Bab 19

128 2 0
                                        


Disebabkan Adam yang tak henti memohon kepada Aniq semalam, itu membuatkan Trisya Zahrah tak lena tidur.

Tapi akhirnya ia berlalu senyap. Dan tahu jam menunjukkan jam 4:00 pagi. Kalau bulan puasa dah boleh sahur dah.

Memekak telolong dah macam orang gila.

Pagi yang tidak indah kerana terjebak berada di rumah ini. Kalau boleh request memang rumahku adalah pilihan. Hai...

Dengan bawah mata sedikit kehitam akibat tidak cukup tidur. Siapa lagi kalau bukan Trisya Zahrah dan Aniq Zahrif.

Die pun tidak boleh tidur dengan lena akibat ketukan pintu, tak kalah lagi dengan rayuan si Adam.

Pagi itu jam 7:00 pagi. Tidak sangka pula zahrah dan aniq ketika itu bersamaan keluar dari bilik. Bilik sebelah-sebelah.

Nasib bajunya tidak kurang bahan, walaupun berseluar pendek. Okeyy lah daripada tak ada langsung.

Nampak kedua-duanya kelelahan atau mengantuk?

"mi amor tak cukup tidur ke?" tanya Aniq Zahrif. Terlihat kerisauan apabila matanya bertentangan dengan Trisya Zahrah. Badan yang tadinya seperti lembik kini tengak.

"awak rasa?"

Trisya Zahrah berjalan menuruni tangga. Menghiraukan Aniq Zahrif yang seperti terpinga-pinga.

Lesu saja pada reak  Trisya Zahrah.

Tanpa teragak-agak Aniq mengikuti Zahrah dari arah belakang.

Sampai sahaja di bawah. Terbelik luas mata kedua-kedua pasangan yang baru sahaja sampai di bawah.

Lepas buat orang tak boleh tidur malam, pagi ni dia dengan sedapnya di buai mimpi indah. Siap berdengkur lagi. Di sofa ruang tamu.

Aniq Zahrif juga mengeluarkan kerutan di dahi.

"ADAMM!" jerit Aniq

"eh,nenek kau kentut" melatah Adam Iskandar. Yang tadi tubuhnya terbaring kini bangun akibat terkejut akan jerit Aniq yang agak kuat itu. Duduk. Terpinga-pinga.

Ni kalau ada penyakit jantung mahu kene serang jantung secara mengejut.

Adam Iskandar yang masih mamai itu pun melihat Aniq dan Zahrah dengan mata yang sedikit tertutup.

"mesti bestkan dengar nenek kau kentut?" Tanya Trisya Zahrah dengan lembut. Kalau boleh nak aja di lempang muka Adam. Boleh aja di buat macam orang tak besalah.

"biashee je.." ucap Adam dengan senyuman.

"tapi lagi sedap kalau aku sumbat kau dengan cili kat kampung aku" jerit Trisya Zahrah.Terus hilang kewanitaannya.

Tangan tak nak kalah ia juga turut bergerak mencapai bantal kecik di ruang tamu lalu di lemparkan pada Adam.

Reak Zahrah sedikit tengang. Ia hanya ikut naluri hati, tanpa ia fikir. Random.

Meluas bijik mata Aniq Zahrif melihat kelakuan Zahrah yang ia tak pernah sangka langsung itu akan terjadi. Ganas tapi comel.

Bibirnya sedikit terukir senyuman.Tatapannya kini hanya terhadap Trisya Zahrah. Haii... asyik angau jaa bila nak jadi kenyataan ni. Mengelamun.

Apakah perasaannya kembali berbunga setelah kejadian yang dulu? atau mungkin hanya sementara? Masa lalu...

"garangnya kakak,piyed ke?" tanya Adam tanpa terkesan dengan ayat yang di lontarkan oleh Trisya Zahrah sebentar tadi. Nada manja. Tatapan kini teralih melihat Aniq.

Tatapan tajam di hadiahkan oleh Aniq Zahrif kepada Adam Iskandar.

Bekerut dahi Adam.

"kau ke aku piyed,perangai pun macam budak-budak" jawap Trisya Zahrah dengan reak beku.singkat. Malas mahu melayan. Kaki bergerak  menuju ke tingkat atas. Buat apa lagi kalau bukan masuk bilik. Kalau duduk dalam bilik memang rasa tak nak keluar. Sejuk aja.

Trisya Zahrah sempat memberi jelingan terhadap si Adam. Ha kan dah kene.

"alaa jangan malah-malah" nak bermanja pun tak boleh..

Trisya Zahrah ni siapa yang berani lawan..

Biasalah sifat anak sulong. Pemarah,ganas dan lain-lainnya tapi ada satu sifat yang terselit di hatinya nak tahu apa? Sifat penyanyang. Ke banyakan orang cakap anak sulong adalah orang yang manja tapi banyak yang silap, anak sulong sangat kuat lagi-lagi anak perempuan, walaupun mereka tunjuk kuat tapi hakikatnya mereka meraung bersendirian tanpa sesiapa yang menemaninya.

Tapi tak kisah lah kita anak nombor berapa sekalipun kerana kita adalah anak yang kuat. Kuat menghadapi cabaran.

"potong gaji" ucap Aniq selamba sambil berjalan mengikut Zahrah dari belakang. Seperti anak ayam walaupun badannya berbadan tengap berbanding dengan diri Zahrah yang seperti jam pasir.

Terbeliak mata Adam. Uihh tak habis-habis lagi. Ni sebab apa pula. Stress kalau macam ni hari-hari.

Spontan dirinya berdiri dari duduk. Matanya hanya memerhati Aniq. Tak puas hati. Dahinya turut berkerut. Terpinga-pinga.

"Abe bakpo"Jerit Adam

"because you messed up my wife" terukir senyuman sinis di bibir Aniq Zahrif. Seronok pula rasa.

Siapa suruh kacau Trisya Zahrah lagi kan dah kene..

Selepas sahaja Adam mendengar ia menhentak kaki. Tanda protes. Tak terima.

"tak nikah lagi dah gatal,nanti keturunan tak tahu berapa" sindir Adam. Jeling. Tangannya di peluk dua. Mulut rasa gatal.

Aniq buat tidak endah pada Adam. Kalau dilayan perangai si Adam ni entah bila habis. Baik tak usah dilayan nanti makin menjadi-jadi bengong dia.

Ingatkan nak terus tidur lepas masuk bilik tapi kalau ingat balik kita ni perempuan. Trisya Zahrah bermain dagu sebelum ia memutuskan keputusan untuk mandi.

Tangan tangkas mencapai baju kemeja berwarna hitam di almari baju. Membersihkan diri.

Sementara Aniq juga membuat keputusan untuk membersihkan dirinya.

Tengah syok-syok mandi Aniq Zahrif mengdengar seseorang menyanyi.

Maklumlah bilik bersebelahan.

Nyanyian yang sangat tersentuh hati,lembutnya tak terkata.Apabila dihayati baik-baik, suaranya seakan-akan suara...

HE IS MINE [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang