Sayang,
Apa khabar? Bagaimana dengan hatimu?
Di saat ini, ingin sekali aku mengetahui siapa yang berada di buah fikiran mu,
Sayang, bagaimana dengan harimu?
Setelah berbulan jarak yang tercipta di antara kita,
Ingin sekali aku tahu adakah raut wajahmu sedang mengukir senyuman?
Ingin sekali aku tahu apakah kamu telah mengapai rasa bahagia yang kamu dambakan?
Sayang, siapa yang telah menemani kamu disepanjang jalan itu?
Bagaimana layanan dia padamu?
Sayang, adakah hari-hari kamu yang pilu dan sepi?
Justeru siapa yang telah menguatkan kamu saat itu,
Ingin sekali aku mengenali dirinya.
Ingin sekali aku utarakan rasa terima kasihku,
kerana dia telah membelai kamu dalam kehangatan,
kerana dia telah merangkul kamu,
kerana dia telah memastikan kamu selamat,
kerana dia telah melukis pelangi dalam dirimu,
melindungi kamu dan melakukan apa yang tak ku daya.Sayang, sudah kucuba berulang kali.
Untuk melepaskanmu,
Untuk melupakan mu,
Untuk menepati segala ikrarku padamu,
Namun, hati ini masih membiarkan kamu hidup mekar.
Sayang, maaf.
Kamu begitu indah.Tetapi,
Akan aku cuba sekali lagi,
Takkan aku membiarkan kamu terbeban dengan perasaanku.
Sayang, semoga kekuatan kamu untuk berjuang takkan rapuh.
Semoga kamu selalu dilindungi dan meraih bahagia.
YOU ARE READING
Dia bagaikan Neptunus
RomanceDia hanya wanita yang jatuh cinta dengan seorang kaum Adam. Namun, rasa yang terbit di hati bukanlah sesuatu yang mudah terungkap dari bibirnya. Jejaka itu bukan seseorang yang mudah tertunduk pada kaum hawa. Dia kagum akan dirinya bukan kerana rup...