PAGI -pagi lagi rayden sudah terpacak di hadapan rumah aku. Hari ini , aku bakal meninggalkan rumah kesayanganku sementara. Huwaa! Tak sanggup la!
Beg pakaian ku dibawa oleh rayden untuk diletakkan ke dalam keretanya. Fuyo, kereta bukan calang-calang. Kereta jenama mahal tu! Rambang mata bila tengok kereta miliknya.
Rayden mendekati aku yang baru sahaja selesai mengunci pagar rumahku. Goodbye my baby house!
"Done already? Lets go." Ucapnya. Aku mengikuti rayden hingga ke keretanya. Aku kena pakai sarung tangan ke nak bukak pintu ni? Ye lah, nanti kotor pula kereta mahal dia.
Rayden yang sudah menunggu di dalam kereta, memandangku pelik.
"Awak buat apa?" Soalnya bila aku hanya tercegat di depan pintu keretanya.
"Erk, boleh ke?" Soalku rendah diri.
Dia ketawa kecil "ofc you can!" Aku dengan berhati-hati membuka pintu kereta itu. Dan masuk ke dalamnya. Dapat naik kereta mahal dengan pertama kali tengok dia ketawa.
Terasa seperti hamba yang dipilih sekejap!
Sepanjang perjalanan, tiada suara pun yang terdengar. Hanya radio sahaja yang mengisi ruangan sunyi di dalam kereta itu. Nak borak pun, takde topik. Walaupun ada berbagai soalan di kepala.
Aku hanya memandang ke luar tingkap. Baik tengok jalan dengan pokok. Pstt, salah pulak. Baik tengok orang sebelah.
Eh, gurau-gurau!
_
Kami sudah tiba di rumah kepunyaan rayden. Masih tiada perbualan diantara kami sehinggalah rayden memberhentikan keretanya.
Aku mengambil barangan aku dan mengikuti rayden masuk ke dalam rumah. Aku pandang sekitar kawasan rumah ini. Hanya ada beberapa buah rumah sahaja. Dah macam rumah untuk orang introvert pun ye.
Rayden berhenti di depan pintu masuk.
"Take this. Ini kunci rumah. Kalau hilang, ada kunci ganti kat dalam." Ucapnya seraya menghulurkan kunci rumahnya kepadaku.
Aku mengambil kunci itu darinya. Rayden kemudian berdehem.
"Saya balik dulu. Kalau ada apa-apa masalah, boleh call je saya." Rayden melangkah pergi.
"Mr rayden!" Jeritku memanggilnya. Rayden kembali menoleh ke belakang.
Keningnya berkerut. "Yes?"
"Erk, nombor telefon awak. Saya takde." Balasku segan. Mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan? Tak pun, dia jugde aku sebab tak simpan nombor telefon bos sendiri?
Ye, aku memang takde nombor dia. Walaupun dia bos aku. Kalau aku ada pertanyaan pun, aku mesej PA dia aje.
"Oh i mean mr rayden." Aku tersedar kalau aku memanggilnya 'awak'. Apasal tersasul mulut ni?
Dia tersenyum. Dan mengambil telefon di dalam poket seluarnya. Dia menghulurkan tangannya kepada ku.
Aku berkerut kening. Kenapa pulak ni? Orang mintak nombor bukannya nak pengang tangan dia!
Aku kemudian perlahan-lahan menghulurkan tangan ku sambil menutup mata dan tidak memandangnya. Kot-kot dia nak kasi telefon dia dekat aku. Atau, nak pegang tangan aku?
Yang aku pun satu, apasal aku pergi terima huluran dia?
Kemudian aku mendengar rayden ketawa. Aku mengerut kening.
Apasal dia gelak? Apa yang lawak?
"Give your phone to me, not your hand." Mintanya sambil ketawa.
Perghhh malu giler!
Merah muka aku! Ishh saje je dia ni. Cakap la nak telefon aku. Ni diam je.
Aku mendengus. Marah.
