Perlahan-lahan membuka matanya,dilihat sekeliling.Tubuh diam tidak bergerak.Macam budak!
"Kat mana ni?" tanya Aniq sambil beralih pandangan memandang Zahrah.
Dia tanya aku? Macam mana aku tahu kalau celak-celak mata je dah ada mamat ni.
Melihat Zahrah senyap tidak berkata Aniq menyambung pula..
"Mi amor culik abang ye.." jari telunjuk diayunkan beberapa kali kearah Zahrah.Mata disepetkan ingin mengenakan Zahrah.
"Saya culik boss? mungkin lambert lagi" mata dijulingkan keatas.Zahrah mengalihkan pandangannya jauh dari Aniq.
Aku pula yang dituduh menculik boss,masuk akal kah? Tadi Aniq bahasakan diri dia "abang",aku tengah mimpi ke? Apa yang dah jadi..
"Tapi mi amor dah culik hati abang,macam mana tu?" ucap Aniq yang mahu bangun dari duduknya.Tangan diangkat membetulkan rambutnya.
Terus membulat mata Zahrah,kepala terus berpusing melihat sekeliling mana tahu ada yang bersembunyi hanya ingin melihat aku dan Aniq.
"Habuan siapkan kerja mi amor nanti abang claim lepas nikah" mata dikenyitkan sebelah sebelum berlalu pergi meninggalkan Zahrah.
Zahrah seperti menjadi patung.Terkejut dengan kata-kata yang dikatakan oleh BAKAL SUAMINYA itu.Sungguh membuatnya malu.Tetapi ingin sekali di ucap kan terima kasih tetapi malu yang kuat menguasainya.
Dia tidak bersedia sungguh...
Mesyuarat diadakan tepat sebelum balik.Sementara itu Zahrah mengambil fail-fail yang berkaitan projek yang telah dibuat Aniq semalam.Nasib Aniq ada..
Semua sudah ada di kerusi masing-masing termasuk Aniq Zahrif dan CEO Syarikat A.S.
Zahrah kedepan dan menerangkan tentang projek yang disebut di dalam fail.Fail yang di pegang oleh CEO dari A.S terlihat seperti berpuas hati.
"I agree" ucap CEO dari A.S lalu beralih pandangannya kepada Aniq Zahrif yang sedang menatap Zahrah tidak berkelip.
"chao fu ling" panggil sekali lagi dengan gelaran
Tersentak lalu memandang yang memanggilnya sebentar tadi.Lalai sangat sampai tak perasan.
Aniq hanya mengangguk tanpa membuka fail.Buat apa nak buka kalau isinya diri sendiri yang buat.
___________________________
"Angau sangat dah aku tengok kau ni" ucap Hazen Al-Fattah.Mereka santai-santai selepas mesyuarat tentang projek yang ingin dikerjasamakan.
"Entah lah" Aniq mengeluh berat.Diri sendiri pun tidak tahu kenapa ia boleh seangau ini dengan Zahrah.
TUK TUK!
"Masuk" ucap Aniq.
Zahrah masuk selepas mendapat jawapan dari orang dalam.Tangan memeluk fail.
Zahrah menunduk hormat kepada Aniq dan Hazen sebelum fail diletakkan elok di atas meja Aniq.
"Aku Muhammad Hazen Al-Fattah CEO A.S,senang bertemu" ucap Hazen dengan ramah.Senyum tak lepas di reak muka Hazen.Sekarang baru ia tahu kenapa si Aniq ni angau sangat dengan Zahrah.
Zahrah hanya senyum "Saya minta diri dulu".Zahrah berlalu keluar tanpa menoleh kebelakang.
Hazen memandang Aniq.
"Cantik juga bakal isteri kau,harap tiada yang sundal lah" ucap Hazen dengan series.Bukan dia tidak tahu yang sekarang Zahrah adalah pusat perangkap Aniq malah kelemahan Aniq kemungkinan Ken akan kembali menyerang.
Dia tidak mati lagi...
"Jagan risau,aku tahu jaga milik aku"
"Ini yang aku suka dengan kau"ucap Hazen dengan senyuman bangga.
"Kau gay ke?" Kening Aniq diangkat tinggi sebelah.Ape ni tolong jauhkan lah dari sahabat yang sebegini.Suka apa suka aku toreh kau dengan pisau baru tahu.
"Ada yang dah lama tak makan penumbuk ni" ucap Hazen sambil memperlihatkan gempalan tangannya.Cukup panas rasanya.
"Ampun cip" ucap Aniq sebelum mereka berdua ketawa dengan ungkapan masing-masing.
YOU ARE READING
HE IS MINE [OG]
RomanceDisebabkan tinggikan suara pada boss Trisya Zahrah perlu berlakon sebagai kekasih kepada Aniq Zahrif? "aniq.." ucap Trisya Zahrah perlahan.Dahinya mula berpeluh. "Touch carries a threat,Ken!" Keras suaranya. macam mana kisah mereka selanjutnya?