"Aduhh!" Aku mengaduh kesakitan dek kerana ditolak oleh Imani.
"Kau ni kenapa?" soalku dengan tindakan tiba-tibanya.
"Kau pergi! Pergi!" teriaknya sambil memukul bahuku.
Tuk, tuk, tuk... "Iman, Imani, kenapa tu?" soal umi khawatir dibalik pintu.
"Umi tolong Iman!" pintaku.
Lekas Puan Dayana membuka luas pintu tersebut. Tarikan yang terasa pada rambutku mula melonggar. Umi menarik tubuh Imani menjauhiku.
"Kenapa Imani kacau kakak?" soal umi.
"Iman kacau Imani dulu... dia cakap Imani lembik," katanya sambil mengalirkan air mata.
Membulat luas mataku, tak percaya yang Imani sudah berani meng-fitnah aku.
"Kenapa dengan Iman? Ni adik Iman tau!" Keras umi berkata padaku.
Tiba-tiba aku melepaskan ketawa kecil. Bodoh! Aku tersenyum sinis.
"Kamu ni dah kenapa Iman?"
Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar. Sebuah rakaman suara telah memenuhi ruangan bilik ini.
"Semua orang sayang aku, kalau kena buli, Iman yang jadi mangsa. Apa yang aku nak mesti dapat. Lagipun aku bukannya cacat, dokter sah-sah kata aku kurang matang dari segi fizikal, bukan mental! Hahahaha."
Rakaman suara itu akhirnya mati setelah diputarkan beberapa saat.
"Ini ke anak syurga umi?" soalku menyinis.
"Iman bohong umi!" nafinya.
Riak wajah umi seakan-akan kecewa. Selama bertahun-tahun dia ditipu oleh anak kesayangannya.
"Assalamualaikum!" Terdengar suara Encik Zamri memberi salam. Wah, abah dah balik!
"Erm... Iman nak jumpa abah, dia perlu dengar."
Pakk! Telefonku terjatuh menyembah lantai dek kerana ditolak oleh Imani.
"Kau apahal?!" teriakku sambil menolak kuat tubuhnya jatuh ke atas lantai.
"Iman!"
"Apa yang bising-bising ni?" soal abah.
"Biasalah bang... budak-budak ni, gaduh," kata umi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.
Encik Zamri hanya menjatuhkan kepala beberapa kali. "Esok tokma dan tokpa nak datang rumah," ujar Encik Zamri.
"Betul ke? Tak sabarlah!" ucapku.
Aku dengan tokpa dan tokma memang rapat! Kalau aku nak sesuatu dengan umi dan abah, tapi tak dapat, mestilah dengan tokpa atau tokmi! Dari mereka lah aku menumpang kasih sayang walaupun sementara.
"ASSALAMUALAIKUM." Segera aku berlari turun ke bawah apabila memdengar suara yang tidak asing didengar.
"Waalaikumussalam!" Laju saja aku memeluk tubuh manusia separuh abad itu.
"Iman okay tak? Sihat?" soal Dato' Johari. Itulah tokpa aku!
"Alhamdulillah, sihat. Tokpa dan tokma macam mana?" soalku pula.
"Sihatlah, kalau tidak tak datang ke sini," jawab Datin Zunaida.
Aku menjemput mereka masuk ke dalam. Kalau berdiri depan pintu ni lama-lama mahu nanti sakit lutut.
Kami sekeluarga duduk di ruang tamu. Lama tak jumpa, berbual lah dulu kan?
"Iman, tokpa nak bagi something ni, nak?" sergah Dato' Johari.
YOU ARE READING
The Psycho's Secret [OG]
ContoSinopsis: (The Psycho's Secret by azfrhnnazell) Qeyla Iman mempunyai seorang kembar seiras iaitu Qeyli Imani. Meskipun fizikal mereka seiras namun, berbeza dari segi peribadi atau perilaku. Iman dengan sifat introvert dan beku manakala Imani dengan...