" Puan? " ujar jim memasuki bilik kerja Auliya. Tadi masa pihak universiti telefon, Jim yang jawab panggilan. Jim arahkan pemandu sediakan kereta untuk jemput Auliya. Waktu tu, pihak universiti kata Auliya takde sebarang kecederaan tapi diberi kelonggaran menerima cuti juga selama 2 hari atas dasar risau Auliya tertekan dengan apa yang jadi. Pihak universiti ada juga nasihatkan tengokkan Auliya. Tu yang dia ada dekat sini tu. Tapi sayangnya, Jim lupa ketuk pintu sebelum masuk. Risau sangat.
" Mana hormat kau? " soal Auliya dingin. Tangan bersilang di dada. Auliya sibuk memerhatikan anak-anak buah dia di bawah dari balkoni. Muka Auliya dingin. Tengah fikir apa yang jadi dekat Zafril.
" Maaf puan. " Jim tunduk hormat. Berdiri tegak kembali. Keluhan berat dilepaskan. Perlahan-lahan ambil langkah menuju ke Auliya yang masih merenung ke luar balkoni.
Auliya tak berikan sebarang respon. Fikiran Auliya dah kusut dengan apa yang jadi. Auliya ingat hanya Qairil sahaja yang dibelasah. Tak sangka kawan rapat dia juga kena. Azliya memang betul-betul dah melampau. Perangai Azliya dari dulu sampai sekarang tak berubah..
**
" Adik, kamu tau kan mommy ni sibuk, takde masa nak layan kerenah kamu! " Zauliya mula naik angin dengan perangai si adik, Auliya.
Masa kecil dulu memanglah perangai Auliya nakal. Nakkan perhatian dari keluarga. Kasih sayang. Bila dah besar, memang auto lainlah perangai. Tapi sebenarnya tak. Bukan tu yang ubah Auliya jadi macam ni. Auliya dulu comel, nakkan perhatian, banyak cakap, suka senyum, tolong orang, gelak macam hantu. Tapi sekarang, tak payah cakap, memang jauh beza.
" Tapi adik nak jalan-jalan. Adik bosan! " jerit Auliya. Auliya lompat-lompat depan Zauliya. Auliya mula meragam tak tentu pasal.
" Adik, boleh diam tak? Rimaslah! " jerkah Zauliya seraya berjalan menuju ke lif. Tinggalkan Auliya yang masih meragam di sofa.
" Adik.. " seru Encik Azrul, memasuki pintu masuk. Lihat wajah Auliya dari jauh merah saja. Nangislah tu.
" Daddy.. " Auliya terus bangun, berlari anak ke Encik Azrul. Badan tegap Encik Azrul dipeluk kemas.
Encik Azrul usap belakang Auliya lembut. Apa sajalah yang anak dia buat sampai menangis ni. Ke lakonan je ni?
" Baby kecik ni, kenapa nangis hm? " Encik Azrul menyamakan paras dengan Auliya. Wajah Auliya yang putih gebu buatkan pipinya merah apabila nangis. Encik Azrul tersenyum. Pipi Auliya diusap lembut.
" Ni mesti si Zauliya nyakat kamu kan baby kecik? " ujar Encik Ezwan sambil mengusap rambut perang Auliya yang lurus, panjang dengan lembut.
Auliya geleng. Auliya kembali peluk badan Encik Azrul. Taknak lepas. Nak ikut daddynya ke mana-mana saja. Encik Ezwan, orang kanan terkuat Encik Azrul tersenyum. Ada saja perangai si kecil ni. Nak kata kecil, takdelah kecil mana. Dah 12 tahun dah. Tapi nampak kecil sebab Encik Azrul dan Ezwan tinggi lampai.
" Dah tu, kenapa nangis tu ni? Ke, mommy marah sebab kacau mommy buat kerja? " soal Encik Azrul lagi. Dengan Auliya tak boleh putus asa, nanti merajuk. Kalau merajuk tu, muka masam. Lagi masam dari cuka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
Mystery / Thriller-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...
