#6

314 14 0
                                    

   KINI sudah 3 bulan aku bekerja di RYD's company ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku juga sudah mempunyai pangkat kerana telah menjadi seorang pekerja yang berdisplin. Itu bak kata rayden lah.

Bahkan, hubungan aku dan rayden juga semakin rapat. Disebabkan aku tinggal di rumah nya, dia selalu datang menjenguk dan bertanya khabar.

Sekarang sudah pukul 2:25 tengahari. Ramai pekerja sudah pun keluar makan . Aku masih di mejaku menyiapkan kerja.

Penatnyaaaaa!

Tiba-tiba aku merasakan seseorang berada di belakang aku. Aku memusingkan badanku untuk melihat pemilik badan itu.

Rayden yang sedang berdiri sambil tangannya dimasukkan ke dalam seluar.

"Awak tak makan lagi?" Soalnya.

"Tak lagi. Kerja banyak sangat,  jadi mungkin tak sempat nak makan." Rintihku. Tipulah kalau aku tak rasa nak menangis dan menjerit dengan kerja-kerja ni.

"Then, jom lunch dengan saya." Ajaknya.

Aku menggeleng laju.

"Eh takpe awak! Sekarang dekat office, saya taknak orang terserempak dengan kita. Lagipun, saya ada banyak kerja nak kena siapkan." Tolakku. Kalau bukan sebab dia juga, tak perlu aku buat kerja ni tau!

Awak? Haa, Mesti korang pelik kenapa aku panggil dia awak kan. Sebenarnya malam yang dia datang rumah..

Flashback

What!? Rayden ni dah gila ke? Dia ingat benda ni main-main? Kalau betul pejabat agama datang macam mana?

"Mr rayden kenapa cakap macam tu? Kalau betul-betul jadi nanti merana saya!"  Marahku. Gurauan itu tak kelakar!

"So, what?" Singkat betul. Kalau boleh, singkatkan lagi. Panjang sangat tu jawapan dia.

Eyy rayden ni buat aku naik angin malam-malam ni!

"Tapi saya kisah! Saya taknak kahwin dengan mr. Rayden. Dan saya masih muda untuk berkahwin!" Fact!

"Why? Kenapa awak taknak kahwin dengan saya? Saya tak cukup sempurna untuk jadi suami awak?" Soalnya sambil memandang mata aku dengan dingin dan tajam.

Apa aku nak jawab ni? Kenapa dia tetiba tanya soalan macam ni?

"Kenapa mr rayden tanya macamtu?" Lidah terus terkelu.

"Just answer me keysha. Am i not being good enough to you?" 

Tatapan nya sungguh tajam! Aku teguk air liur. Seram!

"Erk bukan macam tu mr rayden, tapi saya belum kenal diri mr rayden sepenuhnya." Jawabku jujur. Memang benar apa yang dikatakan aku, kami baru berjumpa tak sampai 4 bulan.

Walaupun dia kacak sekacak jungkook, tapi aku tak ada perasaan sedalam itu untuknya.

Reaksi muka nya berubah. Terlihat sedikit kecewa. Lalu dia mengeluh.

"Kalau macam tu, saya nak kita kenal each other. Tell me about yourself, then i will tell you about myself too. Awak masih tak kenal diri saya kan? Kita boleh jadi kawan rapat." Jawabnya serius. Okey, ini memang tak main-main.

Okey so dia suka aku la kan? Atau....tak?

"Mr rayden s-suka saya ke?" Tergagap -gagap aku bertanya. Takut pulak nak dengar jawapan dia.  Karang, dia maksudkan lain, lain pula yang aku ingat.

"Why? I not allowed to fall for you? Or you already have someone you like?" Jawabnya agak tinggi. Namun dibalik kata-katanya, suara hanya kedengaran biasa.

"B-bukan macam tu mr rayden. Saya takde someone special. Cuma saya tak rasa , saya orang yang tepat untuk lelaki sempurna untuk mr rayden. Saya ni tak cantik dan tak kaya. Lain dengan mr rayden, kita tak selevel. Mr patut cari orang yang selevel dengan mr rayden." Balasku, menolak dengan rendah hati dan diri.

Okay, aku jujur. Aku selesa dengan rayden. Dia selalu tolong aku bila aku perlukan sesuatu. Kalau nak cakap perasaan, mungkin hanya beberapa peratus sahaja.