"Ish mr rayden ni. Cakaplah nak telefon saya." Marahku tak seberapa marah.
"Sorry. Saya tak sangka yang awak akan bagi saya tangan awak." Dia ketawa lagi.
Mamat ni aku hempuk karang!
Dia berhenti ketawa. Sedar dengan aku yang tengah marah dan merajuk. "Sorry keysha. Cuma kelakar." Jawabnya. Apa yang kelakar? Ish!
"Ni. Telefon saya." Ucapku sambil menghulurkan telefon pintarku. Dia menyambut huluran aku. Kemudian memasukkan nombor ku kedalam contact list.
Selesai itu, dia menyerahkan kembali telefon aku.
"Thanks. Nanti saya mesej awak. Saya balik dulu. Remember, kalau ada apa-apa terus call saya."
Aku mengangguk faham. Berapa kali dah dia bagitahu aku. Penat aku dengar. Nasib dari orang hensem. Eei, gatal!
"Okey." Balasku singkat.
Rayden berjalan menuju ke keretanya. Dia kemudian berhenti dan memandangku.
"Ingat jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa call tau! Even nak pegang tangan saya pun , feel free to call me." Ujarnya sambil tersenyum senget. Tak sangka pandai perli orang!
Okey blusher kat pipi makin bertambah. Tebal lagi dari make up aku. Ish saje je nak kacau aku!
Rayden masuk ke dalam kereta, dan melambai kecil kearah ku lalu pergi meninggalkan kawasan ini.
_
Malam menjelang. Aku baru selesai mandi. Kemudian turun ke ruang tamu. Aku berjalan hingga ke dapur.
Perut tengah lapar.
Sampainya aku didapur, aku melihat ke dalam peti dan rak-rak yang ada.
Kosong.
Hanya ada pinggan dan alatan-alatan memasak sahaja. Aku mengeluh kecil. Kemudian berjalan ke ruang tamu dengan perut yang berbunyi.
Hadeh. Nak makan ape ni? Dah la lapar. Takkan lah rayden tak ade apa-apa langsung kat rumah sebesar ini? Habis, selama ni dia makan apa?
Aku duduk di atas sofa sambil memegang perutku yang kelaparan. Alakazam, alakazam, muncullah ayam goreng dan milo ais di hadapan aku sekarang!
Oh ye! Lupa sekarang zaman boleh order di hujung jari.
Aku lantas mengambil telefonku di atas meja dan menekan apps foodpanda.
Aku mencari makanan untuk dipesan. Sedang sibuk mencari, loceng rumah ku ditekan.
Bermaksud ada orang yang datang.
Aku cepat-cepat naik ke dalam bilik tidur dan menyarungkan tudung dan berlari kecil ke pintu.
Sape pulak yang datang ni? Takkan la grab kot? Aku belum order lagi. Atau...Rayden?
Aku membuka pintu rumah dan berjalan ke hingga ke pagar. Aku menekan tombol pagar. Saat pagar perlahan-lahan dibuka, aku terkaku.
Rayden? Apa yang dia buat kat sini malam-malam ni? Nanti orang tengok kang!
Mahu tak kene report!"Apa mr rayden buat kat sini malam-malam ni? Macam mana kalau ada orang nampak? Nanti dia report kita buat maksiat macam mana?" Aku terus bersuara.
Takut beb! Nanti kang tak pasal-pasal pejabat agama datang. Pastu kene tangkap basah. Aku toksey kahwin dengan dia!
"Then its good. Kalau ada orang nampak biarlah dia report." Jawabnya sambil menyilangkan tangan.
Eh, si rayden ni. Sejak bila jadi kurang siuman sangat ni?
YOU ARE READING
LAMARAN TUAN
RomanceBermulalah kisah cinta diantara dua insan dimana ketika Keysha Adelia ditawarkan untuk bekerja di bawah syarikat RYD's. Dimana ia juga, dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Rayden Lee yang berkacukan korea dan merupakan pemilik syarikat itu...