part 19

24 7 6
                                    


" Abang..! Meh turun makan! " jerit Qairina a.k.a adik Qairil.

" Ye kejap sabar jap! " Qairil menyahut panggilan adiknya sambil merampas baju dari kerusi lalu disarung pada badan tegapnya.

" Wahh sedapnya umi masak.. " Encik Qamarul menegur isterinya Puan Sarah dari belakang sebelum memeluk badan isterinya yang sedikit ramping itu. Biase lah mak mak zaman sekarang semua lawa lawa.

" Ish apa abah ni! Nanti budak-budak tu tengok macam mana? " gelabah terus Puan Sarah apabila tangan suaminya semakin nakal di badan isterinya.

" Macam tu lah. " jawab Encik Qamarul selamba.

" Ehem. Nak bersemut dah aku kat sini..Ehem. Assalamualaikum umi abah. " tegur Qairil sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah adiknya yang khusyuk bertik tok tik tok.

" Waalaikumsalam.. "

" Kau buat trend baru ke tu dik ? " soalku pelik melihat adikku menepuk-nepuk Oppo nya.

" Sibuk lah kau ni. Dah lah taktau benda-benda macam ni. "

Qairil memegang dadanya lalu menekan-nekan menunjukkan hatinya disakiti. Auchh-

" Amboi ayat! Belajar dari mana?! " tempiak Puan Sarah mendengar jawapan dari anaknya Qairina.

" Haih, sorry lah umi, abang ye? Sorry ye? " muka yang dipamerkan oleh Qairina cukup membuatkan Puan Sarah terasa.

" Kenapa dengan kamu ni Aisyah Qairina ? Kenapa buruk sangat perangai kamu ni ?! " tengkingan Encik Qamarul membuatkan mereka tersentak.

" Kenapa buat muka macam tu dengan umi kamu? Nada kamu tu dah kenapa? Nak kena tumbuk sekali baru reti nak minta maaf elok-elok !? " jerkah Encik Qamarul lagi.

" Abah.. " panggil Puan Sarah sayu.

Qairina bangun dari duduknya dan terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Pintu dihempas sekuat hati.

" Kamu ingat kamu tu dah cukup besar sangat ke huh ?! Aduhh... " Sebelah tangan Encik Qamarul terus memegang dadanya dan sebelah lagi memegang meja menggigil.

Qairil dan adik lelakinya Qaizi terus berlari ke arah Encik Qamarul yang sudah tercungap-cungap mengambil nafas selepas bertekak dengan Qairina.

" Abah..tarik nafas bah tarik nafas. And then hembus perlahan-lahan.. " Qairil cuba menenangkan Encik Qamarul.

" A..abah tak...tak suka per..angai adik kamu tu abang..abah dah penat tengok cara adik kamu tadi layan umi kamu ni. Abang..to..tolong nasihatkan dia..sekarang. Pergi.. " tercungap-cungap Encik Qamarul cuba melengkapkan ayatnya.

" Tapi abah- "

" Takpe abang, kamu pergi je tengok adik kamu tu. Biar umi dan Qaizi yang tengokkan abah ni. " pinta Puan Sarah sebelum melepaskan satu senyuman perit di wajahnya.

" Hmm..baiklah. " Qairil terus bergegas ke bilik Qairina sehingga pintu yang diletakkan signboard 'ketuk dulu baru masuk' diketuk olehnya. Qairil melepaskan satu keluhan berat sebelum dia berjumpa atau lebih tepat berbincang dengan adiknya.

" Adik... " panggil Qairil dengan nada lembut.

Tiada respon.

" Buka pintu ni dik, abang nak cakap sikit. " pinta Qairil semakin lembut memujuk adiknya.

" Nak apa? " jawab pemilik bilik yang di ketuk oleh Qairil dari dalam.

" Abang nak bincang sikit dengan adik abang ni. Please? " Qairil cukup kenal dengan adik perempuannya sorang ni. Qairina tidak boleh dimarahi atau ditengking melainkan dia yang menengking.

" Tak payah. Aku tak perlukan perbincangan dengan sesiapa pun. "

" Adik.. " rayu Qairil perlahan.

" AKU CAKAP TAK PAYAH KAN ?! BLAH LAH! PERGI MAMPOSLAH DENGAN PUJUKAN KAU TU! AKU TAK HAMAK PUN LAH !! BERAMBUSS !!! " jerkah Qairina dari dalam biliknya. Tanpa Qairina sedari, ayatnya telah melukakan hati abangnya. Sakit. Sakit seperti ada kuku tajam merobek-robek jantungnya sehingga hancur.

" Thank you. Thank you very much for your concern Qairina. Thanks a lot.. " dengan hati yang terguris, riak wajah yang kecewa dan air mata yang dipaksa untuk bertahan supaya tidak mengalir, Qairil terus berjalan selangkah demi selangkah ke biliknya sambil menunduk.

Ring! Ring! Ring!

Oppo Reno miliknya bergetar menandakan ada panggilan baru masuk.

'auliya🙈 '

Qairil mengukir satu senyuman di bibirnya dan mula menenangkan dirinya sebelum mengangkat panggilan tersebut.

" Yes Auliya kenapa? "

" Jom lepak berdua malam ni. "

" L-lepak berdua? " Qairil terkedu.

" Yes mister Qairil Zakryie. Berdua. "

Qairil tersenyum dan tertanya. Eh kenapa aku senyum ni ? Ni bibir aku ke? Aku kena sampuk ke?

" Qairil? " panggil Auliya dingin.

" Y-ye saya? Urmm senanya memang aku nak keluar lepak dengan kau tapi abah aku sakit.. " Qairil tidak mahu menipu dan terus berkata jujur.

" Sakit? Sakit apa? Kena serangan jantung ke? "

" Ma-macam mana k-kau tau Auliya? "  Qairil hairan dengan Auliya yang kebelakangan ni tahu sahaja apa yang terjadi di rumahnya. Contohnya haritu dia lapar, Auliya belikan baskbear.

" I see. Okeylah next- "

" Datanglah rumah umi. " celah satu suara dari belakang. Aduh Qairil ni pun satu. Asal tak tutup pintu, kan umi kau dah tau. Ayok tak tayok!





- T A M A T -










































Tiber minah ni.
















































𝑃𝑒𝑛𝑑𝑒𝑘 𝑗𝑒 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑛𝑖 𝑝𝑢𝑛𝑦𝑎. 𝑁𝑎𝑛𝑡𝑖 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑢𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑦𝑒! 𝐾𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑑𝑎ℎ 𝑝𝑎𝑟𝑡 20 𝑠𝑦 𝑝𝑢𝑏𝑙𝑖𝑠ℎ 𝑦𝑔 𝑠𝑎𝑡𝑢 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑡𝑢.

𝐵𝑦𝑒. 𝑇𝑒𝑟𝐵𝐴𝑁𝐺 !!!

𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (In Editing) Where stories live. Discover now