. Discover now