" Auliya! Auliya! " jerit beberapa orang pelajar yang mengikuti Profesor Mazya dari belakang.Zafril mula rasa tak keruan. Satu-satunya sahabat baik Zafril yang faham perasaan dia. Yang ada dengan dia susah senang. Bila takde, rasa macam ada yang kurang. Walaupun cinta Zafril pada Mahera tu lebih kuat dari cinta persahabatan, dia tetap tak boleh hidup tanpa Auliya. Hakikatnya dia perlukan Auliya dalam hidup. Hanya Auliya dan Taziq yang faham dia. Mana Auliya hilang kat tengah hutan ni. Baliklah Auliya.
" Tadi kamu jumpa Qairil kat mana Faqril? " soal Profesor Mazya cemas.
" Dekat hujung sungai belah situ. " jari telunjuk Faqril dihala tepat ke arah sungai yang terletak tak jauh sangat dari mereka semua. Profesor Mazya angguk.
" Sofia, Mahera, Haiza. Ikut saya. Faqril, Yaan, Matias. Pergi periksa dekat kawasan hujung sungai. Rafiz, Taziq, Daren. Pergi periksa dekat setiap pokok yang ada checkpoint. " Profesor Mazya pecahkan mereka untuk ke tempat masing-masing.
" Urgh saya, Profesor? " soal Zafril menunding jari ke dadanya.
" Kau masuk group kitaorang lah bro. Sungai sana susah sikit nak cari. Lagi ramai lagi ba- " ujar Yaan tenang tapi dipotong terus oleh Mahera yang seakan-akan tak bersetuju dengan cadangan Yaan.
" Eh, Profesor dah bahagikan kumpulan kan? Boleh tak ikut apa yang Profesor buat? Zafril ni pandai-pandai lah dia cari kerja. " ujar Mahera kasar. Zafril dipandang atas bawah.
" Betul. Bergerak semua. " arah Profesor Mazya lantang. Kumpulan perempuan terus bergerak ke hujung hutan belah timur. Siapa boleh agak yang Auliya sebenarnya bukan hilang.
" Tapi Prof- " ujar Daren ingin menghentikan pergerakan mereka berempat tapi tak berkesan.
" Takpe lah korang. Korang pergilah. Aku tunggu sini. Kalau ada apa-apa, datang sini. Aku boleh tolong. " ujar Zafril tersenyum kelat.
Kawan-kawan Zafril pandang satu sama lain. Keluhan perlahan dilepaskan.
" Kau sure? " Taziq mula susah hati. Mata Taziq kini penuh dengan rasa kesian. Tak adil Profesor buat macam ni. Seakan-akan Zafril ni tak wujud. Padahal rekod sukan universiti tahun ni semua Zafril yang pecahkan. Lari, lompat jauh. 2000m. Semua Zafril yang buat. Kenapa semudah tu diaorang lupa apa yang Zafril dah buat. Apa yang Zafril dah sumbang.
" Of course, why not? " Zafril tersenyum manis. Tangan dia kebelakang. Sorok yang tangannya tengah bergetar laju. Muka masih tayang wajah gembira.
" Baiklah kalau macam tu. Kau jaga-jaga tau. " Daren tersenyum pahit. Bahu Zafril ditepuk dua kali. Mereka berlalu pergi ke kawasan masing-masing. Tinggal Zafril seorang diri.
Zafril terduduk. Tangan yang sedang bergetar hebat ditatap. Mata Zafril mula bergelindangan dengan air mata. Zafril terus memeluk lututnya. Sandarkan kepala sekejap. Tenang. Dan cuba tenang.
" Siapa aku dekat mata korang? Apa yang aku tak buat lagi untuk korang? Teruk sangat ke aku? Aku penat lah. Kenapa aku yang terseksa? Apa salah aku? Aku terlebih minta perhatian dia ke? Aku buat dia rimas ke? Aku lemah sangat eh? Atau aku ni hanya boneka kau yang takde hati perasaan? Aku tak kuat Auliya.. Baliklah. Aku perlukan kau. " teresak-esak Zafril menangis, menahan sakit. Rasa lemah sangat badan Zafril saat ni. Dada Zafril sakit sangat. Rasa seperti ada yang menikam dadanya berkali-kali sehingga hancur.
" Zafril~ " seru satu suara dari arah kanan telinga Zafril. Tegak bulu roma Zafril. Zafril segera mendongak kepala ke atas. Dengan laju Zafril terus berdiri menghadapnya. Auliya?
Kenapa muka dia..
" Auliya, mana kau pergi- "
Zrkk!

YOU ARE READING
𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (In Editing)
Детектив / Триллер-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...