Gila ke apa? Perempuan mana aje tak jatuh hati dengan rayden? Lelaki hensem macamni rugi kalau tak buat suami tau. Tapi, bukan untuk aku.

Aku menunduk. Tak mahu melihatnya.

"Keysha listen and look at me! Saya tak kisah kalau awak tak kaya atau tak cantik. Saya tak pandang tu. Saya hanya pandang hati awak keysha. Siapa cakap kalau handsome kene kahwin dengan yang cantik? Bagi saya awak tu dah cukup sempurna. That's what make me fall harder. Cukup awak jadi isteri saya yang sah dah buat saya bahagia keysha. Saya cuma cintakan awak seorang sahaja. Saya dah tunggu awak 2 tahun. Dan saya berharap yang dua tahun saya tu bermakna bagi saya."

Dup! Dap!

Yaallah! Apa yang aku dengar ni? Tapi, Kenapa aku rasa gembira dan terharu? 2 tahun? Pernah ke kami berjumpa sebelum ini?

"Tapi mr rayden, macam mana dengan pandangan orang lain? Mesti diaorang akan cakap belakang dan kata kat saya yang saya tak layak jadi seseorang istimewa untuk mr rayden." Jelasku. Ye, aku memang pentingkan benda itu. Aku tidak mahu orang berfikir sebegitu akan diriku.

Aku rasa selesa dengan dia. Tapi untuk pergi jauh dari seorang kawan, aku tak boleh. Aku tak layak untuk dia. Kitaorang tak sama! Hidup kami berbeza sekali. Kalau aku jatuh cinta dengan rayden, aku tetap tak akan boleh bersama dengannya.

Aku bukan siapa- siapa. Aku tak sempurna untuk dia.

"Jangan perdulikan apa yang orang nak cakap keysha. This is your life, not them. You the only one who can decide. Just ignore it. Saya tak boleh hidup tanpa awak keysha! I can't and never!" Terangnya. Suara semakin meninggi.

"Tapi saya tak...." Belum sempat aku menjawab, rayden sudah dulu memotong.

"Keysha, please! Saya tak nak paksa awak. Tapi, damn! I really need you to be always by my side!"

Aku terdiam. Mata kami tidak pernah terlepas. Aku tahu dia jujur. Dan itu membuat kan aku tak tahu nak buat apa sekarang.

Macam mana nak bahagia walaupun kami bersama tapi tanpa adanya rasa cinta?

Aku dengar dia melepaskan keluhan. Dia mendekati aku namun, masih ada jarak diantara kami.

"Look, keysha. Saya bagi awak masa. Awak fikirkan baik-baik apa yang saya cakap dekat awak malam ini. Keysha, im not lying with you right now. I seriously love you. That i need you always." Ujarnya bersungguh-sungguh. 

Aku diam. Lalu mengengam kuat tanganku "Tiga bulan ni saya akan cuba untuk bukakkan hati saya. Give me 3 months." Ucapku. Aku nak aku sendiri yang tentukan tempoh untuk aku berfikir.

Terus riak wajahnya berubah teruja. "Thanks keysha! Thank you so much sebab bagi saya peluang untuk dapatkan diri awak."

Aku gembira. Entah kenapa tapi saat dia berkata yang dia akan cuba untuk mendapatkan diriku membuat kan aku berasa sungguh gembira.

Suasana mula membaik. Tadi aku tak dapat rasa angin malam pun, sekarang baru lah angin dapat dirasa di kulitku.

"Oh lupa! Sebenarnya ada ape mr datang?" Memang itu yang patut aku tanya. Cuma lain jawapan yang dia kasi. Kalau dia terus bagitahu, tak ade drama kat depan rumah ini sekarang tau!

"Saya ada belikan awak makanan. Saya tahu kat dalam rumah ni takde makanan. Jadi saya singgah kedai untuk bungkuskan awak nasi."

Dia memberikan aku makanan yang berada di dalam bekas plastik itu. Caring jugak dia ni.

Aku tersenyum. "Terima kasih mr rayden."

Dia membalas senyuman aku.

"Keysha, after this, don't call me 'mr rayden' again."

Aku berkerut kening. Habis nak panggil apa? Takkan la hubby kot! Tahulah suka kita.

"Just call me rayden or awak."

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now