Prolog

745 36 1
                                    

"Imani! Apa yang kau buat ni?!" teriakku apabila melihat air hot chocolate telah membasahi laptop kesayanganku.

"T... tak!" Imani cuba untuk menutupi kesalahannya.

"Eh kau tu akal dah kerdil! Tak payah nak menipu oranglah!" Apabila emosi mengawal diri, habis semua cacian maki aku sembur padanya.

Tuk, tuk, tuk! Pintu kayu itu dibuka setelah bunyi ketukan sudah tidak terdengar di telinga. Terlihat susuk Puan Dayana di balik pintu tersebut.

"Apa yang bising ni, Iman?" soal umi padaku.

"Tengok Imani buat apa! Habis rosak laptop Iman." aduku pada umi. Aku mengharap umi membelaku malah sebaliknya.

"Sudahlah, Imani tak sengaja kan."

"Laptop ni beli guna titik peluh Iman sendiri tau. Ingat pakai daun ke?!" protesku. Sungguh sukar untuk menerima, aku sanggup bekerja part time semata-mata nak beli laptop ni.

"A... ani tak bb... buat pun! Air tu..." Tidak sempat menghabiskan katanya, lekas aku memotong.

"Kau jangan nak tipu akulah! Kau ingat aku buta ke? Cacat macam kau!" Astargfirullahalazim. Rasa nak beristighfar aje, macam dah melampau sangat kata-kataku. Itulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...

"Apa ni Iman! Tak baik cakap adik macam tu. Macam inilah, nanti umi bagitahu abah belikan Iman laptop baru," putus umi bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Aku melepas satu keluhan kasar. Umi dan Imani dihalau keluar dari bilikku. Pintu dikunci agar tiada siapa mengangguku. Aku melabuhkan punggung dilantai sambil memeluk lutut. Mataku sudah mula berkaca menandakan air mata jernih bakal mengalir ke pipi. Aku senyum tipis.

"Ya Allah, aku kuat kerana-Mu. Sebesar manapun ujian yang Engkau berikan pasti tidak akan membatasi kemampuanku," gumamku. Sungguh aku buntu! Aku yang baru berumur 16 tahun, harus berusaha untuk benda yang benar-benar diperlukan manakala Imani benda yang membazir pun akan dibeli oleh umi dan abah. Kami kembar, umur pastilah sama cuma peribadi kami yang berbeza.

Lama-lama mataku terasa berat. Sempat juga aku menguap sebelum dunia gelapku menjadi semakin gelap.

"IMAN, buka pintu ni." Terdengar satu suara dan ketukan di balik pintu kayu itu.

"Ya, kejap!" Segera aku bangun membuka pintu tersebut. Abah.

"Pergi siap-siap, kita keluar beli laptop baru. Umi ada cakap kat abah, laptop Iman rosak," katanya.

Aku senyum tipis. "Okay."

Abah pergi meninggalkanku. Lekas aku bersiap-siap kerana tidak mahu abah menunggu lama.

Kami berdua memasuki perut kereta. Setelah enjin dipanaskan, kereta Perodua Myvi G3 dipandu secara hemat.

"Abah... kenapa Iman rasa umi dan abah selalu lebihkan Imani? Iman bukan anak umi dan abah ke?" Pelbagai soalan diseru pada Encik Zamri.

Abah masih fokus dalam pemanduannya lalu berkata. "Iman kena faham, dokter sendiri yang suruh umi dan abah lebihkan kasih sayang pada Imani. Memang secara fizik dan umur sama seperti Iman tapi peribadi dia berbeza, Imani kurang kematangan, akalnya seperti kanak-kanak. Abah bersyukur sangat dekat Allah sebab Iman dilahirkan dengan akal jauh lebih matang berbanding Imani, sepatutnya Iman dah tahu jawapannya," terang abah panjang lebar.

"Tapi kalau kita layan dia macam budak-budak, dia akan jadi budak. Cuba kalau kita layan dia seperti macam dia patut dilayan dalam kalangan umur macam ni, mungkin dia akan jadi seorang remaja seperti Iman." Sempat lagi aku sekolahkan abah.

Abah pandang aku sekilas lalu kembali melihat ke arah jalan raya.

"Imani anak syurga," kata abah setelah beberapa saat mendiamkan diri.

Alasan yang sama selalu didengar. Agaknya dah berapa juta kali aku dengar alasan ni? Hmm... malaslah fikir banyak, baik aku fikir nak beli laptop apa nanti. Alang-alang abah belanja, kita beli yang harga marhaen sikit. Marhaen sikit? Elok-elok abah takde heart attack, nanti bila nak bayar tiba-tiba kena serangan jantung. Ish, minta simpang!

"Oh ya, abah nak tanya. Iman tertinggal barang apa tadi?" Macam-macam topik abah fikir untuk berbual.

"Tadi? Err... sebenarnya Iman bergaduh dengan Imani lepas tu I... Iman tak sengaja menghina Imani, kata dia itu, ini. Jadi Iman minta maaf dekat dia tadi sebelum keluar," jawabku jujur.

Abah tersenyum mendengar ceritaku. "Takpelah, yang penting Iman dah minta maaf dan jangan ulang lagi kesalahan itu." Dalam berkata ada juga diselipkan isi tersirat.

"Baik Leftenan Zamri!" Aku tabik hormat pada abah. Almaklumlah, abahkan bekas tentera.Abah dah pencen, kalau diikutkan lagi 5 tahun tapi dia memilih untuk pencen lebih awal.

The Psycho's Secret [OG]Where stories live. Discover now