#4

363 13 0
                                    


   RAYDEN menyandarkan badan ke kerusi.
"Just asking." balas rayden. kemudian dia mula menyedut minumannya.

"Saya duduk seorang diri." Ucapku perlahan.
Mata tidak memandangnya. Entah kenapa, tapi aku mempercayainya.

"Really?" Dia agak terkejut.

Aku mengangguk tanda meniyakan.

"Kenapa tak cari housemates? Awak perempuan, bahaya tinggal seorang diri." Suaranya agak tinggi dan tegas. Risau ka aku ke?

"Saya tahu. Tapi jangan risau! Saya ada kawan yang selalu datang ke rumah." Balasku. Tangan diangkat bersumpah.

Dia terdiam seketika. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Awak nak duduk rumah saya?" Soalnya tiba-tiba.

Terjatuh rahang aku mendengarnya. Gila ke mamat ni nak suruh aku duduk dengan dia? Mahu kena sebat aku dengan ummi dan abi!

Namun rayden seakan-seakan tahu tentang apa yang aku fikirkan. Lantas dia menjawab.

"Not living with me. Saya masih waras lagi untuk tinggal serumah dengan perempuan. Saya ada 2 rumah. Mansion and my own house. Tapi, saya jarang balik ke rumah. Jadi awak boleh tinggal kat sana dulu. Rumah  dengan mansion tak jauh mana. In case if something might happen to you, saya ada."

Serius la mamat ni kasi duduk rumah dia? Sulit untuk aku berbuat keputusan. Sudahlah, rumah bos sendiri. Tak ke bunyi macam gila?

Plus, baru 2 minggu bekerja!

Tapi, ada betul juga apa yang dikatakan oleh rayden. Kalau aku duduk dengan dia, mungkin keselamatan aku lebih selamat.

"Betul ke mr rayden? Saya taknak la susahkan mr rayden nanti. Lagipun, saya selesa dengan tempat tinggal saya sekarang."

Dia tersenyum dan mengangguk.

"Terima kasih mr rayden." Ucapku malu. Senang macam tu je dia kasi aku duduk dekat rumah dia. Tahulah kaya, tapi tak takut ke aku curi barang dia? Tak pun perabot rumah dia? Peti ais pun boleh!

Eh, takdelah. Aku ni budak baik.

"A pleasure." Balasnya singkat.

Usai makan, kemudian rayden menghantar aku balik ke rumah. Dia menelefon orang bawahanya untuk mengambilnya. Agak terkejut juga, bila tengok bertapa kaya nya si Rayden ni!

_

Pagi keesokannya rayden datang ke rumah aku. Katanya ingin menolong aku mengangkat dan mengemas barang.

Pada awalnya aku terkejut juga. Sepantas itu aku harus berpindah. Baru nak feeling-feeling sedih sebab nak tinggalkan rumah busyuk aku ni.

Selesai mengangkat barang-barang masuk ke dalam kereta, rayden menyuruh orang nya menghantar kotak-kotak yang berisikan barangan milik aku terlebih dahulu ke rumah yang bakal didiami aku.

Sekarang hanya tinggal kami berdua sedang duduk di ruang tamu. Aku menyediakan air untuk rayden.

"Terima kasih mr rayden sebab tolong saya. Maaf susahkan mr rayden." Ucapku seraya meletakkan cawan berisi kopi di atas meja.

"Its okay, keysha. Im glad , i can help you." Rayden mengambil cawan itu lalu meneguknya.

Aku kemudian duduk di sofa disebelah nya. Sebab rumah aku ni ada satu pasang sofa aje. Nak tak nak, kena duduk satu sofa dengan dia. Tidak begitu dekat.

Diam.

Tiada apa-apa suara yang terdengar. Masing-masing diam tidak bersuara dan berkata apa.

Merasa canggung, aku kemudian bangun untuk pergi ke tandas sebentar.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now