Luth & Orked

9 1 0
                                        

haluception series. reposted.

●●●●●


"Luth, what are we?" Orked pandang Luth yang sedang sibuk dengan kamera di tangannya itu.

"Soalan apa tu, Teya?" Dahi Luth berkerut.

Orked ketawa, hambar.

"Oh, salah soalan eh? Okay. Ulang balik. Siapa Liana?"

Luth terdiam. Riak wajahnya terus berubah sebaik sahaja mendengar nama Liana disebut oleh Orked.

"Mana kenal Liana?" Soal Luth, tak menjawab pertanyaan Orked tadi.

"Dia DM IG saya."

"Bila? Dia nak apa?" Muka Luth jelas nampak menyampah. Langsung tak cover pun depan Orked.

Orked angkat kedua belah bahu.

"Dua hari lepas. Dia DM saya tanya kita berdua ni ada hubungan apa. Dia cakap selalu dengar awak bercerita pasal saya dekat uni." Balas Orked.

Luth mendengus, geram. Kameranya diturunkan ke bawah.

"Oh haah. Adelle selalu tanya khabar awak."

"Adelle kerja lagi kat sana?" Tanya Orked.

Luth sekadar mengangguk.

"Dia banyak kali cakap nak resign tapi tak resign resign. Entahlah. Si Johan pun tak faham dengan adik dia tu, apatahlagi saya." Jawab Luth selamba.

Orked ketawa mendengarkan Luth menyebut Johan dengan nama.

Padahalnya Johan itu tua 3 tahun dengan Luth. Dah jadi bapak budak juga si Johan itu.

Tapi biasalah, lelaki kan. Tua berapa tahun pun jaranglah nak berabang abang.

Tak macam perempuan. Umur sebaya yang beza bulan pun kadang suruh panggil Kakak.

Entahlah. Malas nak fikir jauh.

"Teya," Panggil Luth apabila mereka berdua diam seketika.

"Ya?"

"Tak payahlah layan si Liana tu. Dia tu gila." Ucap Luth, tiba-tiba.

Dahi Orked berkerut. Tak pernah-pernah Luth mengata orang lain dekat depan dia macamni.

Selalunya Luth buat bodoh saja. Acah tak peduli.

Tapi ini....

"Kalau dia tanya awak macam-macam lagi, cakap je kita ni bercinta. Awak makwe saya. Saya pakwe awak. Ha nanti diamlah dia tu." Luth bersuara lagi.

Orked jadi terkedu. Tak tahu nak beri respon apa.

"Teya? Awak dengar tak saya cakap apa tadi?" Luth lambai tangan di depan mukanya.

"Luth, kalau saya baper macam mana?" Tanya Orked tiba-tiba.

"Ha?? Apa per??" Balas Luth dengan dahi yang berkerut. Dia blur.

"Kalau saya terbawa perasaan dengan awak, macam mana? Kalau saya sayang awak lebih dari sekadar kawan, macam mana?"

Luth diam.

"Hahaha. Lupakan jela."

Orked pura-pura ketawa. Padahal sebenarnya dia malu.

Malu sebab tanya soalan bodoh macamtu pada Luth. Kawan baiknya itu.

Belum sempat Orked hendak melangkah, suara Luth menghentikannya.

"Teya, baper jelah."

"Ha??" Kali ini giliran Orked pula yang blur.

Terkebil-kebil Orked.

"Baper jelah dengan saya. Sayang jela saya lebih dari sekadar kawan sekalipun. Sekurang-kurangnya saya tahu yang saya tak baper sorang-sorang." Ucap Luth, tulus.

Orked? Sikit lagi dia nak jatuh pengsan. Kedua belah lututnya tiba-tiba terasa lembik. Macam jelly.

Luth senyum. Senyum manis.

Jantung Orked berdegup kencang. Rasa macam dia baru habis lari marathon. Nafasnya terasa seperti tersekat di kerongkong.

Luth masih tersenyum di hadapannya.

Dan entah kenapa, Luth nampak bersinar-sinar di mata Orked. Seakan-akan ada banyak kelopak bunga yang jatuh dari langit.

Tangan Orked laju naik mencubit pipinya sendiri. Kuat.

Dan sakit.

Luth yang melihat gadis itu mengaduh kesakitan setelah mencubit pipinya sendiri mula ketawa. Terhibur dengan gelagat Orked.

"Pelan-pelan, Teya. Kita ada banyak lagi masa nak baper berdua." Ucap Luth.

Orked dapat rasa yang sekarang mesti muka dia dah merah macam tomato. Malunya!

Cepat-cepat Orked pusing belakang dan mula melangkah.

"Jomlah balik, Luth! Hari dah nak senja!" Laung Orked sambil melangkah menjauhi Luth.

Serentak gelak Luth terhambur lagi. Lelaki itu mendongak ke langit yang masih cerah itu.

Senja apanya? Jam baru sahaja menginjak ke angka 5 petang.

Yang aneh-aneh jela Orked.

Tapi yang aneh seperti Orked itu jugalah yang menjadi pujaan hatinya.

Kan dah cakap. Luth dan Orked itu sebenarnya saling suka.
Semua orang tahu.
Kecuali mereka berdua.

—end.
10:49 PM, 27 May 2023.

Semicolon; Light A FlameCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang