03

11 1 0
                                    


Wahai Sang Pemegang Hati,

Terlahir sebuah rasa yang tidak aku perasan akan kehadirannya,
Di saat aku tidak memerlukannya,
Perlahan-lahan rasa itu mekar sendiri tanpa aku memintanya,
Semakin kuat aku menolak dan menafikan,
Semakin kau membiarkan aku merasainya.

Wahai Sang Pemegang Hati,

Tatkala aku bersamanya, buah fikiran aku tertanya,
Adakah dia merasa nyaman, selamat dan tenang?
Seperti yang aku rasakan bila bersamanya,
Tidak akan aku ketahui siapa yang memiliki hatinya,
Namun...
Adakalanya aku berharap bahawa aku yang berada di fikirannya,
Adakalanya aku berharap lirikan mata yang dilontarkan adalah miliku.

Wahai Sang Pemegang Hati,

Jika dia merindui aku seperti aku merinduinya,
Benarkanlah namaku meniti dari bibirnya.



Dia bagaikan NeptunusWhere stories live. Discover now