part 29

18 5 0
                                    


Aku mengorak langkah menuju ke bilik meeting Auliya tapi kelihatan seperti dia dah habis meeting. Lambat sangat ke aku? Rasanya meeting baru start kan? Ke dia mengamuk lepas tu halau orang?

Aku perlahan-lahan menolak pintu bilik dihadapanku dan mengintai sedikit ke dalam.

Kosong. Tiada penghuni. Meeting dah sudah dah ke?

Ke Auliya meeting dekat war room ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ke Auliya meeting dekat war room ?

Aku menutup kembali pintu di hadapan ku. Kepalaku dipusing ke belakang. Tangan diturunkan. Diseluk ke dalam poket untuk mencari telefon ku. Aku menekan butang on dan terus mencari nama pemanggil di whatsapp.

' amsya' '

Aku tekan call. Telefon diletakkan di telinga belah kanan. Langkah ku terus disambung ke lif. Aku menekan butang lif dan tunggu sebentar untuk pintu terbuka.

" Yes Jim? " soal Amsya' selepas mendapat panggilan dariku.


" Hah Amsya', Puan Auliya dah habis meeting ke? " soalku. Aku melangkah masuk ke dalam lif. Sekali lagi butang 48 ditekan berkali-kali olehku.

" Oh ha'ah. Puan Auliya dah habis meeting dah. Sekarang dia dekat office dia. Kenapa Jim? " katanya.

" Oh baguslah kalau macam tu. Ni kau kat mana ni Amsya' ? " soalku lagi. Jam di tanganku dibetulkan sedikit. Badan disandarkan ke belakang. Mata dipejam. Letih sungguh hari ni. Dah lah panas kat luar sana. Nasib dalam lif ni ada aircond.

" Aku kat depan office dia. " jawab Amsya' ringkas.

" Oh ok ok. Puan Auliya dekat dalam pejabat kan sekarang? " soalku lagi nak dapatkan kepastian.

" Iya Jim..engkau ni kan. Asal gelisah sangat ni? Macam hilang anak dah aku dengar suara kau ni. " soal Amsya' cuba menenangkan aku.

" Takde apa. Aku letih. Itu je. " jawabku memicit sedikit dahi ku.

" Seletih-letih kau, letih lagi Auliya. " ujarnya selamba. Amsya' memang. Kalau bab menjawab tu, no 1.

" Huh? " soalku pelik. Apa yang nak diletihnya? Setakat menari tadi lepas tu meeting. Itu je kan? Apa yang nak diletihnya?

" Semalam dia bergaduh dekat Universiti lepas tu petang tu dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia lepas tu dia balik rumah tau, tapi aku tak tahu dia hilang ke mana waktu petang tu. Lepas tu malam dia pergi dinner rumah kawan dia yang lelaki tu. And then balik je mansion, si Zalikha mengadu yang si Zefri dengan Zuhairi hilang. Lepas tu, Auliya terus keluar sorang-sorang pergi ambil balik si Zefri dengan Zuhairi. Sorang-sorang selamatkan diorang berdua tu. Kau bayangkan dia bunuh semua orang dekat situ sorang-sorang je. Lepastu balik je mansion, dia pergi atas sekejap mandi lepas tu dia meeting dengan mafia-mafia antarabangsa tu semua lepas tu dia habis meeting, dia pergi universiti. And then kat universiti, dia menari pula. Lepas tu masuk kerja. Meeting lagi. Mana tak penatnya jadi Auliya tu. Takde rehat mat. " bebel Amsya'. Tahu pula ya engkau Amsya' apa yang Auliya buat sepanjang hari.

𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (In Editing) Where stories live. Discover now