Prolog

9 1 0
                                    

Bunyi siren ambulan didengar jauh dari telinga. Dia berasa tidak berdaya. Perasaan bingung menyelubungi dirinya. Apa yang telah terjadi?

"Mummy? Daddy?"

"Cepat buat cpr! Detak jantung dia perlahan sangat." Hanya itu yang dapat dia dengar sebelum pengsan.

Disebalik Tengku Nadya Annisa yang sedang bertarung nyawa, ada Tengku Izz Adry yang sedang dalam perjalanan keluar dari tanah air tercinta.

"Tengku jaga diri baik-baik kat sana. Jumpa lagi 7 tahun, Tengku." Pak Mad bersuara sebelum berpeluk dengan Izz Adry. Dia masih teragak-agak mahu melangkah tetapi disebabkan oleh Tok ayahnya yang memaksa dia pulang ke Venice, Italy maka terpaksa dia gagahkan juga. Dia tidak memberi tahu sesiapa bahawa dia akan keluar negara.

"Angkat pesakit letak atas katil rawatan! Continue cpr!" Nadya Annisa sedar tetapi keadaannya sangat lemah hingga dia koma. Dia hanya dapat melihat samar-samar ibunya sedang dilakukan cpr. Perkara ini juga tidak diketahui sama sekali oleh Izz Adry.

Pada saat berita tentang Nadya kemalangan dan koma sampai ditangan Pak Mad, Tengku Izz Adry tidak lagi dapat dihubungi. Dia hilang dari radar begitu saja.

"Tok ayah nak Ad sambung kerja disini. Buat apa di Malaysia tu?"

"Tok ayah tak faham. I found my life there."

"Selepas mak ayah kau mati, terus kau tidak mahu berkontak dengan Tok ayah."

Izz Adry menunduk gusar.

"Tapi hanya 7 tahun. Selepas itu tok ayah tak boleh kacau Ad lagi. Jangan pernah ganggu hidup Ad." Izz Adry bangun dari duduknya. Dia menaiki tangga ke arah biliknya.

Walaupun dia berada dalam keadaan koma, mimpi yang datang menyinggah sangatlah indah. Seakan tidak mahu membenarkan dirinya bangun. Air mata menitis di pipi. Dia sudah sedar!

"Nisa? Nisa menangis? Doktor!?"

"Alhamdulillah, Tengku Nadya sudah sedar. Insya Allah petang ni Tengku dah boleh pindah ke wad biasa." Kata doktor tersebut sebelum berlalu pergi.

Dan semenjak itulah keduanya langsung tidak berkontak dan disebabkan ingatan yang hilang, maka tiadalah kewujudan Tengku Izz Adry didalam kotak ingatannya.

DIA, NADYA ANNISA [OG]Where stories live. Discover now