— edisi baru kahwin.
Sejujurnya, Orked rasa macam dia adalah wanita yang paling beruntung di dalam dunia ketika berkahwin dengan Luth.
Alhamdulillah, Orked panjatkan rasa syukur yang tinggi ke hadrat Ilahi yang bukan sahaja telah mengurniakan dia suami sebaik Luth Asyfar malah diberikan keluarga mertua yang baik-baik seperti keluarga Luth.
Kehadiran Orked sebagai menantu bongsu di dalam keluarga Luth disambut dengan hangat oleh ahli keluarga suaminya itu. Mak, ibu kepada Luth yang masih sihat walafiat itu melayan Orked dengan baik. Persis seperti anak kandungnya sendiri.
Kak Long Deeja, kakak sulung Luth dan Abang Eshaal, abang kepada Luth turut menerima Orked dengan gembira masuk ke dalam keluarga mereka itu.
Selain itu ada Sayf, anak saudara kesayangan Luth. Dan Kak Alia, ibu tiri kepada Sayf merangkap isteri kedua Eshaal setelah kematian ibu kandung Sayf dulu.
"Lambatnya naik." Tegur Luth yang sedang membaca novel di atas katil apabila melihat isterinya yang baru masuk ke dalam bilik tidur mereka itu.
"Mak baru lepas ajar buat kuih semperit susu tadi, Ayang Bb." Balas Orked dengan ceria sambil tangannya menanggalkan tudung sarung yang dipakai sedari tadi.
"Sukalah tu dapat resipi kuih kegemaran dia." Usik Luth. Novel di tangannya terus ditutup dan diletakkan ke atas meja kecil di sebelah katil.
"Eung! Mestilah suka. Semperit susu tu kuih raya yang paling sedap dalam dunia ni." Balas Orked sungguh-sungguh.
"Mana ada. Almond london sedap lagi."
"Eee tak suka la kacang."
"Tapi saya suka..."
"Jodoh memang macamni, Yang. Saling melengkapi gitteww." Balas Orked berseloroh.
Luth ketawa sebelum merangkul tubuh isterinya ke dalam dakapan.
"You did well today, Sayang. Terima kasih sebab layan Mak dengan makcik-makcik yang lain dengan baik tadi. Walaupun masing-masing kepohci mengalahkan makcik bawang." Ucap Luth sambil mengusap belakang tubuh Orked.
"Thank you, Sayang."
"Dahla, jom tidur. Esok nak bangun sahur."
"Okieee. Good night ayang bb kiterr. Semoga mimpi indah!"
"Tak nak la mimpi indah. Realiti saya lagi indah sebab ada awak."
"Eeee cringe lah, Luth!"
Dan malam itu berakhir dengan keduanya saling berpelukan sambil mengenang kisah percintaan mereka sejak kali pertama bertemu dulu.
######
Sat, 30th March 2024 05:32 AM
