08

6 0 0
                                    

Beberapa hari ini, hanya kamu yang berada di dalam minda,
Teratak indah telah tercipta dilubuk hatiku apabila berbicara tentang kamu,
Kadang kala, ada waktunya aku terlalu mahu mengetahui tentang harimu,
Aku terlalu meniginkan kepastian bahawa hari kamu diwarnai dengan keindahan biarpun berjauhan,
Angan-angan ini aku simpan biarpun hatiku meronta untuk meraih jawapan.

Rindu. Rindu yang teramat telah pun menyelebungi diriku,
Ada kalanya aku berasa iri pada mereka yang dekat dengan kamu, yang melihat kamu dan mengetahui apa yang sedang kamu lalui,
Aku iri pada mereka yang mendapat tumpuan kamu.

Namun, aku harus sedar diri. Aku kena sedar diri bahawa pada ketika ini aku bukanlah untuk kamu.
Wahai kamu yang memiliki hatiku, tahulah bahawa takkan aku lupa untuk mendoakan yang terbaik untukmu selalu,
Ketahuilah bahawa setiap saat yang pernah aku rasai bersama kamu akan ku biarkan hidup di dalam hangatan memori.

Sayang, rasa rindu ini bukan dipinta untuk dirasai.
Sayang, rasa rindu ini tidak ku paksa untuk hadir.
Sayang, izinkan aku mengimbas sejenak memori kita bagi mengubati hati kecilku yang memanggil kamu selalu,
Sayang, izinkan aku meletakkan memori bersamamu sebagai sumber semangat aku sementara ya.

Sayang, aku berharap setiap langkah mu dihiasi dengan kesenangan,
Aku berharap setiap dugaan yang ditempuhi akan memberikan kamu kekuatan dan kebahagiaan,
Sayang, semoga kamu terbang tinggi mengapai setiap anganmu ditemani mereka yang sayang dan ingin melindungi kamu.

Sayang. Saya sayang awak, terima kasih.




Dia bagaikan NeptunusWhere stories live. Discover now