Luth & Orked

5 0 0
                                    

haluception series. reposted.





●●●●●●




"Stay away from Luth." Ucap Liana dengan angkuhnya kepada Orked di hadapannya itu.

Orked angkat sebelah kening. Kemudian dahinya berkerut memandang perempuan berambut blonde itu.

"Awak siapa nak suruh saya menjauh dari Luth?"

Orked pandang muka angkuh Liana di hadapannya itu dengan riak wajah yang tegas.

"I perempuan yang paling layak untuk bersanding sebelah Luth. Bukan macam You." Balas Liana meremehkan Orked.

Tapi Orked sikit pun tidak hairan. Malah dia membalas perkataan Liana itu dengan ketawa sinis.

"Sis, perasannya You? Luth pun tak pernah declare apa-apa dengan You. Ada hati berangan nak bersanding dengan dia lol." Balas Orked sinis.

Apa? Ingat dia nak bagi peluang pada perempuan blonde di hadapannya ini untuk berlagak angkuh dengannya?

Ini Orked Athea lah.

Orked tak akan biarkan orang menghina atau memandangnya remeh begitu sahaja.

Liana mendengus kesal. Rambut panjangnya yang berwarna kuning menyala itu ditolak ke belakang dengan kasar. Ibu jarinya menuding ke arah Orked.

"Eh perempuan, You dengar sini baik-baik ya. I akan pastikan Luth jadi hak milik I!" Ucap Liana lagi.

Orked sekadar mengangguk. Sambil pura-pura menguap. Bosan pula dia melayan perempuan gila di hadapannya ini.

"Teya." Satu suara berat mencelah.

Senyuman Orked terus merekah sebaik sahaja melihat batang hidung Luth di situ.

"Sayang!" Orked angkat tangan menyapa Luth dengan ceria.

Dahi Luth sempat berkerut melihat reaksi Orked yang luar biasa itu. Namun dia melangkah juga mendekati kerusi tempat duduk isterinya itu.

Iya, isteri.

Luth dan Orked sudah berkahwin sejak tiga bulan yang lepas.

Majlis meraikan perkahwinan mereka dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Sekadar menjemput keluarga dan kenalan rapat.

Dan sudah pastilah Liana tidak termasuk dalam senarai tetamu di majlis perkahwinan mereka berdua dulu.

Tak ada kerja betul Luth nak jemput perempuan gila di tempat kerjanya itu untuk datang ke majlis perkahwinannya.

"Sayang??" Liana menjegil mendengar panggilan sayang daripada Orked buat Luth.

Orked menoleh ke arahnya sebelum tersenyum sinis.

"Kenapa? I tak boleh nak panggil SUAMI sendiri sayang ke?" Soal Orked dengan sarkastik.

"You punya suami??" Liana jadi tercengang. Laju kepalanya menoleh ke arah Luth.

"You dah kahwin dengan dia, Luth?" Soal Liana lagi. Masih tak percaya.

Luth raih tangan Orked lalu digenggamnya sebelum dia menoleh kepada rakan sekerjanya itu.

"Haah. Kitorang dah kahwin dah pun. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?" Balas Luth selamba.

Orked yang melihat reaksi tercengang Liana itu rasa seperti mahu ketawa tapi ditahannya seboleh mungkin.

Sengaja Orked peluk lengan Luth di hadapan Liana itu.

"Sayang, jomlah balik rumah. Malas dah nak melayan perempuan gila ni meroyan dekat sini. Apa benda entah dok beria suruh kita stay away dari suami kita sendiri." Gumam Orked.

Liana yang mendengarnya hanya mampu terdiam. Tidak mampu hendak bersuara lagi.

Luth usap kepala isterinya yang berbalut dengan kain tudung itu sambil tersenyum.

"Iya sayang, jom balik. Orang gila macamni tak payah dilayan. Buang masa dan tenaga kita je." Balas Luth sebelum dia mula melangkah pergi bersama isterinya itu.

Meninggalkan Liana sendirian yang masih tergamam di meja bahagian luar kafe itu.

—end.
2:04 AM, 31 May 2023.

Semicolon; Light A FlameWhere stories live. Discover now