Luth & Orked

8 1 0
                                        

haluception series. reposted from twitter @/wonugajjoa


●●●


Luth dengan Orked ni dah lama berkawan. Daripada masa di universiti, masa masing-masing baru umur 21 & 24 tahun sampailah sekarang keduanya sudah berusia 24 & 27.

Status hubungan antara mereka berdua?
Entah.

Nak cakap pasangan kekasih, bukan.
Mereka tidak bercinta.

Nak sebut tunangan juga bukan.
Mereka tak pernah ada apa-apa hubungan yang jelas.

Semua orang tahu, Luth dan Orked itu kawan baik.

Yang mulanya daripada sekadar hubungan junior dan senior di universiti dulu,

Kemudiannya kepada hubungan junior dan senior di tempat Orked intern dulu,

Dan berterusan menjadi kawan hingga sekarang.

Semua orang tahu mereka berdua itu sebenarnya saling suka.
Literally semua orang.

Kecuali Luth dan Orked.

Kalau ditanya mereka berdua itu apa,

Jawapannya sudah pasti,

"Kawan."

Kawan, katanya.

Mana ada kawan yang selalu risaukan dengan siapa kita berkenalan.

Mana ada kawan yang terang-terangan membantah bila kita hendak menjalin hubungan dengan seseorang yang dikenali melalui apps dating atas talian.

Dan mana ada...

Kawan yang terlalu perhatian dengan kawannya sampai hafal segala suka dan tidak suka kita,

Allergic dan jenis ubat yang paling diperlukan ketika salah seorang dari mereka sakit.

Dan kawan yang menitiskan air mata apabila mengetahui salah satunya sedang jatuh cinta dengan orang lain.

"Tolong hentikan segala kebullshitan ini." Ayra mencarut apabila mendengar keluh kesah kawan baiknya itu.

"Orked, berhenti denial. Kau sukakan Luth— no. You loved him." Ayra pegang kedua belah bahu Orked sambil matanya memandang tepat ke dalam anak mata kawan baiknya itu.

"I don't. Luth cuma kawan baik lelaki aku yang paling rapat je, Ra." Nafi Orked.

Ayra mengeluh berat. Bahu Orked ditolaknya perlahan sebelum dahinya dipicit.

Tiba-tiba rasa sakit kepala Ayra dibuatnya menghadap Orked.

"Teruskan denial, Orked. Teruskan denial sampai bila-bila. Sampai Luth betul-betul bercinta dengan Liana tu. Kalau itu yang kau nak, go on. Aku dah tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Sedangkan Jin Aladdin pun cakap dia boleh tunaikan semua permintaan kecuali yang berkaitan dengan hati dan perasaan. You do you, Orked."

Ayra terus bangun.

Meninggalkan Orked sendirian di ruang tamu. Ayra rasa dia perlukan air sejuk untuk mendinginkan kepalanya yang terasa panas mendengar curahan hati Orked tadi.

Orked termenung di ruang tamu rumah Ayra itu. Skrin televisyen yang sedang menayangkan drama itu dipandang hampa.

Bunyi pintu rumah utama terbuka membuatkan lamunan Orked terhenti. Lantas dia menoleh ke arah pintu untuk melihat siapa yang datang.

"Assalamualaikum, eh, ada Orked." Tegur Adelle yang Orked kenali sebagai sepupu Ayra.

"Waalaikumsalam, Adelle." Orked angkat tangan, menyapa Adelle.

"Err Abang Johan dengan Jayden nak masuk sekali boleh ke?" Tanya Adelle.

Orked cepat-cepat mencapai tudungnya yang terletak elok di atas sofa itu.

"Ayra! Ayra!" Orked terus bangun hendak ke dapur untuk memberitahu Ayra tentang kedatangan sepupunya itu.

Dan-dan sahaja Ayra keluar dari bilik tidurnya dengan tudung sarung yang sudah siap dipakai di kepalanya.

"Bapak laju betul kau buat kerja." Orked menyiku Ayra di sebelahnya.

Sedangkan Ayra cuma tersengih.

"Biasalah nok. Set set buat assignment last minute ni memang la laju." Balas Ayra, tertawa.

Dan hari itu, niat asal Orked yang datang ke rumah Ayra hendak curhat berakhir dengan acara makan malam bersama Ayra dan kedua sepupunya yang datang melawat.

Berserta anak saudara Ayra, si kecil comel yang bernama Jayden Yazdan itu.

—end.
9:10 PM, 22 May 2023.

Semicolon; Light A FlameTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang