Kamu yang sedang menjalani hidupmu tanpaku,
Disaat ini memang aku jauh darimu,
Tapi kejauhan ini bukanlah kerana hilangnya rasa cinta,
Kejauhan ini juga bukanlah ertinya sayang aku hilang sepenuhnya,
Tapi aku sedang berjuang ke arah kamu,
Perjuangan aku tidak akan dapat dilihat oleh manusia mahupun dirimu,
Perjuangan aku ini hanyalah rahsia dalam diriku bersama Pencipta kita,
Biarpun aku tidak pasti apa penghujungnya,
Aku percaya pada setiap takdir,
Dan moga, aku ikhlas menerima segala ketentuan.Usah risau,
Biarpun nanti di samping kamu ada yang lain,
Aku masih akan tetap mengawasi kebahagiaan kamu,
Kamu yang selayaknya mendapat yang baik kerana saat bersamaku,
kau memperlakukan aku dengan baik.
YOU ARE READING
Dia bagaikan Neptunus
RomanceDia hanya wanita yang jatuh cinta dengan seorang kaum Adam. Namun, rasa yang terbit di hati bukanlah sesuatu yang mudah terungkap dari bibirnya. Jejaka itu bukan seseorang yang mudah tertunduk pada kaum hawa. Dia kagum akan dirinya bukan kerana rup...