#21

205 13 0
                                    

  AKHIRNYA kami sampai juga di Korea selatan. Setelah 7jam kami berada di dalam pesawat. Turun sahaja aku, terus rasa nak pengsan. Bergetar-getar tulang kaki aku.

Pening giler woo!

Rayden menolong aku berjalan. Tangannya setia memengang pinggangku supaya aku tidak jatuh. Perut menjadi tidak selesa. Rasa ingin muntah sekarang. Namun aku menahan.

Keluar dari pintu utama Incheon International Airport, kami disambut oleh beberapa orang pengawai. Bila dilihat, rupanya rayden punya bodyguard.

Seumur hidup jadi VIP.

Bodyguard rayden mengambil beg dan diletakkan ke dalam kereta berjenama Hyundai Grandeur. Tertelan air liur aku melihat kereta yang mewah itu.

Pintu dibukakan oleh bodyguard rayden, aku masuk ke dalam diikuti rayden. Kereta dihidupkan, minyak ditekan laju.

Mahu tercopot jantung aku!

Sambil menunggu tiba di destinasi, aku melihat kota yang terletak di Korea ini. Telefon sentiasa dipegang untuk mengambil gambar sebagai kenangan aku buat pertama kali di luar negara.

Seterusnya, kami sudah tiba di mansion keluarga Lee iaitu keluarga rayden. Terlalu mewah, terdapat juga banyak pengawai-pengawai yang menjaga di sekitar mansion ini. Bahkan bila nak masuk pun, kau kene ada kad khas keluarga Lee.

Kaya betul family rayden.

Mata teruja melihat sekitar mansion. Ada swimming pool di sebelah sana, ada juga taman bunga di hujung sana, gym dan sebuah rumah yang agak besar juga ada.

Melihat semua kekayaan ini, membuatkan aku terfikir, aku ni kahwin dengan anak menteri ke?

Kereta dihentikan. Pintu dibuka oleh bodyguard. Rayden memengang tanganku menolong aku keluar dari kereta.

Pijak sahaja kaki di rumput, datang seorang perempuan paruh baya menyambut kedatangan kami. Badanya dibongkokkan ke pada rayden.

"Cik namsa!" Rayden memeluk perempuan paruh baya itu dengan teruja. Kemudian mereka berbual mesra.

Aku mengerutkan kening. Tidak faham apa yang diborakkan oleh mereka. Sebab rayden cakap bahasa korea. Aku ni, mana la pandai sangat bahasa korea. Setakat saranghae tu aku boleh la.

"Keysha adelia. Isteri rayden." Rayden memperkenalkan aku kepada perempuan paruh baya itu di dalam bahasa korea.

Aku tersenyum. Walaupun tak faham apa yang rayden cakap, buat-buat faham je la.

"dangsin-ui anaeneun aleumdabseubnida. (Isteri tuan, cantik)" ucap perempuan paruh baya itu.

Aku hanya tersenyum. Apa yang dia cakap tu raju?

Rayden yang tahu aku tidak faham itu, memberitahu kepada ku di dalam bahasa Melayu.

Aku mengangguk. "gamsahabnida." Balasku berterima kasih. Teringat drama korea sejenak.

"Sayang, jum masuk." Rayden menarik tanganku masuk ke dalam mansion itu. Pintu yang agak besar dibuka oleh pengawai yang menjaganya. Mereka juga menundukkan badan sebagai tanda hormat.

Kaki melangkah masuk ke dalam. Mata bersinar-sinar melihat setiap sudut yang ada di dalam mansion itu. Warna emas dan putih menjadi warna utama di seluruh mansion itu.

Mungkin warna utama keluarga Lee?

Rayden memimpin aku sehingga ke ruang tamu. Agak jauh juga pintu masuk dengan ruang tamu. Sesampainya di sana, aku melihat seorang wanita sedang duduk di atas sofa sambil menghirup secawan teh.

Dikelilingnya juga terdapat banyak pengawai. Bukan di situ aja, bahkan di setiap  penjuru mansion ini.

Punyalah ramai bodyguard rayden.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now