-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚
" Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku "
Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...
Jim berdiri di luar pintu bilik emergency menunggu Amsya' yang berada dalam proses pengeluaran peluru di bahagian kaki. Tangan diseluk masuk ke dalam poket. Iphone dikeluarkan. Jim buka Instagram dan seperti biasa, Auliya akan update gambar faceless ataupun kopi atau apa-apa yang tiada kaitan dengan muka.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" Why she's so pretty.. " bisik Jim tersenyum seorang diri. Dia tahu dia takkan dapat cinta Auliya walaubagaimanapun usaha yang dia gunakan. Cinta takkan bertepuk dua belah tangan kalau sebelah pihak sahaja yang ada perasaan cinta tu.
Jim geleng kan sedikit kepalanya. IPhone dimatikan dan diseluk balik ke dalam poket. Mata dilirikan ke arah jam yang berada di tangannya.
3:08 p.m.
Jim melepaskan keluhan di hujung bibir. Mata sekali diimbas pada pintu bilik emergency. Langkah diambil ke hadapan pintu bilik. Kepala dijenguk sedikit ke cermin. Kelihatan seperti proses pengeluaran peluru di kaki Amsya' sudah tamat. Tapi mana Amsya'?
" Terima kasih doktor. " ucap Amsya' dari dalam. Suara Amsya' sudah cukup kuat walaupun dia berbisik. Sebab tu dia disyorkan untuk lipsync.
Jim terdengar suara Amsya' dari dalam. Kepala didekatkan sedikit pada cermin di pintu. Mata melilau mencari manusia yang baru sahaja mengeluarkan suara tadi. Okey nampak dah Amsya' kat mana. Dia baru je bangun dari kerusi dengan tongkatnya. Nak gelak tapi kesian. Siapa suruh main depan Auliya.
Pintu emergency terbuka perlahan-lahan. Amsya' menundukkan sedikit kepalanya pada doktor yang baru sahaja merawatnya.
" Amsya' punya kaki tu berlubang teruk tu, nanti bagitahu Auliya, jangan bagi si Amsya' ni gerak sangat. Nanti terbuka balik kang jahitan dia tu. Amsya' ni bukan boleh percaya. Gerak macam tikus mondok. " bidas Doktor Zayne laju. Tapi betullah apa yang dia cakap tu. Si Amsya' ni mana boleh duduk diam.
" Okay doktor. " Jim tundukkan sedikit kepala. Diangkat semula dan terus pandang ke arah Amsya' yang tersenyum sorang-sorang. Dah kenapa dengan mamat ni?
" Ha ni lagi satu Amsya'. Kau jangan nak cengelat sangat makan ubat eh? Aku dah bagitahu Puan Auliya yang aku dah bagi kau ubat tahan sakit dengan ubat sapu semua. Kau kalau tak letak ubat, jangan marah Auliya kalau dia suruh kau buat kerja waktu kau tengah sakit-sakit. " ujar Doktor Zayne. Cekap juga ya doktor ni buat kerja. Terus bagitahu Auliya woo.
" Dengar tu. Kau haritu suruh makan ubat selesema pun dah lari. Itu belum lagi aku suruh makan ubat batuk. Mau cram kau kat situ. " ujar Jim selamba. Tangan dinaik menyilang ke dada. Bebola mata terus naik menjeling Amsya'.
Terus membulat mata Amsya' bila rahsia dia terbongkar. Langkah diambil untuk rapatkan sedikit posisinya dengan Jim. Tangan naik menepuk bahu Jim kuat.