Rumah agam yang tersergam indah dipandang tak jemu sama sekali. Seluruh kawasan rumah yang dilitupi pokok-pokok tinggi dan asap bom untuk menutupi kewujudan rumah agam dalam itu.
Lamborghini milik wanita berkerjaya itu meluncur laju memasuki kawasan rumah agam itu. Beberapa orang pegawai mara ke hadapan untuk melakukan kerja mereka setiap hari iaitu, buka pintu untuk boss mereka.
Dengan penuh aura yang mengelilingi dirinya, kaki panjang milik wanita itu laju melangkah masuk ke pintu besar rumah agamnya setelah seharian beroperasi di luar negeri. Letih yang dipikul di dada dan bahu tak usah kata.
Bilik pejabatnya dikuak sedikit oleh pegawai yang setia berjaga di hadapan pintu. Beberapa orang anak buahnya mengiringi wanita itu masuk ke dalam pejabat. Punggung dilabuhkan, kepalanya mendongak ke atas mengambil nafas dalam. Kedua tangan naik meraup muka, sebelum matanya bertembung kembali pada anak-anak buahnya.
" Dah jumpa ? "
" Belum puan. " jawab salah seorang lelaki yang berusia 32 tahun, berpakaian sut hitam bersama beberapa pegawai setia miliknya.
" Macam mana kau buat kerja ni ? "
" Maaf puan. Kami akan teruskan cari maklumat tentang pelajar tu. " jawab lelaki itu, menunduk sedikit dari terus merenung anak mata hazel milik wanita itu.
" Korang rasa aku upah korang untuk bagi korang makan gaji buta ke ? Takde guna kau, Amsya', Islam tapi kerja nak makan duit haram. "
Mereka diam membisu.
" Do what i order you to do. Don't you ever come to my face, if that files of that boy not show up on this table. Faham kan maksud aku ? "
" Baik puan. Kami cari sekarang. " mereka tunduk serentak. Hormat pada ketua yang tak pernah lelah jaga mereka, beri makan pada mereka.
Jawab lelaki itu, Amsya'. Ketua kepada kumpulan penyiasat dalaman. Mereka mengundur diri selepas mendapat arahan untuk mereka keluar dari pejabat milik wanita itu.
" Secretary masuk sekarang beri laporan untuk esok. " nada suara dingin wanita ini lebih seram dari senjata yang tersusun rapi dibelakangnya.
" Baik puan. " Puan Dawisyia terus bangun bergegas ke pejabat ketua.
" Puan Auliya. " Puan Dawisyia memanggil nama Auliya yang sedang bermain dengan senjata di tangannya .
" Yes. Ada apa-apa program esok ? " tanya Auliya yang masih lagi membelek-belek senjata di tangannya .
" Yes ma'am, esok puan ada meeting pukul 2 petang dan dinner pukul 5 petang dengan tetamu yang attend meeting. And yes, puan ada meeting lagi sekali pukul 9 malam sampai pukul 11 " fail di tangannya dirapatkan pada badan. Bersedia untuk dengar arahan seterusnya.
Auliya hanya mengangguk faham. Matanya bertentang lama dengan Puan Dawisyia seperti memberi arahan untuk meneruskan kata.
Puan Dawisyia senyum sebaris, angguk sedikit.
" Meeting pertama dengan Asy'z Corporation dan meeting kedua- " Puan Dawisyia terdiam apabila melihat nama syarikat yang tertulis di lampiran kertas kerjanya.
Auliya pandang Puan Dawisyia dengan wajah kosong.
" Why ? " tanya Auliya.
" Puan meeting dengan Dato' Kyle. "
Puan Dawisyia tahu kisah silam Auliya sebab dia adalah secretary bapa Auliya sebelum Auliya ambil alih sebagai pemilik syarikat Golden Lyi Corporation. Puan Dawisyia yang telah berkhidmat hampir 25 tahun kenal keluarga Auliya bagaimana. Tetapi semuanya roboh selepas pemergian Dato' Azwan iaitu datuk kepada Auliya dan bapa kepada Dato' Azrul iaitu bapa Auliya. Semasa pembahagian harta pusaka datuk Auliya , Dato' Kyle atau lebih tepat sekali Auliya's uncle tamak. Dato' Kyle mahukan 80 peratus daripada harta Dato' Azwan untuk diberikan kepadanya. Namun, datuk Auliya memberikan 40 peratus saja kepada Dato' Kyle dan selebihnya diberikan kepada Dato' Azrul.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
Детектив / Триллер-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...