part 48

26 4 0
                                        

Kepala Fathi dihentak kuat pada dinding. Tubuhnya automatik terpelanting ke sana. Sakit yang dirasai hanya Tuhan saja yang tau. Fathi meringis kesakitan. Otaknya seakan terasa bergegar. Dahinya sudah terluka.

Auliya hanya menyaksikan dengan wajah dinginnya. Hujung rokok yang terletak elok dijarinya dibakar. Pemetik api ditekan berkali-kali. Matanya tak lekang memandang wajah pucat Fathi. Tiada sebarang perasaan empati lahir dalam dirinya.

" Uhuk! " mengalir keluar darah dari mulut Fathi. Kepala Fathi sudah pening.

" fortsetzen. "(continue)

Fathi geleng perlahan sebelum tubuh tegapnya diangkat oleh seorang pegawai dipenjara bawah tanah milik Auliya yang berbadan agak sasa mengangkatnya tinggi. Tumbukan padu melayang tepat pada hidungnya. Terasa seperti batang hidung sudah patah.

Rambut Fathi dicengkam kuat. Tong sampah yang berisi tulang-tulang manusia yang sudah reput dituju bersama. Kepala Fathi disumbat ke dalam. Seorang lagi pegawai datang bersama tong berisi darah manusia yang sudah berulat. Cecair itu dituang ke atas kepala Fathi dengan kasar. Merebak terus. Hampir saja terkena Auliya.

" Jauh sikitlah celaka. " pistol disebelahnya ditarik.

Bang!
Bang!

Pecah kepala pegawai yang tuang darah busuk tadi. Tubuh kaku milik lelaki itu terus rebah ke lantai. Terpecik darah kotor lelaki tu. Pegawai disebelahnya hanya diam melihat rakan sekerjanya mati katak. Tak sempat dia mahu tolong.

" Clean. " suara Auliya tenang. Asap yang berkepul-kepul keluar dari hujung bibir Auliya menutup wajahnya yang sedikit redup.

Pegawai itu tarik kepala Fathi dari terus menekan ke dalam. Tubuh Fathi dicampak ke tubuh mayat-mayat yang terletak dalam keadaan berterabur. Tubuh rakannya didekati.

Fathi memenuhi pandangan mata Auliya. Auliya melirik senyuman sinis.

" Best ? Oder noch nicht genug? " Auliya melemparkan senyuman misteri. Dalam isi kepalanya, mahu saja dia bunuh lelaki itu tapi dia masih fikir kesetiaan lelaki tu dan pengorbanan Fathi semasa dia hampir dilanggar lima tahun lepas. (atau tak cukup? )

" I.. " Fathi menggeletar hebat. Dia dah tak boleh hadap dengan hukuman yang diberinya sekarang. Busuk dan menyakitkan.

" Then should i kill you instead? " picu pistol Auliya tepat disasarkan ke arah Fathi. Fathi dah lemah. Selama ini hukuman yang mereka dapat hanyalah tembakan di bahagian kaki. Tak sangka ini sebenarnya hukuman yang dikatakan oleh semua orang yang pernah alami.

Fathi geleng lemah. Dadanya berombak laju. Dia dah tak tahan. Matanya juga sudah berat.

Auliya dah seksa dia selama tiga hari. Hukuman semuanya berbeza. Hari pertama, Auliya tunjuk semua hologram tentang Raz dan keluarga Fathi yang berada sangat jauhnya. Mental dia terganggu sungguh pada hari itu. Hari kedua pula, pegawai-pegawai yang sama datang bersama daging manusia yang direbus mentah. Masih berdarah. Minuman pula darah hitam yang penuh dengan ulat sampah. Jika dia tak patuh, mereka akan siat kulitnya pada bahagian kaki dan perut. Itu pada waktu pagi, malam pula mereka datang bersama tali besi di tangan. Badannya teruk dilibas sehingga berdarah. Auliya tak izinkan semua mangsa yang masuk disitu luka pada bahagian muka. Paling teruk pun, kelar di bahagian pipi. Dan masuk pula hari ketiga, inilah yang jadi.

" Oh yeah, i totally forgot that you still have a family. What about i- " nada Auliya jelas sekali sinis sebelum Fathi menjerit dengan nada lantang padanya.

" Nein! " lantang Fathi menjerit walaupun dirinya masih terbaring lemah.

Mata Auliya tak lekang memandang wajah pucat Fathi. Sedaya upaya ya dia mahu keluarganya hidup. Kan lebih bagus mati saja keturunan Fathi tu. Dari menyusahkan orang.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 03, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Her Personal Assistant (In Editing) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang