part 9

35 8 33
                                    


Auliya pulang daripada Universiti bersama raut wajah yang sangat ketat.

" Puan dah balik. Korang guard dekat luar macam biasa. " arah Puan Dawisyia.

" Baik madam. " balas anak-anak buah Auliya serentak.
______________________________________________

" Selamat tengahari puan ! " sapa mereka.

Aku hanya menganggukkan sedikit kepala dan berlalu masuk ke dalam rumahku .

" Puan nak makan dahulu atau gerak ke office terus ? " tegur Puan Dawisyia mengekori Auliya dari belakang.

" Aku nak bersihkan diri aku and then gerak terus. " jawabku.

" Baiklah puan. " Puan Dawisyia berlalu dari situ dan terus mengarahkan driver untuk bersiap sedia.
_____________________________________________

Aku menghempas pintu dengan kuat sehingga bergegar satu rumahku.

" Siti...siti...siti. Nama yang diberi oleh Encik Syazwan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Kau buat hari aku buruk dan sangat...teruk. " bisikku sambil melihat buku biodata Siti.

" Lembut betul peribadi kau Siti. Mesti hati kau lembut juga kan ? " aku melirik satu senyuman sinis di bibir.

Aku mengeluarkan telefon pintarku dan terus mencari nama seseorang di skrin telefonku.

" Raz. Datang dekat office aku pukul 5:30 nanti. "

Aku mematikan panggilan dan terus menuju ke bilik mandiku.
______________________________________________

Di cafe - 4 p.m.

" Korang tak rasa tindakan Siti tu dah melampau ke ? " tanya Qairil.

" Menipu lah kan kalau kami semua kata tak melampau ? Of course lah melampau Qai. Kita ni dahlah banyak sangat menyusahkan Auliya, lagi-lagi kaitan dengan kerja khusus. " jawab Zafril.

" Aku rasa nak suap penampar sahaja tau kat pipi betina tu. Nasib aku gentleman. " jawab Zafril lagi.

" Sabar sahajalah, lagipun dia cari masalah dengan Auliya. Bukan dengan kita. " sampuk Mahera.

" Eh eh kau ni Mahera. Itu kan bestfriend kau juga kan ? " tanya Rafiz.

" Ya memang dia bestfriend aku tapi kalau kita terus cakap tentang masalah ni, mungkin masalah ni takkan tutup. " balas Mahera tegas.

" Betul juga tu. Jadi, mari kita tutup cerita ini- " jawab Zafril tetapi tidak sempat menghabiskan ayatnya.

" No. Aku takkan tutup masalah ni selagi aku tak tebus salah aku. " potong Qairil laju.

" Kenapa pula salah kau Qairil ? " tanya Mahera.

" Kalau aku minta dekat Siti kertas tu, mesti Auliya tak kena marah. " jawab Qairil.

Mereka memandang sesama sendiri dan membuat raut wajah hairan.

" Kau ni dah macam kena sampuk pun ada Qai. " ujar Rafiz.

" Huh ? " soal Qairil pelik.

" Mana pernah kau macam ni. Marah diri sendiri sebab perempuan dan perempuan itu adalah Auliya. Wow ! " jawab Zafril.

" I think you've fallen in love with her lah Qairil " jawab Mahera pula.

" Apa korang merepek ni ? Aku takkan mudah jatuh cinta lah. Apa..lah korang ni " jawab Qairil menegakkan kebenaran.

" Yalah Qairil. Yalah. " jawab mereka berempat serentak.

" Hye saya nak join sekali boleh tak ? " tegur satu suara dari belakang.

Her Personal Assistant (In Editing) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang