Bab 23

62 3 0
                                    


"Ma,kenapa main setuju je,tak tanya pun Zahrah dulu" dahi dikerutkan sedikit.Nada masih lagi kedengaran lembut di dengar.

Siap betarikh lagi..

"kalau tanya pun kau mesti tak setuju so aku terima jelah,lagipun si Aniq tu beharta jadi masa depan kau nak hidup tu terjamin lah,makan,minum,pakaian semua tu dia tanggung" jawap Puan Sarah tanpa memandang Zahrah.

Setelah menjawap Puan Sarah bergegas berdiri menuju ke dalam bilik tanpa memandang ke belakang.

"Zahrah masih boleh tanggung semua tu ma.." ucap Zahrah perlahan.Kepalanya ditundukkan.

Ucapan yang dilontarkan oleh Puan Sarah tadi tidak membuat Zahrah marah malah sebaliknya.Kecewa sedih yang dia rasakan.

Dia masih mampu menampung hal sebegitu,Zahrah mempunyai kerja jadi semua tu tidak jadi masaalah.Kenapa ia menganggap Zahrah seperti tidak mampu?

Hati rasa di carik-carik bagi di cakar oleh haiwan buas kerana apa? Kerana perkataan itu diungkapkan oleh ma nya sendiri.Puan Sarah.Dia bagaikan seperti tidak beharga...

Tetapi ini mungkin  takdir yang sudah allah tulis...
Mahu bagaimana pun kita pergi kalau itu jodoh kita,itu tidak akan kemana jadi tenang lah,jika hubangannya dengan Aniq hanya sebatas perkahwinan paksa dan mereka tiada jodoh,Zahrah terima...

Zahrah bangun dari duduknya lalu melangkah menuju ke biliknya..

PAGI

Zahrah pergi kerja seperti biasa tanpa sarapan.Baginya sarapan tidak penting hanya membuang waktu.

Sampai di tempat kerja Zahrah berlalu menuju ke tempatnya.Terlihat fail yang menimbul tidak di siapkan lagi.

Seketika Zahrah mengeluh kecil sebelum ia berlalu untuk duduk.Di letakkan beg tangannya yang berwarna putih nude itu di atas meja tepi.

Tangan membuka satu persatu fail.Merah,hijau,biru semua ada.

Zahrah menyiapkan hampir semua berkas tanpa meninggalkan sedikit pun. Jam menunjukkan pukul 4:00 p.m .

Atiliya datang ke meja Zahrah.Diletakkannya 10 fail di atas meja Zahrah

Hup!

Terkejut Zahrah.Tak bagi salam apa terus bagi!

Zahrah melihat Atiliya dengan pandangan lembut.Senyuman kecil terselit sebelum mendengar pertuturan Atiliya.

"Tolong siapkan,esok boss nak ni ada sekali projek yang nak dikerjasama dengan syarikat A.S"

"Okey" setuju.Dengan rela walaupun penat.

"Esok boss nak tau!" cuba memperingati Zahrah.Jari ditunjukkan kearahnya.

Keluhan dilepaskan selepas Atiliya pergi meninggalkannya.Selepas pukul 5:00 petang mesti hanya Zahrah yang disini.

Tangan mula mencapai fail.Satu per satu dibuat tapi kini die terlalu mengantuk hingga...

Di sisi lain Aniq yang sedang berjalan menuju arah lif memandang meja Zahrah dan yeah ada Zahrah di situ.

Mujur lah hari ini Aniq berniat ingin balik lewat kalau tidak siapa lah nak jaga budak sorang ni,lah dekat tempat kerja pula tu seorang diri.

Niat ingin balik,ditunda.Kaki berjalan mendekati Zahrah yang sudak terlena dek kerana penat.

Aniq menarik kerusi di sebelah meja Zahrah lalu di letakkannya sebelah Zahrah.Leptop ditarik berhadapan dengannya.

Tangan mula menaip,membelik fail-fail.Aniq menyiapkan kesemua tugas Zahrah yang tertunggak akibat Zahrah tidur.Ini kalau tidak siap esok bagaimana? Mujur lah ada boss yang baik hati ni...

Jas yang berwarna hitam di tanggalkan lalu di letakkan di belakang badan Zahrah.

"ukhh,penat jugak" Aniq merengangkan tangannya kedepan.

Pandangan Aniq sekarang tertumpu pada mata indah Zahrah.Malam ni ada pemandangan cantik lah..

Tanpa disangka mulut tersenyum sendiri.Tangan di letakkan ke atas meja untuk alas kepalanya yang mahu jatuh.

"Cantiknya ciptaan allah satu ni"Sebelum mata di pejam.Malas pula mahu balik mahu bangunkan Zahrah tidak sampai hati,melihat Zahrah tidur nyenyak bahkan seperti tidak terusik pun dengan gerakkan yang dibuat oleh Aniq tadi.

"Aniq..bangun lah sebelum yang lain datang"kejut Zahrah dengan segelas air suam di tangan.Jika rakan nya melihat mesti ada heboh satu grup tu. 

Nasiblah Zahrah jenis yang bangun awal..

HE IS MINE [OG]Where stories live. Discover now