Mahera tengah sibuk siapkan kerja khusus terus tersentak apabila terdengar bunyi hentaman yang sangat kuat di dalam rumah jirannya, Encik Wahaz.
Mahera berlari ke luar rumah dan melihat rumah jirannya. Mahera turut memanggil nama jirannya tetapi tiada sahutan.
Sedang Mahera sibuk mengelamun fikirkan apa kemungkinan yang akan jadi, suara yang sangat lunak memanggil namanya secara tiba-tiba.
"Mahera ? Kamu okey ? Kenapa nampak cemas semacam muka anak sulung ibu ini ? "
tanya Puan Nazra yang menunjukkan reaksi wajah yang agak risau.
Mahera hanya menggelengkan kepala seraya tersenyum manis ke arah ibunya.
" Baiklah kalau macam tu ibu masuk tidur dulu ye. Jangan lupa kunci pagar dan manggakan pintu before naik atas" arah Puan Nazra sebelum menutup pintu biliknya.
Mahera angguk. Mahera laju berlari, mengunci semua pintu di rumahnya.
Selesai mengunci semua pintu seperti diarahkan oleh ibunya, Mahera ingin menapak masuk kembali ke bilik belajar namun Mahera ternampak satu bayang pelik dan tinggi di bilik adiknya.
Mahera terus menuju ke biliknya seraya menghempas pintu dan menekan tombol pintu biliknya supaya bayang tadi tak mengganggu dirinya dan tak masuk ke dalam bilik itu.
Mahera menghembus nafas lega. Dengan wajah tenang, Mahera terus menuju ke meja belajarnya untuk menyambung tugasan yang tergendala akibat bunyi hentaman kuat di rumah jirannya.
" Aku rasa aku penat sangat kot , itu yang berimaginasi sampai macam ini sekali. " bisik Mahera seorang diri sebelum Mahera ternampak kelibat figura itu berada pada rumah jirannya memegang pisau yang berdarah. Mahera sedar akan dirinya takkan selamat jika dia tak mengalihkan pandangannya kembali ke arah kerja khususnya.
" Apa bendalah kau ini Mahera ? Tak perlulah nak overthinking-overthinking sampai tahap- " ayat Mahera tergantung sepi apabila dia sedar lampu biliknya tertutup terbuka seperti seseorang yang menekan suis lampu bilik tidur miliknya dengan sengaja. Tetapi masalah yang di hadapi olehnya adalah suis lampu biliknya berada di sebelahnya sahaja.
Mahera terus berlari ke katil untuk mendapatkan telefon pintarnya tetapi hampa. Hartanya itu berada di luar bilik tidurnya. Mahera teringat yang dia tinggalkan telefon kat meja makan waktu dia sibuk mengunci pintu dapur rumahnya.
Mahera menjerit memanggil nama Puan Nazra tetapi tiada sahutan sehinggalah..
" Why Mahera sayang ? You scared ? Do I scared you this time my happiness ? " soalnya dalam nada perlahan cukup untuk Mahera seorang sahaja yang mendengarnya.
Mahera menggigil ketakutan.
" K-kau, kau s-siapa huh? " Mahera genggam sesuatu, sedia untuk memukul
Tiada jawapan.
" J-jawablah ! " nada suara Mahera semakin meninggi menunjukkan amarahnya semakin membara.
" I know you know who's me, babe. " jawabnya semakin mendekat dengan Mahera yang berada di dalam gulungan selimut karipap sardin buatan Mahera sendiri .
" Tak, aku tak kenal siapa kau pun lah! " balas Mahera kuat sehingga Mahera sendiri tidak sedar yang bayang Mahera nampak tadi tu berada betul-betul di sebelahnya sekarang.
Selimut Mahera disentap sekuat hati sehinggalah tangisan Mahera yang kedengaran begitu syahdu tu menusuk masuk ke dalam pendengarannya.
" No no my little girl. Don't cry, my happiness." ujarnya dalam keadaan risau tetapi kerisauan itu hanyalah satu rekaan semata-mata.
ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
Mystery / Thriller-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...
