Dengan pintu tidak berkunci,bukan apa Zahrah memang nak kunci tetapi pada dia tidak mungkin adam mahu masuk setelah mengetahui Zahrah berada di bilik ni.Tanpa teragak-agak tangan Aniq memulas tombol pintu dari arah luar. Dan tanpa mengetahui sedang apa Zahrah di dalam.
Terbeliak luas mata Zahrah apabila terdengar pintu yang tertutup kini dibuka dari luar. Malu. Takut.
"Menyesal pula tak kunci!" Ucap Trisya Zahrah dalam hati.Geram.Yang Aniq ni main bukak je pintu tak reti ketok dulu ke? Nak aje Zahrah pulas telinga Aniq,beria sangat nak pulas tombol pintu kan..
Baju yang tadinya di paras perut kini di turunkan dengan laju.
Spontan..
Aniq apa lagi,bukan nak memandang tetapi ia terlihat sekilas. Jantungnya tatkala berdebar laju.
Terus di tutup separuh.Yang tadi pintu terbukak luas di keranakan tolakan Aniq yang pantas.
"ASTAGFIRULAALAH"ucap Aniq Zahrif perlahan. Sempat ia memegang dadanya dengan tangan kiri. Aniq tak niat akan tindakannya yang tadi. Sumpah!
Ni lah orang kata buat benda jangan gelojoh!
Aniq tetap berada di luar pintu bilik dengan berpaling arah pada pintu.Dia tak patut buat macam tu! Tapi kenapa Zahrah tak kunci?
Tangan panjangnya masih memegang tombol pintu.Menunggu respon Trisya Zahrah.
Dada Trisya Zahrah bagai nak mati, apa tak nya lelaki tidak mahram melihat auratnya tapi Zahrah tetap memikir benda yang baik-baik belaka. Mungkin Aniq tak nampak?
Hanya tuhan sahaja tahu saat-saat memalukan.
Selepas merapikan baju kemeja putih yang sudah melekat di bajunya ia pantas mencapai tudung sarungnya yang tadi.
Tahu pun gelabah..
Niat nak tutup pintu tapi Zahrah sedar ia berada di mana sekarang dan posisinya pada Aniq Zahrif. Tak sopan pula kalau di fikirkan.
walaupun ia memalukan tetapi Zahrah tetap bertindak tenang. Emosi atau marah semuanya bercampur. Zahrah melangkah dengan menghentakkan kedua-dua kakinya.
Tanda protes!
Jantung Aniq pula makin berombak-rombak. Astaga apa nak jadi ni. Apa pun baca doa dulu.
"BISMILLAH....AMIN"
Pintu di tarik kuat dari arah dalam, sapa lagi kalau bukan Trisya Zahrah.
"ALLAH" terkejut tak main-main. Aniq Zahrif yang sedang bersandar pada pintu itu hampir-hampir aja terhempap pada Zahrah nasib Aniq sempat menahan. Zahrah Zahrah bini siapa ni?
Zahrah seperti terkaku dengan kejadian yang berlaku di depan matanya. Bukan nak lari malah diam di tempat. Mata berkelip laju.
"mi amor,nasib tak jatuh kalau tak memang aku suruh kau kahwin paksa dengan aku!" marah Aniq Zahrif dengan nada lembut. Lembut tak terkata. Matanya menatap Zahrah.
"kenapa pulak?" Tanya Zahrah. Tak faham.
Hai susah ni.. Aniq memicit dahinya.
"mi amor kene tanggungjawab!"
"ha?" Ini makin membuat Zahrah kehairanan. Apa yang Aniq katakan. Tanggungjawab? Zahrah ada buat sesuatu ke? Soalan bertimbul-timbul di otaknya sekarang. Zahrah menggaru kepalanya bukan tanda ia gatal tapi tak faham.
"saya ada mengandungkan awak ke?" tanya Zahrah lagi. Sungguh tak faham.
"kau dah ambik hati aku, mi amor" garau tetapi lembut di dengar. Malu dan tekejut dengan apa yang die cakap. Mulut sendiri yang cakap bukan Aniq.
Tapi Aniq sekadar beriaksi tenang. Menatap Zahrah.
"ha?" dahi berkerut. Sengaja Zahrah berkata begitu seakan-akan tidak paham akan perkataan yang di lontarkan Aniq Zahrif sebentar lagi.
"I want you sayang" kata-kata yang tidak terjangka oleh Aniq.Tak malu betul. Aniq tak tahu kenapa ia mengatakan ayat itu kepada Zahrah tapi hati seperti dipaut oleh seorang wanita bernama Trisya Zahrah
Hati Zahrah tak mampu menahan rasa macam baru lepas kene bedah. Tapi Trisya Zahrah tidak mudah percaya dengan kata-kata jadi..
"ha?"
Sebelum Aniq Zahrif membalas ia menundukkan sedikit badannya agar sama tinggi dengan Trisya Zahrah.Membongkok.
Menatap Zahrah lagi
"Look at your face,red as a tomato" senyum pun tak nak kalah pada muka kacak Aniq Zahrif. Manis. Bangga. Aniq suka lihat pipi Zahrah kemerah-merah.
Trisya Zahrah sedikit kebelakang. Zahrah mengalihkan pemandangan daripada memandang jejaka yang berada di hadapannya sekarang.
Memegang muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Merah sangat ke? Kantoi pula.
Menunduk kepalanya sedikit.
Ketawa kecil keluar dari mulut Aniq Zahrif. Badanya kembali kepada ketinggiannya semula. Mata tertancap kepada pakaian yang di pakai oleh Trisya Zahrah.
Baju kemeja Aniq Zahrif yang berwarna putih bersih.
Kepala diangkat menatap Aniq Zahrif. Dah kenapa pandang-pandang orang tak pernah tengok orang ke apa?! Jungkil mata baru tahu..
"you look more beautiful wearing my shirt" satu kedipan mata di hadiah kepada Trisya Zahrah sebelum ia pergi meninggalkan Trisya Zahrah. Tak boleh lama-lama tak halal lagi. Nanti kene tangkap basah tak pasal-pasal kene kahwin free. And takut buat orang single jeles pula.
Meninggalkan Trisya Zahrah seorang diri.
Menuringi tangga dengan senyuman.
Adam Iskandar hanya memerhati Aniq Zahrif dari turun sampailah duduk di sebelahnya.
Jarang betullah nak tengok Aniq ni senyum ni kenapa hari ini senyuman macam tak nak lepas, buang tabiat ke apa? Tapi Adam suka. Hidupnya seperti sudah di hiasi cahaya..Mengelamun seorang diri di ruang tamu. Banyak yang difikirkannya tapi kejadian tu mungkin hal yang tak akan dilupakan.
Adakah Aniq Zahrif baru sahaja tadi confess kepada Trisya Zahrah?
Vote!
YOU ARE READING
HE IS MINE [OG]
RomanceDisebabkan tinggikan suara pada boss Trisya Zahrah perlu berlakon sebagai kekasih kepada Aniq Zahrif? "aniq.." ucap Trisya Zahrah perlahan.Dahinya mula berpeluh. "Touch carries a threat,Ken!" Keras suaranya. macam mana kisah mereka selanjutnya?